

Semalam yang kelakarnya saya bersama teman-teman berbuka puasa dalam kereta. sambil pandu sambil kulum korma! Pastu singgah kat surau, solat dulu. Food Court mesti penuh masa maghrib, jadi kami solat maghrib dulu. bila telah stabil sikit adrenalin…blood circulation pun dah ‘maintain’, barulah kami dengan tenangnya berbuka dengan wajah ceria laksana pelakon Rowan Artkinson @ mr. Bean.
Puasa mestilah lapar bukan? Kalau tidak lapar, tidak dahaga itu bukan puasa namanya. Air mineral pun kenalah minum lebih. nanti kulit kering kena ‘hydration’, bahaya! Hisap rokok pun kena kurang sikit. Makan pun biarlah berpada-pada. Amal ibadah itu yang sepatutnya kena lebih. Nasihat ini pun bukan sahaja kepada orang lain, yang paling penting kepada diri sendiri. Bermuhasabah mana yang patut, agar ikhlas kejalan Allah jadi lebih mudah. agar timbul perasaan Khauf dan Raja’(harap dan takut). Qalb kena jaga…maka thariQah kena betul…
No comments:
Post a Comment