
Selagi manusia berani bodoh melawan perintah Allah swt., maka selagi itulah kehidupannya tidak akan menemui jalan ketenangan abadi.
Melawan perintah yang telah termaktub didalam Al Qur'an dan Sunnah Nabi saw. bolehlah dianggap secara logiknya seumpama melawan Allah swt. secara langsung. Tidak melakukan solat, tidak menutup aurat, berzina dan melakukan perkara-perkara Maksiat bermaksud juga mencabar Allah! Beranikah kita berkonfrantasi dengan Tuhan?
Jika tidak berani, sepatutnya kita patuh dengan segalan suruhan-NYA. Ini bukan bermaksud kita ini tiada salah silap, kerana sudah tentunya manusia bukan pula malaikat. Namun kita tidak harus selalu mengalah dengan hasutan hawa nafsu Ammarah dan bisikan manis Syaitan Laknatullah! Seharusnya kita sedaya upaya berusaha dengan sepenuh hati untuk kembali semula kepangkal jalan...
Ego tidak akan membawa manusia kemana-mana, kecuali kemusnahan tanpa sedar. Melawan perintah Allah swt. secara tidak langsung mempamerkan jalur-jalur kebebalan yang tersembunyi.
1 comment:
Jangan hanya pakai tudung hanya kerana mahu kelihatan cantik. Itu tidak ikhlas namanya.
Post a Comment