Saturday, November 17, 2007

hujan dimalam hari

Pemandangan ini diambil daripada tingkat 44 Menara Kembar Petronas KLCC...lebih kurang 3 atau 4 bulan yang lepas...aarrrhh lupa plak...brain hardisk dah terlampau banyak input! full memory...

by the way...rintik-rintik hujan yang menghempas dataran planet bumi...memang beautiful....and wonderful...nampak seakan-akan salji putih...indah betul kala ini...bukan senang nak rakam detik hujan melimpah penuh sentimental seperti ini...

memang layan blues betul...tanpa suara...tanpa kata-kata bising, yang terpamer hanyalah visual indah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata...

(saya tercari-cari...kata-kata yang dapat ditulis disini untuk menceritakan suasana dikala melihat hujan turun ini daripada 'angle' berada diatas langit...namun tak jumpa...)

video senyap 30 saat ini seakan menjadi satu therapy treatment kepada jiwa kacau...keajaiban ciptaan Allah swt. yang bukan semua orang boleh nampak.

jadi...diam buat beberapa saat...dan nikmati sahaja keindahan ini...tq.

No comments: