Wednesday, September 26, 2007

novel cinta...

filem cinta yang saya suka... u jump...i..jump! peerrgghhhh...



Ramai yang mungkin tertanya-tanya kenapa sejak akhir-akhir ini blog ini sudah bertukar menjadi Jiwang.Com.My…hahahaaa. Kenapa tak boleh?Sukati aar... Saya dengan hati yang tulus turut mengakui perubahan tersebut.

Terus terang saya katakan saya sebenarnya dalam proses sedang menulis sesuatu…sesuatu yang saya tinggalkan lama lebih kurang sepuluh tahun yang lepas. Oh ya! Apa yang sesuatu itu…? Saya dalam proses mengeluarkan 300% idea, ilham dan memori untuk menghasilkan sebuah novel kisah cinta berdasarkan kisah benar berbentuk fiksyen…

Jadi sudah tentunya saya memerlukan ‘mood’ seperti seolah-olah dilamun cinta kembali…(by the way…sudah tentu saya sebenarnya dilamun cinta setiap hari dengan isteri tercinta…takkan kena bagitahu kot? hehee…)
Bila menulis kita perlu idea…dan sudah tentu saya sesekali tidak mahu menghasilkan sebarang tulisan yang kaku lagi beku…

Jadi ‘mood’ perlu ada, dan dikembalikan setiap masa. Lebih-lebih dalam menghasilkan sebuah novel…Saya tidak mahu novel itu nanti menjadi seperti kulit sintetik PVC…bukan ‘genuine leather’ yang berkualiti tulen dan tahan lama. tak lapuk dimakan zaman…

Seingat saya pertama kali saya cuba menulis novel sekitar tahun 1999…tapi sayang tidak pernah habis…mungkin terlalu banyak komitmen waktu itu. Dan sudah tentunya…ini adalah sambungan kembali tulisan yang terbengkalai 8 tahun yang lalu…Fuhh! lama tu…rasanya setahu sayalah tak pernah dalam sejarah Malaysia (Dunia???) seorang novelis mengambil masa selama itu untuk menghasilkan sebuah buku.

Saya rasa rekod ini patut dimasukkan dalam Malaysian (Guiness) Book Record. Belum pun menghasilkan buku…nama dah tersenarai dalam rekod. Kira OK what……huhuhuhuuu…tersenarai sebagai novelis yang paling tak produktif dalam dunia alam maya. Senang cerita ‘pemalasss…’ hahahaaa…ok..ok…kita berhenti kutuk diri sendiri…(wah bukan main suka lagi korang yerrr)
Jiwang ke saya? Jawapannya…sukati aar…weweweee… hamba pun punya hati dan perasaan kan…suka hati saya lah kan… janji tak ambil hak orang lain dan menyusahkan masyarakat sudah…maaf ok…sekadar bergurau dibulan puasa…

Sebenarnya secara jujurnya…semua orang mempunyai perasaan “Jiwang.com.my’; Cuma diantara berani mengakui secara jujur atau tidak. Hatta binatang seperti Kerbau Balau pun mempunyai hati yang Jiwang dan ingin berkasih sayang dengan bininya. Jadi kalau seorang makhluk yang bernama manusia tidak mempunyai perasaan Jiwang.com.my…nampak sangat sifatnya lebih rendah daripada Mr. Kerbau Balau.

Atau mungkin dia ingin menipu diri sendiri… Atau mungkin tidak mempunyai sedikit keberanian untuk mengakui hakikat tersebut lantaran ego yang tinggi tahap ungka malah takut kalau digelar jiwang. Suka hati lah…sekali lagi. Itu hak masing-masing…tiada paksaan. This is Deomocracy country what…lets thing been happened! Atau mungkin hati tidak lagi dapat menemui jalan cinta…maka bersimpatilah kepada diri sendiri…

Dalam tulisan-tulisan yang lepas…saya selalu mengatakan bahawa perasaan cinta yang sebenar adalah…’Cinta kepada Allah swt…dan itulah cinta yang tertinggi…tulus dan abadi…(Cuba periksa tulisan saya kembali-Archives)

Allah swt itu sumber cinta…dan tidaklah diciptanya manusia pertama bernama ADAM as…kalau bukan kerana cintanya kepada kita.

Seseungghnya Allah swt itu Ar Rahman dan Ar Rahim sifatNya…Tidak juga diciptakan Gadis pertama bernama Hawa as…kalau bukan kerana rindunya Adam…dan mengharapkan cinta. Diciptakan Hawa dengan tulang rusuk kiri adam. Sedangkan sebelum itu Adam as..menjadi saksi kepada burung-burung yang hinggap didahan Sorga Loka secara berpasangan…Tidak juga terjadinya keturunan seluruh umat kalau bukan berdasarkan cinta…

Yang pasti cinta yang suci dan tulus bukanlah pula cinta yang berdasarkan hawa nafsu kebinatangan yang rendah sifatnya dan dicampur adukkan dengan segala macam bentuk Maksiat serta kekotoran…Na’uzubillah…
Sesungguhnya Allah swt itu sumber cinta teragung…

Sebelum mengakhiri tulisan maka sukalah saya perjelaskan kisah cinta yang sedang saya tulis dan bakal diterbitkan dalam bentuk novel (insya’allah…) itu nanti, bukanlah pula jenis novel-novel cinta yang berlambak dipasaran…yang dipenuhi dengan kisah-kisah pilu dan mendayu—dayu…tangkap leleh…heheheee


Pilu juga…tetapi bukanlah terlalu mendayu sampai meleleh derita mencengkanm sukma…Arrghh…bosanlah kalau camtu. bosan giler! Kerana saya bukanlah pula jenis Jiwang Karat tahap melampau…sambil dengar lagu Achik Spoon atau New Boyz….sampai tak ingat tuhan! ceh..buang karan…

Secara mudah biarkan saya visualkan begini, bayangkan anda sedang melihat filem cinta yang terulung dekad 90 ninetees…(kebetulan sewaktu Titanic ditayangkan dipanggung wayang Fedreal(yang sekarang telah ditutup) langit cinta saya sedang indah berseri-seri...)”Titanic’ tetapi soundtrack muziknya bukan pula “My heart will go on...”nyanyian Celine Dion…tetapi lebih kepada lagu “60’s Tv dendangan kumpulan OAG…kerana itulah saya…yeeaarrrgghhhh! sekarang faham bukan? Muzik saya muzik bising…kontra dengan muzik hampa kiciwa mengantuk masuk tidur…

Masakan peminat fanatik kugiran figurative indie rock Smashing Pumpkins seperti Saya mahu bertukar jadi jiwang karat. Giler ke apa…

Seperti yang saya tulis dalam novel yang belum siap itu…biarlah saya gelarkan kisah cinta ini sebagai…”alternative crunchy grunge pop fuzz luv…” itulah saya… yeah!

2 comments:

aslina_bidadari said...

Salam,
Ni dah tak jadi blog sabapersonalalbum ni, sekarang dah jadi zarulailapesonalalbum... Kelakar la abg Zarul ni. Jangan marahh...

the indie story said...

tuu laa pasal...hahahaa..

bukan aper...sebab takder sapa nak sumbang tulisan ke, sajak ke...foto2 peribadi ke.

so abg belasah je laa...hehee..dariapada takde bahan langsung..

ina sorga loka pun kalau nak contribute something untuk blog ni...dialu-alukan...

hantar laa apa-apa pun...insya'allah abg release...

jaga ko inA!