Tuesday, December 11, 2007

Buku "MEMBENTUK JIWA SUFI Ajaran Tarekat NaQsyabandiyah" karangan Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi. Penterjemah : Tuan Guru Dr. Jahid Sidek as-sufi



Buku ini terbitan Al-Falah Publishing. Berharga RM25, namun oleh kerana saya baik dengan peniaga dikedai buku Sarjana Media, Carrefour Wangsa Maju; beliau telah memberikan harga diskaun RM18 (terima kasih daun keladi...lain kali kalau saya beli...berilah diskaun lagi...huhuhuuu...). Alhamdulillah...ini semua rezeki daripada ALLAH swt.
Buku ini memang bagus untuk mereka yang ingin membersihkan hati nurani serta ingin mengecap nikmat dalam ibadah serta dalam kehidupan seharian. Buku ini sebenarnya telah pun dibeli oleh saya lebih kurang 2 bulan terdahulu, namun baru kini mempunyai kesempatan untuk ditelaah dan sebaiknya diamalkan...Insya'allah. Proses menyucikan hati yang kotor mengikut metodologi Tasawwuf secara berperingkat-peringkat. Memang jauh berbeza tulisan Syeikh yang menulis dengan pengelihatan Basyirah yang mencapai Ma'arifat berbanding dengan puak-puak yang mengaku memperjuangkan Al Qur'an dan Sunnah tetapi sering menjatuhkan hukum dalam agama mengikut jalan hawa nafsu dan pandangan yang begitu Rigid!
Saya secara peribadi kurang berkenan dengan cara kasar dan cepat menjatuhkan hukum Bida'ah kepada umat mengikut pemahaman puak-puak Wahabi yang suka bergaduh dan bertelagah sesama umat islam (mulut mereka mengaku kononnya inginkan Sunnah sedangkan pada hakikatnya perbuatan mereka inilah yang menentang Sunnah Nabi saw...Na'uzubillah min zalik! Kasihan seluruh umat islam...dengan mudah-mudah sahaja dituduh sebagai perlaku bida'ah ( hanya kerana jemaah di Masjid baca Yassin Malam Jumaat?) oleh puak-puak Wahabi fanatik ini.
Berbanding dengan jemaah tarekat sufi yang begitu toleransi, penuh tradisi islam dan lemah lembut serta penuh kasih sayang pendekatannya kepada masyarakat islam. Tidak dengan begitu cepat mengkafirkan sesama umat Nabi Muhammad saw. Maka inilah kelebihan jemaah tarekat sufi yang sebenarnya menjaga dan mengamalkan ajaran Al-Qur'an serta memelihara Sunnah Rasulullah saw. Alhamdulillahirabbil a'lamin.
Apapun tahniah buat Tuan Guru Dr. Jahid Sidek (bekas pensyarah kanan UM) kerana sudi berjuang dengan masa, tenaga dan fikiran untuk menterjemahkan kitab tasaawuf ini; agar dapat diselami oleh umat Muhammad saw...rumpun Nusantara...tempat berkumpulnya Wali-Wali ALLAH swt...Insya'allah.
Satu Khazanah yang tidak ternilai...daripada Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi as Sufi...kecantikkan islam terserlah dalam taerkat sufi yang memelihara tradisi sesebuah masyarakat setempat mengikut benua...Mashallah...
ikhlas dari hati,
Mr. Moderator
(Pengendali Weblog)

11 comments:

Elhakim said...

salam elmoderator.

sajak apartment selepas hujan lebat itu sgt hebat.

aku rasa lelaki misteri itu adalah kau sendiri. yg sedang cuba sedaya upaya memikat gadis itu.

he..he..he.

the indie story said...

Salam tawadhuk wahai sahabatku El Hakim...

memandai-mandai jerr ko buat tuduhan palsu yerkk...hehehee...

elhakim...lelaki mistei itu biarkanlah terus menjadi misteri...

by the way, time kasih laa bebanyak coz sudi meluangkan masa singgah kat blog aku ni haah...

semoga persahabatan cyber kita terjalin teman tapi mesra.

tQ

AbGJaS said...

Salam Moderator,
Terpancar ketenangan di wajah Tuan Guru Dr.Jahir. Namun saya kira beliau seorang yg tegas dan berdisiplin orangnya.

Molek juga andai Tuan Moderator terus mendedahkan tokoh2 ulama tempatan yg bukan bertopi politik.

Mereka inilah 'wira-wira yg tidak didendang'...

Elhakim said...

Bagus itu buku...
namakan tokon yg menjual buku itu di sekitar Putrajaya/kajang/serdang.

Berita Book center ?

wasalam.

the indie story said...

Salam alaik Tetuan El Hakim yang macho lagi italiano...hehehe

Saya sendiri kurang kat kedai mana ada juallah Bro'. Kena rajin keluar masuk kedai buku, dan bila dah terjumpa mana-aman sahaja buku hasil karangan mahupun terjemahan Ustaz Jahid 'grab' jerr terus jangan lepas-lepas. kalau boleh sorok siap2 dalam baju (tapi bayarlah kan...)

Sebab buku Dr.Jahid memang susah sikit nak jumpa...ada rezeki...insya'allah.

Selamat mencari Bro'...happy ending.

the indie story said...

Berita book center...susah nak cakap. tapi kalau kedai buku berkonsepkan agama, mungkin ada.

the indie story said...

Salam Abgjas,

Benar kata abgjas...Tuan Guru ini displin orangnya. Walaubagaimanapun...muka jer nampak garang...hati baik. Kalau sesiap yang dah pernah jumpa dia mesti tahu. Perwatakannya ada iras-iras sedikit seperti Tuan Guru Nik Aziz...tapi dia ada stail sendiri lah kan...

Banyak ilmu manusia sebegini...namun begitu tawaduk dan merendah diri. Ibarat "Harimau sembunyi kuku..."

the indie story said...

Salam Abgjas,

Benar kata abgjas...Tuan Guru ini displin orangnya. Walaubagaimanapun...muka jer nampak garang...hati baik. Kalau sesiap yang dah pernah jumpa dia mesti tahu. Perwatakannya ada iras-iras sedikit seperti Tuan Guru Nik Aziz...tapi dia ada stail sendiri lah kan...

Banyak ilmu manusia sebegini...namun begitu tawaduk dan merendah diri. Ibarat "Harimau sembunyi kuku..."

aslina_bidadari said...

Salam,
harus dimiliki

the indie story said...

harus beli aslina, tak rugi. kalau pandai jaga buku, semuru hidup boleh baca. Silap-silap samapi ke anak cucu.Dapat pahala berantai.

Anonymous said...

"Banyak ilmu manusia sebegini...namun begitu tawaduk dan merendah diri. Ibarat "Harimau sembunyi kuku..."

Tuan Guru Dr. Jahid pernah berceramah yang mana ditegaskan bahawa kriteria utama bagi seorang sufi bukanlah pada keistimewaan dan karamah fizikalnya.... kerana karamah yang sedemikian boleh menjauhkan seseorang itu drp Allah SWT....tetapi apa yg lebih penting adalah karamah ilmu yang semakin menghampirkan seseorang itu kpd Allah SWT tanpa diketahui oleh manusia lain di sekelilingya...
Wallahualam.