Wednesday, December 19, 2007

SELAMAT HARI RAYA HAJI!





Assalamualaikum wrth,

Pihak MODERATOR ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA...MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sempena hari kebesaran umat islam ini...sama-samalah kita MUHASABAH DIRI untuk hidup yang lebih baik. Baik diduniawi, lebih-lebih lagi NEGERI AKHIRAT.

Sempena Hari Raya Korban ini...sama-samalah juga kita lebih menghayati erti pengorbanan sebenar sebagai seorang manusia yang waras.

Mereka yang selama ini telah banyak berkorban untuk kesenangan kita di hari ini...agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Kisah Pengorban Nabi Ibrahim as., anaknya Nabi Ismail as. serta kaum keluarganya bukanlah pula satu kisah yang sia-sia tanpa erti. Banyak teladan yang dapat kita mengerti jika mahu mengerti.

Muhammad bin Abdullah saw. telah banyak berkorban untuk kesenangan kita di hari ini. Begitu juga para sahabat yang mulia...ibu bapa, isteri tercinta dan kaum keluarga yang banyak berkorban, Tuan Guru, Cikgu dan rakan-rakan yang setia.

Jangan dilupakan mereka yang turut berkorban jiwa dan raga termasuklah bermandi darah untuk kesenangan kita dihari ini. Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Gajah@ Imam Rasu Indera Gajah...Tok Bahaman...Mat Kilau, Dato' Patinggi...dan lain-lain pejuang yang namanya tidak tersebut. Besar jasa mereka...namun pandaikah kita menghargainya walau hanya dengan secebis Al Fatihah...

.......

Lembu pun tumbang,
Darah menyimbah,
terima kasih sudi datang,
Hanya Allah kita sembah.

Daging dilapah,
fakir diberi,
jangan diresah-resah,
rezeki Allah yang beri.

Lebih rezeki naiklah haji,
rukun kelima wajib dituntut,
salah silap jangan dikeji,
tegur-tegurlah yang mana patut.


Selamat mengerjakan ibadah korban dan naik haji...kepada rakan taulan, saudara mara, pak cik makcik, dato' datin, tan sri puan sri...abang akak...sepupu sepapat, kaum keluarga terdekat...habis semua sekali lah..."semoga mendapat haji mabrur dan diampunkan semua sekali dosa...amiiin ya rabbal a'alamiin.."

wasalam.

2 comments:

gayour said...

selamat menyambut dan meraikan hari raya idul adha. moga berbahagia masa makan daging lembu!

AbGJaS said...

Hi Moderator,
Slm aidiladha buat Tuan. Berbaktilah dgn pelbagai cara, asalkan ikhlas mengharap keredhaan Allah S.W.T.