
Bangsa Malaysia seharusnya mempunyai nilai moral yang tinggi. Saya lihat di KL misalnya nilai moral dan akhlak beradab semakin jatuh terduduk hampir payah bangun kembali. Sikap kurang ajar lagi biadab dilakukan secara terang-terangan namun tiada siapa yang mampu menegur.
Semakin ramai gadis melayu islam menyarung pakaian yang hanya layak pakai diranjang mawar. Budak-budak sekolah pula semakin berani menghisap rokok tanpa ragu dengan berpakaian sekolah. Segala-galanya nampak semakin bebas kini…bebas melakukan kejahatan tanpa ada yang mengawal. Mamat rempit juga beraksi seperti monyet menunggang motosikal bising dengan pelbagai gelagat menyakitkan hati masyarakat ditengah-tengah orang ramai. Tiada sesiapa yang peduli!
Kalau berjalan-jalan disekitar KLCC, jangan buat-buat terkejut jikalau melihat banyak perempuan berlenggang kangkung hanya memakai pakaian saling tak ubah seperti ‘bra’. Pasangan bercumbu-cumbuan didepan air pancut dengan begitu nikmat asyik masyuknya melakukan maksiat secara terang-terangan tanpa menghiraukan khalayak ramai. Saya fikir kambing kalau nak mengawan pun lebih pandai pilih tempat.
Pihak berkuasa manakah yang harus bertindak terhadap kerja-kerja kotor dan maksiat yang semakin berleluasa tanpa malu ini?
Apakah ini bangsa Malaysia yang kita impikan. Tahun 2020 nanti bagaimana pula bentuknya, jika tiada siapa yang harus bertegas menghalang kemungkaran keji ini…
2 comments:
HE..he..
ko patut respek bebudak melayu buat wily position mcm tu...
bangsa lain tak berani buat macam tu..
he..he..
takper.. apa-apa jadi nanti...
at least
ko boleh
sedeqah AL-FATIHAAH...
moga2 roh dicucuri rahmaat...
amin...amin ya rabbal alamin..
Hi Mr.Moderator,
Dlm sekeping foto ini, byk benda yg dilanggar:
1. Langgar undang2 - bawak motor wheelie
2. Langgar agama - berpelukan bukan muhrim - pakaian tak tutup aurat.
3. Langgar adab - pakaian menjolok mata.
4. Langgar hukum graviti - patut tayar tu kat bawah
Kita hanya mampu geleng kepala..
Post a Comment