Sunday, September 16, 2007

kerna inilah diri ku...hmm..

(jeng! jeng!...JenG!!!...kugiran figuratif kegemaran saya,"Smashing Pumkins...greatest hits. indie rock dari chicago...)

Saya tidak tahu tentang orang lain, tetapi kalau saya sendiri merasa sungguh tenang dan aman apabila berzikrullah. Ruh terasa tenteram dan damai. Bukanlah pula niat dihati saya mahu menunjuk-nunjuk bahawa saya ini sebagai ahli zikr. Jika berniat menunjuk, itu sudah jadi riak namanya. Kalaupun bukan perasaan ujub di Qalb. Tulus! bukan itu niat saya. Sekadar ingin berkongsi rasa. Menyebut-nyebut nama Allah swt, memang sedap. Santapan hati dah Ruh. Sedap sungguh!


Tidak kisah samada mahu amalkan zikr secara sir ataupun jahar. Usah itu diperdebatkan. Jangan kita suka sangat bergaduh masalah furu’. Paling penting amalkan zikrullah! Saya berani kata sedap, kerana saya selalu merasakan kelazatan sewaktu berzikr. Saya bukanlah manusia yang alim, apatah lagi ulama. Ustaz pun bukan. Belum sampai layak. Jika satu hari sampai layak sekalipun, saya barangkali tidak mahu orang memanggil saya ustaz. Saya takut jiwa riak dan ujub bersarang dihati… moga dijauhi Allah.

Saya tahu siapa saya, hamba Allah yang kerdil! Silap-silap orang akan tergezut cipan tahap optimum, bila tahu saya suka layan muzik indie rock! hahahaaa…apa nak dikata, memang kesitu kecenderungan saya. Muzik indie rock sekali sekala memberikan sumber inspirasi yang kagum juga. sekali sekala… Jangan terperanjat kalau melihat saya mengenakan t shirt kolar bulat tertulis “Smashing Pumpkins” dimasa yang sama saya memegang tasbih tarekat. Hahahaa…sekali lagi.

Banyak teman rapat tahu, bahwa saya selalu kedepan apabila menentang soal kejumudan dan kesempitan dalam beragama. Saya berjuang cuba menentang kelompok yang memegang Islam secara tegar dan R.I.G.I.D.!

Saya melihat islam dengan pandangan basyirah yang harmoni, damai dan penuh perasaan belas. Saya melihat Allah dengan perasaan CINTA! Masya’allah…

Jadi jangan sesekali berani mengatakan bahwa muzik indie rock itu haram kepada saya…Islam bukan hanya tentang halal haram semata-mata…Islam lebih daripada soal cepat menghukum orang lain. Kalau kita benar-benar faham isi Al Qur’an, ¾ isi kitaabullah adalah tentang soal mengerjakan KEBAJIKAN...berbuat baik sesama insan dan alam.

Jadi kadangkala saya hanya tersenyum sinikal barangkali, apabila ada orang pelik sekali memandang ;waktu sekali sekala saya dressing gaya grunge…tiba-tiba kopiah lusuh dikepala!

pedulikan…rasanya begini lebih jujur pada diri sendiri dan tidak cuba menipu sesiapa,..kerana itulah diri saya...

No comments: