Thursday, September 13, 2007

setahun yang lepas...

(Tulisan dibawah pernah disiarkan diblog lama saya pada bulan Ramadhan al Mubarak tahun 2006, yang tidak aktif lagi. Saya mengambil pendekatan 'ulang siar' kembali, kerana mungkin ramai yang belum pernah membaca tulisan ini. Saya masih 'obsess' dengan bulan ramadhan...perasaan saya masih seperti dahulu...Alhamdulillah...)

Ramadhan Oh Ramadhan!

Bulan Ramadhan menjelma lagi. Aku masih disini. Memerhati manusia lalu lalang membeli juadah berbuka puasa di petang hari. Di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur selalunya ramai manusia menanti dengan penuh tabah untuk mendapatkan bubur lambok asli secara percuma.

Selepas solat Asar maka berpusu-pusulah mereka beratur panjang, tidak kira pangkat atau darjat semuanya teringin menikmati bubur lambok. Malam hari di Masjid juga selalunya penuh dengan jemaah mengerjakan Tarawikh. Baguslah kalau begitu. Selalu juga, walaupun satu hari puasa baru bermula, radio dah siarkan lagu raya.

Raya digambarkan begitu meriah sekali. Shoping Complex juga menawarkan jualan diskaun bagai nak rak. Macam-macam hal.Puasa memang menuntut kesabaran. Kalau tak reti nak bersabar maka sia-sia sahajalah puasa tuan yang empunya diri. Kalau di KL ni kesabaran kena ‘tune’ kan ke peringkat maksima.

Dengan traffic jam satu hal, dengan perangai orang yang tiada toleransi satu hal lain. Banyak-banyak lah bersabar. Kita kan tengah berpuasa. Kenalah juga puasa mata, telinga dan lebih-lebih lagi mulutlah kan. Jangan main cakap lepas je…nanti pahala puasa pun turun lekas je.Bagi diri Aku sendiri nampaknya puasa ni dah la tak seseronok macam dulu. Macam mana nak cakap yerrr…hmm entahlah aku pun tak tau nak cakap macam mana. Maksud aku bukan puasa yang tak seronok. Puasa ‘still’ seronok. Cuma ada rasa lain sikit kot masa puasa time-time zaman alternative dulu.

Apa pun Ramadhan tetap memori yang berharga bagi diri Aku. Lain Ramadhan lain pula al kisahnya. Sama-samalah kita saksikan apa yang terjadi pada Ramadhan kali ini.Dalam hidup Aku…Ramadhan yang paling ceria, adalah sewaktu aku mula-mula jumpa isteri aku. Bercinta dan berpuasa…sama-sama nak sambut Raya.

Itulah Ramadhan yang paling ceria dalam hidup Aku, yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Bulan Ramadhan tahun 1997…saat yang aku akan kenang sehingga ke akhir hayat.Detik Ramadhan yang terindah…

(Ramadhan pertama isnin 25/9/06 pukul 11.59pm. ukp)

No comments: