Adik Abdullah Fahmi (Juara Akademi Al Qur'an musim 1)
Adik ini memang bagus...dan sememangnya bagus...namun begitu sopan merendah diri.
Bacaan Al Qur'an beliau secara Tarannum memang 'superb'. merdu gemersik buluh perindu.
Walaupun adik fahmi tidaklah sepopular penyanyi Mawi (Juara Akademi Fantasia) namun pada saya beliau boleh dijadikan contoh dan idola terbaik buat generasi muda masa kini. Dengar khabar beliau kini berada di Universiti Al Azhar, Mesir melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah...
Saya jarang nak puji orang kalau tidak benar-benar ikhlas. Namun buat adik Abdullah Fahmi ..."Abang tabik springgg..."
Semoga beliau berjaya memperjuangkan Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.
Amin.
Friday, November 30, 2007
Al-Quran recitation - Abdullah Fahmi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment