
Manusia sepatutnya memilih bebas. Kebebasan itu fitrah makhluk. Namun bebas seharusnya terbatas. Agama dan Moral menjadi batas sempadan. Jika selalu bebas lepas tanpa kawalan, manusia pasti persis binatang jalang. Saya tidak mahu bertranformasi sebagai binatang jalang. Awak mahu? Sudah tentu tidak bukan. Kenapa? Kerana mahu lebih tinggi taranya dari haiwan ternakan. Namun jujurnya saya kira, kita sedang menuju ke arah hukum rimba yang ganas. Kuat menjadi Raja! Berdasarkan kuat semata-mata...lalu akal dan daya intelektual kita pijak-pijak tanpa belas. Kita menuju kemusnahan sememangnya...
No comments:
Post a Comment