Pada hari Ahad minggu lepas, bersamaan 23hb. Disember 2007; seorang tokoh islam yang terkemuka di persada arena antarabangsa, Shaykh Imran Hossien telah berbesar hati singgah ditempat kami dan sudi menyampaikan sebuah ceramah yang agak menarik; berkaitan Dajjal dan Yakjuj Makjuj yang berlangsung di International Islamic Services ( iis ). Ramai pendengar telah menghadiri seisi ceramah khas ini, yang terbuka kepada orang awam secara percuma. Shaykh Imran Hossien sememangnya telah dikenali di peringkat Dunia Islam Antarabangsa kerana komitmen beliau selama ini serta kesungguhan beliau didalam menentang aliran tegar lagi keras puak fanatik Wahabi dan Pengganas Kejam Rejim Zionis Negara Haram Israel. Dibawah ini adalah foto-foto candid yang sempat dirakamkan pada waktu ceramah bersemangat beliau dan seisi autograf yang agak singkat. tQ.































































Date: Sunday, 23rd December 2007
Time: 11.30 a.m-1.00pm.
Time: 11.30 a.m-1.00pm.
Speaker: Sheikh Imran Hosein, Former Imam of New York Mosque and author
Topic: Dajjal-The False Messiah and its relation with Gog and Magog
Topic: Dajjal-The False Messiah and its relation with Gog and Magog
Autograph Session:2-3 pm at Saba Setiawangsa
6 comments:
Hi Moderator,
Beruntung Tuan semua kerana berpeluang bertemu tokoh besar dunia Islam ini. Abgjas hanya berpeluang mengikuti ceramah2 beliau menerusi program IIS di TV suatu ketika dulu.
Alhmdulillah...memang beruntung juga, kerana saat untuk bertemu dengan Shaykh Imran Hossien bukan selalu terbuka.
Kami di IIS memang akan sentiasa bersusaha membawa tokoh2 islam intelektual antarabangsa bukan sahaja dalam bidang dakwah dan akademik malah dibidang muzik berteraskan islam. Yusuf Islam dan Zain Bhika misalnya.
Namun peluang ini bukan tiba selalu, kerana kebanyakanya daripada mereka seperti yang kita sedia maklum terlalu sibuk. Ini semua laluan ALLAH swt...manusia hanya berusaha.
Banyak juga pihak yang tidak berapa berkenan dengan Shaykh, kerana beliau memang berani "cakap lepas"...akan tetapi bila difikirkan kembali, diakhir zaman manusia yang berani kehadapan memperjuangkan keadilan akan sentiasa dimusuhi. Sesungguhnya sebesar-besar jihad..."berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim". Ibarat Nabi Musa as. dan Nabi Haron ketika berhadapan dengan Firaun.
Abgjas dan rakan-rakan bloggers sekelian boleh join kami jika mempunyai kesempatan masa yang terluang. Akan tetapi jangan terkejut jika melihat ada diantara kami berseluar jeans lusuh atau kelihatan "grunge"...kerana saya senantiasa percaya dengan mendalam bahawa "Allah swt bukan melihat jeans kamu yang lusuh akan tetapi tuhan menilai akhlak dan kebersihan hati kamu menyebarkan islam dengan ikhlas..."
Pintu Dakwah senantiasa terbuka...fikiran kami senantiasa terbuka.
wasalam.
moderator,
salam.
he..he..he.
Ttg Yaajuj Maajuj ni, memang suatu tajuk yang sangat aku gemar kerna terlalu abstrak.
kalau kau tidak keberatan, ceritakan sikit pada aku,
1. apakah dan siapakah yaajuj maajuj pada pengetahuan shekh tersebut.
2. dajjal. adakah dajjal itu suatu sistem? atau individu spt di dalam hadith. ceritakan apa yang telah diceritakan oleh sheikh itu kepada umum.
Aku rasa daripada kau cuma meletak gambar yang banyak2 dalam blog kau, apa kata kalau kau tulis dan ceritakan semula intipati apa yang sheikh itu cakap dalam sesi ceramahnya.
sebenarnya para pembaca-blog amat appreciate jika membaca sesuatu dalam blog. Bukannya melihat gambar dalam blog.
Jika setakat nak melihat gambar, lebih afdal jika diletakkan dalam fotopages, atau flickr kerana ia adalah photo-Blog.
Blogspot/blogger adalah suatu bentuk blog bagi idealist spt engkau untuk memaparkan idea dan pendapat kepada umum.
sekian terima kasih.
Salam ukhuwah.
tuen majistret el hakim yang disayangi.
salam ukhuwah kembali.
masa mula-mula aku lihat komentar ko nih, rasa menyirap jerr, akan tetapi selepas itu cepat-cepat aku minum sirap...aku cool.
aku menerima pendapat bernas ko nih dengan minda yang terbuka. terima kasih kerna sudi memberi pandangan.
Bukan pula diriku ini tidak ingin menulis tentang dajjal & yakjuj makjuj yang Shaykh Imran ulas tempohari...tetapi lebih mudah ku terangkan seperti ini " aku ni secara realitinya di hambat masa..." Lagipula pendapat Syakh lagi terang tanpa bersuluh terkandung banyak didalam buku-bukunya...Insya'allah jika mempunyai kesempatan saat akan aku tulis juga...
Lagi pula, mengambil kira percakapan tetuan rastom tempohari..."Sejak muktahir ini...kepala semacam beku, untuk menulis..."
Idea kena charge kembali.
Secara mendatarnya aku amat kurang bersetuju bila ko cadangkan bahawa kalau setakat nak letak gambar baik guna fotopages atau flickr...
Biar aku cuba terangkan secara paling mudah...
Tujuan blog ini diwujudkan pada mulanya untuk melaporkan apa sahaja aktiviti Islamic Independent Community secara berkala. (Lihat tajuk asal blog nih...dah nama pun Saba Personal Album). Lama-kelamanan dengan idea dan dorongan daripada teman-teman komuniti islam berdikari, maka aku secara volunteer sudi menjadikan blog ini satu wadah perjuangan harian. Melihat blog ini mendapat sokongan teman komuniti dan rakan bloggers cyber, maka aku sedaya upaya cuba menjadikan blog ini sebagai MPB (multi purpose blog). Aku terima tanggungjawab menjadi moderator tak bertauliah.
Tuen Majistret el Hakim, kenapa aku sekadar letak foto? Sebab sekeping foto mampu mempamerkan sejuta cerita yang tersirat daripada yang tersurat. Aku rasa mungkin ko tak jumpa ada banyak blog BLOGGER yang menjadikan blog mereka sebagai satu platform untuk galleri photo.
Lagipula secara peribadi, aku ini independent photographer yang mememinati membuat rakaman kehidupan. Jangan pula dirimu tergezzut jika mendapati selepas ini akan mendapati lebih banyak warna warni foto kehidupan tanpa tulisan. Kerana itulah kecenderungan ku.
Tak semestinya perlu guna fotopages atau flickr...kerana di BLOGGER aku dapat ekstra pakej (untuk lebih kepada menulis dan kompos lagu). Sila lihat arkib, ko akan tahu apa yang aku maksudkan. Jika aku mengambil idea bernas ko ini...bermakna aku ini tidak layak pula memakai nama IIC atau nama blog lagi satu "The Indie Story" yang bermakna aku terperangkap didalam ruang lingkup kerangka dan penjara idea sendiri. Maka jadi "skema" lah aku ini...terus menerus. Aku dengan segala kudrat yang ada cuba berfikir diluar kotak pandora hitam gelap.
Tuen el Hakim yang dirahmati Allah swt.
Samada BLOGGER, fotopages, you tube, wordpress mahupun flickr sebenarnya tidaklah sepenting idea, perjuangan dan silaturahim yang kita cuba salurkan. Ini semua hanya satu wadah perjuangan. Jika kita melihat kulit maka dapatlah kulit, akan tetapi jika kita terus masuk ke isi...itulah habuan kita.
Jika engkau memanggil diriku ini sebagai "idealist", terima kasih kalau benar begitu. Segala puji hanya bagi Allah swt...itulah dia perkataan Alhamdulillah yang selalu kita sebut-sebut.
Samada idealist, liberalist, realist mahupun journalist...secara peribadi aku rasa itu hanya label. Maybe aku fikir tuen el hakim lebih idealist daripada tuen moderator. Blog tuen juga menarik dan maybe tulisan tuen lebih baguzzz. Saya cool...
Apapun terima kasih kerana sudi memberi idea bernas. Aku menerima segala idea, pendapat dan teguran serta kritikan dengan hati dan minda terbuka...tapi ingat! mestilah konstruktif. Jika tidak bersedialah menerima pukulan tulisan tanpa belas...huhuhuuuu...
salam elmoderator,
he..he..
ada benda sebenarnya. tp segan aku nak cakap.
semasa peak-hour, networking all-out 100%, kadang2 blog nak open agak lambat. sangkut2 sebab 'berat' gambar byk.
di rumah takper..bcoz.. use streamyx 2Mbps dan 4 Mbps. cepat.
di Selangor, rasa2 kelajuan networks OK.
tp di tempat lain, wallahualam.
takut kelajuan sangkut-sangkut. terutama di kaw luar bandar.
tu la yang kesiannya
he..he..
salam.
OOh ye ke bro'...apsal tak kasi tau awal2...hehehee
nantilah aku cuba fikirkan alternatif lain. Try bukak akaun baru kat Fotopages ke...untuk buat galeri foto cyber sendiri..
Aku ni suka tangkap gambar Bro'...heh!
Post a Comment