
Merasa seram sejuk memandu apabila memandu dijalanraya Malaysia memang boleh diterima logik akal. Lebuh raya di Malaysia memang menakutkan kepada pemandu yang berhemah dan berkualiti. Mimpi ngeri boleh terjadi secara tiba-tiba tanpa disangka. Na'uzubillah min zalik.
Ramai yang semakin tidak menghiraukan keselamatan diri apatah lagi keselamatan orang lain. Memandu dengan secara terlalu laju dan merbahaya seolah-olah semacam telah menjadi tradisi budaya yang disanjung tinggi. Kereta mewah mampu bertukar menjadi senjata merbahaya yang boleh meragut nyawa. Sikap toleransi diketepikan demi mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan. Masing-masing menunjukkan ego tanpa mahu mengalah. Nanti siapa yang susah? Jalan raya menjadi tempat lumba kereta dan medan cabar mencabar.
Kemewahan memiliki besi kereta boleh membutakan hati dan akal sesetangah daripada kita. Memandu dengan perasaan marah seolah-olah seperti bukan manusia yang beriman. Pelbagai berita kemalangan negri terpampang didada akhbar namun masih ramai yang tidak mahu mengambil iktibar.
Masalahnya adalah kerana cara kebanyakkan cara rakyat Malaysia berfikir semakin salah dan terpesong jauh. Sampai bilakah harus begini? Adakah sampai diri sendiri, keluarga atau orang tersayang menjadi mangsa? Na'uzubillah...
Minta-minta dijauhkan oleh Allah swt perkara-perkara yang tidak baik.
No comments:
Post a Comment