Friday, November 09, 2007

satu kehidupan telah bermula...

air wajah terbaru selepas rambut lahirnya dicukur selepas ganjil 7 hari, dengan niat mengikut Sunnah Rasulullah saw...

wajah bayi suci yang belum mengerti dunia...roh yang masih segar-bugar baru dimasukkan kedalam jasad...dari alam roh muncul ke alam dunia... foto beberapa jam kelahiran...

(assalamualaikum...abang..akak..."saya budak baru belajar...kalau tersalah tolong tunjukkan dengan baik...jangan marah-marah k...)

Lebih kurang 9 hari yang lepas, adik perempuan saya telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Adik ipar dengan tenang kini menjadi seorang Bapa. Satu nyawa anugerah dan amanah daripada Allah swt. Syukur Alhamdulillah... semoga anak ini menjadi seorang yang berjasa kepada Islam, Melayu dan Malaysia... impian dengan harapan seorang 'uncle' yang baru bergelar Ayah Long, anak ini bakal menjadi Hafiz Al- Qur'an kelak...insya'allah...mudah-mudahan...
Tahniah!!!

No comments: