Saturday, December 01, 2007

Anda mahu jadi apa ya?

(manusia hanya menggunakan peratus yang terlalu sedikit daripada kemampuan otaknya untuk berfikir. Hidup harus banyak berfikir, dan berfikirlah dengan cara yang paling betul...)

Kadangkala kita terpaksa membuat kerja diluar bidang minat kita untuk mencari wang menampung kos hidup. Inspirasi mungkin mati sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Munkin hidup ini kadangkala kelihatan tidak adil. Jauh dilubuk hati saya tetap percaya kita selalu perlu berjuang untuk mengecap nikmat keadilan. Itulah nikmatnya...

Berapa ramai daripada kita dapat melakukan kerja berdasarkan minat dan kecenderungan bakat kita? Mungkin hanya segelintir yang berani...atau mungkin yang memang bernasib baik. Banyak pula bil yang menanti perlu dilangsaikan. Maka sememangnya kita harus berjuang bermati-matian bagi meneruskan kelansungngan hidup. Hanya pejuang yang mampu menjadi dirinya yang sebenar. Dan pejuang selalunya akan dikenang orang; Che Guevera misalannya.

Bandingkan dengan keinginan diri untuk menjadi pelukis komik (sekadar contoh) dikaitkan pula dengan harapan ibu bapa yang kepingin meilhat anaknya menjadi Pegawai Diplomatik Kerajaan. Terpaksa pula memilih dengan cara yang tidak berapa diplomatik kerana ribuan ringgit sedang menunggu...

Mana satu pilihan? Kerjaya sebagai komik artis atau mengecapi pangkat berserta gaji besar-besar. Atau sememangnya kita tidak punya banyak pilihan dalam hidup. Saya tidak setuju! Kalau diikut logik sudah tentu gaji besar-besar bukan.

Kesimpulannya, akhirnya wang ringgitlah yang menentukan anda jadi apa...terpenjara dengan belon-belon dan sangkar emas yang kita bina sendiri. Sedangkan sebagai manusia berakal kita sepatutnya bebas memilih jalan hidup yang tidak bertentangan dengan agama.

Ya mungkin, dari satu segi memang terserlah keuntungan dan laba yang menanti, namun dari sisi gelap yang lain inspirasi anda mati secara sedikit demi sedikit. Senyap. Menyedihkan bukan? Sekadar satu pertanyaan yang cukup sinikal; "Siapa mampu menolak wang?"

Rupanya betapa mahal harga perlu dibayar untuk mengecapi kebebasan menjadi apa yang kita mahu jadi...

1 comment:

AbGJaS said...

Salam Moderator,
Kerjaya yg abgjas jalankan skrg bukanlah ada dlm perancangan wktu sekolah dulu.

Namun abgjas yakin, perancangan Allah lebih baik utk kita. Dan skrg kalau dibenar memilih sekali lagi, abgjas tetap akan pilih kerjaya skrg.

Persetankanlah dgn mereka yg menyangka kalau2 kebahagiaan itu hanya datang bersama2 dgn wang dan kekayaan. Banyak wang kalau penuh dgn unsur haram dan syubahat, buat apa kan?

Berhubung dgn bakat, alhamdulillah, blog memberi saluran utk abgjas terus berkarya - bukan utk wang tp kepuasan!