Buruk bila 'Santa Claus' mengamuk (26 December, 2007)
WELLINGTON: Sekumpulan 'Santa Claus' mabuk menyerang sebuah panggung wayang pada hujung minggu, sehingga menakutkan penonton dan merosakkan harta benda, sambil memaki hamun, kata pengurus panggung wayang itu semalam.
Polis percaya kumpulan lelaki itu adalah penuntut universiti yang berpakaian 'Santa Claus'.
Mereka mengamuk selama 20 saat di kompleks wayang Hoyts di bandar Pulau Selatan New Zealand, Christchurch, Sabtu lalu, kata pengurus itu, Encik Derek Rive.
'Mereka berlari ke seluruh kompleks, memecahkan apa yang terdaya oleh mereka, termasuk pokok Krismas. Mereka hancurkan semuanya,' katanya. -- AP.
Sumber : cyBERITA http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,109691,00.html?
Ulasan Moderator :
Nampaknya Santa Claus pun dah pandai tunjuk emosi. Ya lah, orang lain time christmas semua dapat hadiah, dia pulak sorang-sorang kena kerja lebih masa. Secara tak langsung menunjukkan bahawa arak itu memang tidak bagus untuk kesihatan mental manusia, hatta untuk Santa Claus sekali pun...
No comments:
Post a Comment