Saya pernah melukis. melukis dan terus melukis. macam-macam gambar saya lukis. ada gambar orang. gambar pokok. gambar kepala orang. gambar perempuan bertudung ada juga gambar kasut…panjang kata macam-macam saya lukis. saya terfikir untuk menjadi pelukis satu waktu dahulu. pelukis komik! rupanya hidup ini penuh ranjau berliku. tiba-tiba saya berhenti…lama saya berhenti. saya pun tidaklah tahu menahu punca sebenar saya berhenti melakar wajah-wajah cinta. Cuma saya kecewa. kecewa dengan sesuatu. sesuatu yang tidaklah boleh diberitahu. saya berhenti, ramai bertanya. kawan-kawan melukis pun banyak bertanya. terkejut pun ada, pelik pun ada. saya lagilah terkejut. Cuba ambil sikap diam tanpa berkata…biarkan mereka tertanya-tanya kerana saya tahu saya tidak punya jawapan bagi yang bertanya. Mood melukis saya hilang tiba-tiba…saya mencari-cari puncanya. kenapa? mengapa? untuk apa? Masih juga tiada jawapannya…
Hari ini. Saya masih tidak punya jawapannya. Jari jemari saya tergerak tiba-tiba…cuba mencapai kertas dan warna. ketagih rasanya. rindu padanya.
Hari ini. Saya masih tidak punya jawapannya. Jari jemari saya tergerak tiba-tiba…cuba mencapai kertas dan warna. ketagih rasanya. rindu padanya.
Malam ini. Saya akan kembali melukis gambar-gambar yang saya cinta. Melukis tanpa bersuara. Walau sepatah Cuma. Kerna saat ini saya tahu apa yang saya lukis selama ini…ekspresi harmoni yang lahir dari jiwa…
4 comments:
Salam,
Lukis gambar saya..
Salam Mr.Moderator,
Saya mengalu2 kn utk Tuan kembali berkarya...bakat yg mengalir dlm diri tak elok dipendam. Andai ada duka yg lama, buang saja yg keruh ambillah yg jernih.
Hebahkan utk tatapan kami semua..
Wahai cik Aslina bidadari sorga loka...
satu keping potret cat akrilik full face hamba charge Rm300 sekeping. boleh?
Hahaa...hamba bergurau jerr. Jangan terasa tau. Cik Aslina punya pasal hamba bole lukis F.O.C. kira modal kertas campur beli akrilik jer. Frame pi beli sendrii. setuju! huhuuu.
Salam abgjas,
kata-kata abgjas walaupun pendek, tetapi memberikan satu daya motivasi untuk kembali melukis dengan semangat baru. terima kasih saudara. Abgjas juga teruskan melukis...hanya pelukis yang faham pelukis.
Insya'allah saya akan kembali melukis dengan semangat baru. harapnya kali ini lebih IstiQamah.
Nampaknya selepas ini tak menang tangan dibuatnya...menulis dan melukis.
Salam..
Itula yg berlaku pd aku skrg...
N akupun sama..xdak jwpn utk stiap psoalan yg dtg btalu2..
N sbb itu jgak la yg buat aku jumpa entri ni...
Don't stop..keep on sketcing.
Klu x,jd mcm aku..merindu x sudah2...huhu
Post a Comment