“You have to have a certain hardness in order to be able to live in KL. If you allowed your emotions to react to everything that upset you, you’d fall apart in a week. In KL when you see certain things happen, you that there’s nothing you can do about it because there is nowhere yaou can complain to."
(Living in KL – Kam Raslan, Generation – a collection of contemporary Malaysia ideas)
Semacam ada banyak kebenaran dengan kata-kata diatas. Di KL, jika anda terlalu ambil berat sesuatu masalah picisan yang dicetuskan oleh manusia disekeliling anda, maka anda akan jatuh terduduk tanpa dapat bangun kembali. Cara terbaik jangan peduli!
Namun ini bukan bermakna anda tidak perlu ambil pusing langsung. Sesekali anda perlu ambil tahu juga, berebut petak parking yang tidak pernah cukup di kawasan apartment atau flat DBKL misalnya…hahahaa.
Apa yang saya gambarkan disini adalah laksana kata-kata hikmah “buat baik berpada-pada…namun untuk berbuat jahat anda perlu berfikir sejuta kali agar tidak disumbatkan kedalam jel. Jika diberi pilihan, KL adalah antara kedudukan yang terbawah dalam ‘personal listing’ saya.
Ini bukan bermakna saya tidak menghargai KL. Malah secara jujurnya saya menyayangi KL sepenuh hati! Namun berhadapan dengan manusia yang berakhlak Kasar hampir saban masa, bunyi bising, udara kotor dan pelbagai lagi ragam yang menyakitkan hati membuat saya berfikir sejenak untuk keluar dari Garfiti KL.
Di KL, kita akan dapat menjamu pelbagai menu dari resepi pelbagai dialek,dari sambal yang dicampur gula, (di Kelate misalnya) membawa kepada Laksa Johor tanpa perlu bersusah payah. Bila anda memetik jari semua makanan berselera terhidang didepan retina, namun sudah tentu anda turut perlu menyediakan kertas pelbagai warna yang bertanda “RM”.
Jadi di KL, kertas yang mempamerkan foto Yang Di Pertuan Agung satu bentuk elemen yang terpenting jika anda mahu terus bernafas tanpa menggunakan ‘inhaler’…
(Rabu 31/10/07 11.50am Pusat Bandar Damansara)
No comments:
Post a Comment