Sunday, December 02, 2007

Apartment Selepas Hujan Lebat


_Apartment Selepas Hujan Lebat_


Kipas siling berputar-putar


malam dingin


selepas hujan lebat


orang berkurung didalam


bongkah batu


yang menonton TV


gadis mendengar radio


dibawah


dua orang pemuda sedang berbual


antara dengar dan tidak


ada tangisan bayi


semua kedengaran


sayup-sayup


angin berlalu


malam sejuk


hitam pekat


bintang berselimut


kelihatan seseorang


lelaki misteri


didalam bilik


sepi...


seorang diri


bersembunyi


sedang


menulis surat


penuh kata-kata hikmah pujangga


kepada gadis


yang telah lama tidak bertemu


yang tercinta


jauh dimata...


Menulis warkah bercampur hiba


buat gadis sombong


yang tidak pernah


merasai kehadirannya...


Lelaki misteri


tidak pernah


peduli.


(28/11/07 rabu ukp)


No comments: