Saturday, November 17, 2007

walau kemana kita pergi...

Walau kemana kita pergi, walau apa sahaja yang kita lakukan; janganlah dilupakan agama. Peganglah agama kukuh-kukuh. Ini bukan bermakna kita harus pakai jubah dan serban sepanjang masa. Kita mungkin suka pakai jeans lusuh, pakai lah…asalkan menutup aurat dengan betul. Dan apabila tiba masuk waktu solat, maka solatlah…walaupun dengan memakai jeans lusuh (asalkan tidak kotor terkena najis).Namun jika terdapat najis yang kita perasan maka bersihkan dan solatlah dengan ikhlas.

Namun kepada sesiapa yang suka memakai jubah dan serban, teruslah memakai dengan niat mempamerkan syiar Islam. Bukan sebab riak dan menunjuk-nunjuk kononnya kita seorang yang warak dan tinggi ilmu agama. Pasang niat kena betul, barulah hidup kita mendapat keberkatan.

Apa yang saya cuba maksudkan, dalam apa sahaja yang kita lalui; maka buatlah pertimbangan dengan menggunakan ilmu akal dan Al-Qur’an berserta Sunnah Nabi saw.

Hidup ini sebentar cuma, harta dan ilmu dunia haruslah diikat kukuh dengan agama. Tanpa agama dan moral yang tinggi maka jadi binatanglah manusia. Ilmu semata-mata tidak cukup, Al-Qur’an dan Sunnah Nabi saw. harus diambil sebagai penunjuk mengharungi jalan yang berliku. Tidak kaya sangat rasanya tidak mengapa asalkan kita mempunyai keimanan yang teguh dan menggunakan akal kurniaan ALLAH swt semaksima mungkin. Harta tidak boleh dibawa masuk kedalam lobang kuburan, hanya amal yang baik menjadi pendinding daripada seksa kubur.

Kita mungkin suka dengar muzik genre rock…tidak mengapa asalkan tidak melibatkan soal akidah dan lirik yang menghina tuhan. Nau’zubillah… Muzik ada pelbagai…ada reggae…rap…rock….nasheed dan macam-macam lagi. Bergantung kepada apa yang kita suka dan boleh terima. Itulah kuasa kehebatan ALLAH swt dalam mencipta satu makhluk yang bernama manusia.

Muzik yang pelbagai adalah terhasil daripada kreativiti akal mengikut naluri estetika seni manusia itu sendiri. Muzik boleh dijadikan satu wadah perjuangan di samping menjadi hiburan fitrah manusia. Samada muzik itu akan menjadikan seseorang itu lebih dekat dengan tuhan; atau pun menjadikan manusia itu semakin jauh daripada jalan ALLAH swt. (Nau’zubillah)… mestilah berbalik kembali kepada tuntutan agama itu sendiri.

Dengarlah muzik apa sekalipun…sama ada rock…indie…alternative…techno…dangdut…asalkan bila tiba waktunya, sama-samalah dahi kita sujud kepada tuhan dalam keadaan merendahkan diri… Ooh Ya! disamping suka melayan muzik…jangan lupa perbanyakkan membaca AL-Qur’an…kerana dunia dan akhirat perlu seimbang. “Buat baik berpada-pada…buat jahat…nurakalah jawabannya…”

wallahu a’alam…

No comments: