*Seorang pengunjung setia blog ini yang bernama AbGJaS telah bertanyakan persoalan tentang Tasawwuf didalam blog yang lagi satu...theindiestory.blogspot.com...
Maka saya siarkan di sini sebagai tatapan teman-taman yang lain agar dapat berkongsi rasa, dan inilah jawapannya....sekadar yang termampu...
saudara AbGJas menulis,
AbGJaS said...
Salam Mr.Moderator,Boleh kiranya tuan terangkan makna 'tasawuf' menurut bahasa orang kebanyakan. Saya kurang arif akan maksudnya.Saya pernah mendengar, ilmu falsafah juga sgt mendalam. Kalau salah tunjuk, sesat lagi menyesatkan jadinya.
Ulasan Pihak Moderator:
Saudara AbGJaS sebenarnya saya bukanlah orang yang selayaknya bercakap tentang Tasawwuf dengan ertikata sebenarnya…namun untuk tidak menghampakan pertanyaan saudara saya dengan rasa rendah hati cuba menukilkan juga.
ilmu dalam islam ni banyak saudara. Saya cuba bahagikan kepada 3 ilmu dasar yang terutama; yakni Tauhid, Syariat & Tasawwuf.
Tauhid itulah iman. Percaya kepada “tiada tuhan melainkan Allah swt.” Syariat pula ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Fiqh dan Sunnah. Syariah dan Usuluddin misalnya. Dan Tasawwuf dalam erti kata mudah untuk pemahaman orang awam seperti kita adalah “ilmu Akhlak”. Tanpa ketiga-tiga berjalan beriringan sudah tentu salah satunya akan pincang.
Kerna itu apabila mereka yang belajar ilmu syariat dan dengan sombong cuba menolak dalam mempelajari ilmu tasawwuf akan menjadi begitu ekstrem, keras dan rigid pemahamannya tentang islam. mudah menjatuhkan hukum haram dan membidaahkan kebanyakan umat. mereka memandang agama hanya sebagai satu perundangan yang jumud. hukum menghukum tanpa perasaan belas dan harmoni. mentafsirkan hadis-hadis Nabi saw. mengikut pemahaman jumud tanpa dengan rendah hati menerima istilah “Khilaf’ antara kebanyakkan Jumhur Ulama’. Bukankah itu satu bentuk kebodohan dan kejahilan yang ditentang oleh Rasulullah saw, para Sahabat, dan tabi’en. Sehinggakan sesiapa yang membaca surah Yasin malam Jumaat juga dengan lekas mereka menjatuhkan hukum sebagai ‘Pengamal Bida’ah” tanpa kompromi.
Sedangkan mereka sendiri terkeliru dengan maksud sebenar perkataan bidaah. Jaga-jagalah dengan puak seperti yang dengan begitu berbangga mengatakan kita harus kembali kepada Al’Qur’an dan Sunnah. Sedap didengar …enak dipandang tetapi pada hakikatnya merekalah yang sebenarnya yang cuba membunuh Sunnah!
Seolah-olah orang lain tidak mengikut sunnah Nabi saw. Dalam mereka cuba memperkatakan supaya kembali kepada Al Qur’an dan Sunnah mereka bagai terlupa supaya kembali juga kepada Ulama’. Siapa yang boleh mentafsirkan Al Qur’an dan Hadis Nabi saw. kalau bukan Ulama’. Kita tidak mampu… mentafsir zahir Al Qur'an dan zahir Hadis tanpa pandangan Jumhur Ulama', Bukan setakat satu dua ulama' yang kebetulan dapat memuaskan hawa nafsu mereka. Lalu diulang-ulang banyak kali pandangan ulama' yang sama...sedangkan sejak daripada zaman para sahabat sampai ke Salafus Soleh sehinggalah kini...kita mempunyai beratus ribu ulama. Sehingga ada yang sanggup cuba memperlekehkan Mazhab Syafi'e...kononnya tidak mengikut sunnah Nabi saw, yang sebenarnya. Jawapan untuk puak-puak angkuh sperti mudah sahaja..."Siapalah Anta berbanding Imam Syafie Rahimullah yang namanya disebutkan dalam hadis Nabi saw...sebagai bakal menerangi negara belah Timur...masya'allah...
Malah puak-puak ini juga dengan sewenangnya menolak hadis dhaif.. Mereka bagai terlupa bahawa Imam Hambal juga ada pernah menyebut "Hadis Dhaif lebih ku pegang berbanding Qias..."
Dengan angkuh cuba mendabik dada bahawa mereka mempunyai Phd dalam ilmu Hadis...mereka terlupa agaknya bahawa Imam Syafie rahimullah guru kita adalah Ahlul Hadith...iaitu temasuk dalam kategori "Bapak segala Bapak hadis..." dalam bahasa sekarang. Cuba berbangga dengan gelaran Dr...sedangkan kita semua tahu yang Yahudi Zionist tu BAPAK segala Dr. Phd...apa nak heran? Namun sekali lagi mereka terlupa bahawa...para tok guru dan para mudir madrasah pondok...mempunyai 30 Juzuk Al Qur'am dalam kepala mereka! Mana yang lebih besar? 30 Juzuk Al Qur'an dalam kepala atau setakat gelaran thesis phd hanya berdasarkan sub title ilmu hadis? Jangan bermimpilah nak sampai peringkat "Ahlul Hadis" seperti yang disandang oleh Imam Syafi'e rahimullah..
Kembali kepada persoalan Tasawwuf…saya akan cuba memberi banyak informasi selepas ini agar salah faham dan tuduhan melampau seperti mengatakan bahawa kumpulan tarekat sebagai sesat dan sebagainya. Namun tidak dinafikan terdapat juga kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan ajaran tarekat tasawwuf bagi mengaburi mata masyarakat dan demi mengaut keuntungan duniawi. Ajaran Ayah Pin misalnya….semoga mereka dilaknat Allah! kerana menghina Rasulullah saw…dan Kitaabullah dengan begitu buruk sekali.
Cuba bertopengkan ilmu tasawwuf dengan padangan batil mereka… itulah akibatnya apabila cuba mendalami ilmu tasawwuf tanpa memperkuatkan ilmu fiqh. Bila salah satu meningglakan yang satu...maka sesatlah dari jalan lurus menuju Allah swt. Sepatunya Tauhid, Syariat dan Tasawwuf mesti jalan beriringan...jalan terus. Tidaklah boleh saling tinggal meninggal...jika tidak buruk padahnya...na'uzubillah min zalik.
Berjaga-jagalah dengan 2 kumpulan pelampau seperti puak-puak ini…Na’uzubillah minzalik…
Terdapat beberapa tajuk buku yang boleh saya cadangkan kepada saudara AbGJaS untuk dikunyah sebaik mungkin…iaitu…”Mengenal Diri Dan Wali Allah karangan Syeikh Mustapha Muhammad al Jiasi (Syeikh Tarekat Ahmadiah di Kelantan), “Percikan Kesufian-dialog ajaran Tasawwuf karangan Drs. Achmad Suyuti dan kitab klasik penghulu para sufi…”Mukasyafah al Qulub karya Imam al ghazali ra…
Buku-buku tersebut sedikit sebanyak dapat mengupas istilah Tasawwuf …dengan tulus bersih tanpa bias dan prejudis yang melampau….Insya’allah…
wallahu’alam…be sawab…
1 comment:
Salam Mr.Moderator,
Saya amat berbesar hati ats penerangan tuan berhubung dgn 'tasawwuf'. Berbanyak terima kasih saya ucapkan.
Berbanding sebelum ini, bertambahlah kefahaman saya. Secara mudah, tasawwuf itu berkait rapat dgn imu akhlak rupanya. Benar, tauhid,syariat,ibadat dan akhlak wajib berjalan seiring.
Spt kata tuan, tanpa tasawwuf, mudah jatuh ekstrim.
Terima kasih juga ats cadangan buku2 utk bacaan.
Saya turut setuju, kini ramai pihak yg mendakwa 'alim, lebih cenderung menghukum org lain sehingga Islam dilihat terlalu keras sifatnya.
Saya bukan sama sekali mahu bersifat liberal tp seorang pendakwah harus menarik orang kpd Islam, bukan sebaliknya.
Wallahu a'lam.
Post a Comment