
tulip 'hidup' datang dengan rasa cinta... (real tulip comes with feeling of love...)
Berpuasa pada siang ke enam membuat saya berfikir kemanakah tulisan ini pergi? kemanakah idea pemikiran saya berjalan. Sampaikah apa yang nak disampaikan. Kerja sia-siakah ini? Mencurahkan air sirap bandung keatas daun keladikah? Pertanyaan demi pertanyaan menggugah kreativiti diri. Rupanya semakin diasak seribu pertanyaan jadi semakin bersemangat untuk menulis.
Saya ingin menulis sampai bila-bila…hingga keakhir hayat mungkin. Menulis mencerna pemikiran. Lebih dari itu menulis bisa memberikan saya KEBEBASAN. Menjadi manusia bebas memberikan satu kemerdekaan jiwa dan ruh buat diri ini. Tidak kiralah walaupun yang membaca segala tulisan saya nanti hanyalah anak labah-labah yang melekap di skrin laptop. Bukan menjadi persoalan besar rasanya…kerana KEBEBASAN menghidupkan saya!
Masalah besar rasanya adalah untuk menyedut input idea segar dari urat sebrum tahap optimum daripada otak ini. Output yang muntah mestilah yang mempunyai nilai estetika seni yang memberi kan kepuasan diri sendiri.
Hari-hari menulis tanpa henti rupanya boleh menyebabkan susu segar berjenama “ilham’ hampir kering kontang. Saya tidak mahu gaya penulisan menjadi ibarat ‘bunga plastic' yang berada dalam vas berharga ribuan ringgit. Saya tidak mahu Plastik! Kerana biarlah ia seindah mana sekalipun, tidak pernah kering dan hilang warna; namun palstik tetap plastic. Bunga plastik tiada semangat. Tiada ruh . Tiada seri. Palsu!
Manusia yang menyukai bunga plastik lebih daripada bunga hidup, sudah tentunya mempunyai nilai estetik seni yang miskin. Saya tidak mahu jadi miskin. Saya mahu jadi kaya jiwa. Kaya rasa.Bunga hidup walaupun suatu hari akan layu dan kering tetap menjadi pilihan. Tiada kompromi, kerana saya dari dulu tidak pernah tertarik dan menyukai bunga plastic…bunga mawar merah hidup yang telah kering…memori warnanya tidak pernah hilang dalam ingatan…Bunga plastic tiada semangat berjuang… keras dan kaku.
Apapun selepas solat subuh tadi, saya dapat satu jawapan baru bagi semua persoalan keraguan. Idea sebenarnya terlalu banyak. Terapung-apung diatas udara…tidak nampak tetapi boleh dirasa.Namun kenalah tahu cara menangkapnya…ibarat memancing…kenalah tahu umpannya dan ikan apa yang mahu dikail…
Wah! betapa besarnya Keagungan ALLAH swt…dari mula zaman Nabi Adam as dicipta hingga kini…idea konstruktif terus muncul tanpa kelihatan mahu habis…biarpun sekali sekala muncul juga idea bangang dan membangangkan seperti penciptaan Bom Nuklear misalnya; hukum karma selalu mengatakan ‘yang baik sesekali tidak akan terkalahkan oleh yang jahat..’ Amar ma’aruf nahi mungkar…betapa benarnya Al Qur’an nul Karim..
*Ditulis oleh shinri kiyaru ariwara
1 comment:
Salam,
Ya teruskan usaha...selagi nafas bernyawa.
Post a Comment