Tuesday, December 04, 2007

Bergerak pantas

(jangan sampai kita tertinggal keretapi...)


Kita harus melakukan sesuatu dalam hidup. Saya dapat mengecam; manusia ini (lebih-lebih lagi diriku ini) selalu mencampak masa tanpa sedar. Masa tidak boleh menjadi muda kembali. Setiap detik yang berlari-lari 'marathon' pergi tidak mampu dibeli dengan emas berbungkal-bungkal.

Kita menikmati masa sebenar mungkin terlalu sedikit jika ditolak dengan tidur, makan, mandi serta tidak ketinggalan melepak dikedai kopi. Banyak masa hilang. Sedar-sedar kita semakin tua. Berjalan semakin cepat penat., tidur dengkuran semakin kuat. Amal ibadat bekalan menghadap Allah swt. sedikit sangat. Kita harus bertindak segera memanfaatkan masa dengan bergerak cergas. Detik waktu untuk melakukan kerja yang sia-sia harus dihentikan segera.

10 tahun dahulu dimanakah kita? Sudah tentu kita tidak akan dapat kembali kezaman silam. Yang telah berlalu hanyalah sejarah. Bersiap sedialah untuk 10 tahun yang akan datang. Jadi jangan membuang masa! Bergerak pantas...

2 comments:

AbGJaS said...

Hi Moderator,
Malam kelmarin, abgjas menonton filem 'The Green Mile' buat kali ke-dua. Cerita ini diungguli oleh pelakon2 hebat spt Tom Hanks dan Micheal Clarke Duncan.

Tp yg lbh menarik, novel Stephen King ni ada terpapar dlm blog Moderator - dah baca novel tu?

the indie story said...

Saya sendiri sebenarnya telah menonton filem bagus ini berkali-kali juga. Namun Green Mile dalam bentuk asal(novel) saya hanya mampu baca setengah, lantas terhenti tiba-tiba...mungkin hambatan masa...

Namun novel stephen king "everything's eventual" memang dapat juga saya sudahi sepanjang ramadhan tempohari.

Penat jugalah otak membelek kamus oxford, mungkin kerana 'english vocabulary' saya begitu miskin.

Namun baca tetap baca, tak kiralah susah macam mana sekalipun. Kira semacam 'exercise' otak jugalah. Prinsip saya..buat diri sendiri..."kalau taknak jadi bodoh...maka banyakkanlah membaca...tak kira sepayah mana sekalipun".

sikit-sikit...lama-lama jadi pandai. huhuhuuu...