Thursday, November 29, 2007
buat Malaysia yang tercinta...
(Saya tidak suka menulis tentang prejudis perkauman…malah saya benci api perkauman)-tulisan ini respon kepada Hindraf
Didalam situasi kita berasa ‘selamat’ dan senang lenang, dilimpahi pelbagai rezeki kemewahan; kadangkala kita seakan terfana. Lalai seketika. Kita berasa kita selamat kerana tiada desakkan kuat yang menghimpit tulang belulang kita.
Tidak seperti keadaan hidup derita di Palestina, Iraq dan Afghanistan, rakyat Malaysia majoritinya hidup dalam keadaan cukup selesa. Mempunyai TV jenama Samsung bersaiz 29’inci memang cukup melekakan kita. Memandu kereta Myvi dan memakai seluar jeans lusuh Levi’s 501 benar-benar kelihatan trendy!
Rakyat Malaysia dihanyutkan dengan “Kl lifestyle”… Ini bukan pula satu bentuk penulisan yang anti-sosial tetapi renungan untuk sama-sama berfikir. Fikir dengan sedalam-dalamnya. Lantas bersyukur kepada ALLAH swt.
Siapa yang memberi rakyat Malaysia segala bentuk kemewahan? Tujuan diberi kekayaan Negara ini untuk apa? Mengapa saudara sesama Islam kita miskin dan menderita disana sini? Sedangkan kita sambil silang panggung mampu bila-bila suka menyumbat tekak kita dengan Big Mc Donald dan mencurah Coke!
Mahu kehilangan Mc Donald?…maka turunlah kejalan beramai-ramai sambil bermain dengan retorik api perkauman…maka tunggulah padah yang bakal menimpa…
Sama-sama kita terbakar menjadi debu!
*namun saya tetap percaya manusia baik lebih ramai dari yang jahat-jahat…bebal…lagi buta tuli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
i agree...well said bro
Salam sis,
thanks. welcome to our community.
jemput masuk. sila..sila...
Salam sis,
thanks. welcome to our community.
jemput masuk. sila..sila...
Post a Comment