PENGUMUMAN PENTING :
Mulai 9/9/2007 bersamaan Ahad, satu blog baru telahpun diwujudkan. Diatas sebab yang begitu memerlukan pihak MODERATOR begitu teruja untuk membenarkan blog baru ini berjalan diatas semangat berdikari yang menyeronokkan.
Blog Saba Islamic Family (Personal Album) akan terus dikekalkan dengan cara dan gayanya yang tersendiri. Blog baru pula akan cuba ditampilkan dengan lenggok dan gaya dari "sisi yang lagi satu" (the other side...) tanpa meninggalkan Roh Islam dan penerapan nilai-nilai moral sebagai hamba Allah swt. Nilai-nilai Al Qur'an akan diteruskan tanpa sebarang kompromi, cuma diblog baru itu nanti akan cuba dimasukkan pandangan intelektual peribadi dari sisi lain yang secara tak langsung cuba menentang pemikiran beku dan RIGID yang memegang ISLAM secara jumud (tertutup) dan keras...
Islam tidak menentang filem...Islam juga tidak menentang muzik... cuma Islam menentang sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah swt dan Rasul-Nya. Maka lihatlah kehidupan dengan hati yang bersih, tulus dan belas lagi mendamaikan...
Bagi melempiaskan idea yang sering datang secara mengejut laksana renjatan elektrik tanpa belas kasihan; mahu atau tidak pihak kami terpaksa dalam suka mewujudkan satu blog “alternative” yang baru. Supaya idea-idea segar ini dapat dimuntahkan segera tanpa sebarang kompromi serta belas kasihan yang melemahkan. Cuba untuk menulis seberapa yang kerap agar tekanan dan keiginan yang meluap-luap untuk berkongsi idea rasa dapat disalurkan secara progresif mungkin. Jika terdapat beberapa kelemahan disebalik permulaan baru ini, dapatlah kiranya hamba diampunkan.
Dengan hati yang tulus ikhlas...maka pihak KAMI mempersembahkan..."the indie story..." Sila layari : http://theindiestory.blogspot.com/ kerana 'impian memberikan manusia sejuta harapan...'
Wa billahitaufiQ wal hidayah...wa salamu a'alaikum warah matullahiwabarakatuh....
No comments:
Post a Comment