
Esok ramadhan menunjukkan wajah suci. Esok keheningan matahari indah terasa. Esok detik manusia diberikan kesempatan sebentar menyuci dosa...
Wahai Ramadhan…kami berdosa, terima kasih kerana sudi muncul untuk sekian kali. Harapnya Allah swt sudi memberi keampunan keatas kita. Bulan untuk berperang dengan hawa nafsu amarah telah tiba. Allah…Allah…Allah…terima kasih kerana memberi peluang sekali lagi merasai kedamaian bulan Ramadhan al Mubarak. Jadikanlah kami berpuasa semata-mata kerana mu wahai Allah...lalu perelokanlah budi pekerti kami.
Malam ini bersolat terawikhlah kita. Moga-moga solat sunat ini dapat memberkati hidup. Sepanjang bulan tadarus Al Qur’an berkumandang, sampai ke langit ketujuh. Ribuan Malaikat dan seluruh alam berzikr, memuji ilahi. Zikrullah bergema diseluruh angkasa…
Astaghfirullah…
Astaghfirullah…
Astaghfirullahal a’zeem…ampunkan kami wahai Allah!
No comments:
Post a Comment