Monday, September 03, 2007

Kisah Sufi 4

4. MALIK BIN DINAR

Seseorang bertanya kepada beliau, “Kenapa tuan tidak kahwin?” Malik menjawab, “Aku telah tinggalkan dunia, dan perempuan itu sebahagian daripada dunia.”
Malik berkata, “Oleh kerana Allah swt. telah menjadikan aku sahabat-Nya, maka aku korbankan segala-galanya untuk-Nya, dan menghabiskan masaku dengan mematuhi perintah-Nya.”


Aku suruh dia menyebut nama Allah swt. Beliau enggan dan berulang-ulang menyebut nombor sepuluh, sebelas. Aku bertanya, “Kenapa kamu enggan menyebut nama Allah?” Orang itu menjawab, “Apabila aku hendak menyebut nama Allah, aku lihat api yang besar menuju kepadaku.” Tidak lama kemudian beliau pun meninggal dunia, apabila aku tanya kepada orang yang ada disitu tentang simati tersebut, mereka berkata bahawa beliau itu banyak memakan riba’ (interest) dan mengurangkan timbangan semasa berjual beli, dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan secara putar belit.”

Anak perempuan Malik bertanya kenapa beliau tidak tidur. Malik menjawab, “Aku takutkan Allah dan aku tidak tahu bila berkatnya jatuh kepadaku. Kalau aku tidur, berkatnya itu akan terlepas dariku. Disamping itu, aku adalah orang yang malang jika memakan kurnia Allah tetapi menurut kehendak syaitan. Jika adalah orang berdiri dipintu masjid sambil berteriak hendak tahu siapakah manusia paling hina didunia ini, maka aku akan tampil ke muka menunjukkan diriku.”

MALIK BERKATA :

1. Apabila aku tahu keadaaan dunia yang fana ini, aku pun tidak peduli tentang pandangan dunia terhadapa diriku dan perbuatanku.
2. Janganlah bersahabat dengan orang yang mana persahabatan itu tidak akan menolong mu selepas mati kelak.
3. Firman Allah dalam Qur’an, “Ingatilah AKU dan AKU akan ingat padamu.”
4. Firman Allah dalam Qur’an, “Aku akan jawab seruanmu dan terima doamu.”


tukang taip : shinri kiyaru ariwara

No comments: