Friday, November 30, 2007

bebas bukan bebas lepas


Manusia sepatutnya memilih bebas. Kebebasan itu fitrah makhluk. Namun bebas seharusnya terbatas. Agama dan Moral menjadi batas sempadan. Jika selalu bebas lepas tanpa kawalan, manusia pasti persis binatang jalang. Saya tidak mahu bertranformasi sebagai binatang jalang. Awak mahu? Sudah tentu tidak bukan. Kenapa? Kerana mahu lebih tinggi taranya dari haiwan ternakan. Namun jujurnya saya kira, kita sedang menuju ke arah hukum rimba yang ganas. Kuat menjadi Raja! Berdasarkan kuat semata-mata...lalu akal dan daya intelektual kita pijak-pijak tanpa belas. Kita menuju kemusnahan sememangnya...

Al-Quran recitation - Abdullah Fahmi

Adik Abdullah Fahmi (Juara Akademi Al Qur'an musim 1)

Adik ini memang bagus...dan sememangnya bagus...namun begitu sopan merendah diri.

Bacaan Al Qur'an beliau secara Tarannum memang 'superb'. merdu gemersik buluh perindu.

Walaupun adik fahmi tidaklah sepopular penyanyi Mawi (Juara Akademi Fantasia) namun pada saya beliau boleh dijadikan contoh dan idola terbaik buat generasi muda masa kini. Dengar khabar beliau kini berada di Universiti Al Azhar, Mesir melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah...

Saya jarang nak puji orang kalau tidak benar-benar ikhlas. Namun buat adik Abdullah Fahmi ..."Abang tabik springgg..."

Semoga beliau berjaya memperjuangkan Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.

Amin.

Thursday, November 29, 2007

buat Malaysia yang tercinta...

(Malaysia Ooh tanah air Ku... tanah tempat darah nenek moyang Ku... Negeri elok rakyat bersatu...)


(Saya tidak suka menulis tentang prejudis perkauman…malah saya benci api perkauman)-tulisan ini respon kepada Hindraf



Didalam situasi kita berasa ‘selamat’ dan senang lenang, dilimpahi pelbagai rezeki kemewahan; kadangkala kita seakan terfana. Lalai seketika. Kita berasa kita selamat kerana tiada desakkan kuat yang menghimpit tulang belulang kita.



Tidak seperti keadaan hidup derita di Palestina, Iraq dan Afghanistan, rakyat Malaysia majoritinya hidup dalam keadaan cukup selesa. Mempunyai TV jenama Samsung bersaiz 29’inci memang cukup melekakan kita. Memandu kereta Myvi dan memakai seluar jeans lusuh Levi’s 501 benar-benar kelihatan trendy!
Rakyat Malaysia dihanyutkan dengan “Kl lifestyle”… Ini bukan pula satu bentuk penulisan yang anti-sosial tetapi renungan untuk sama-sama berfikir. Fikir dengan sedalam-dalamnya. Lantas bersyukur kepada ALLAH swt.



Siapa yang memberi rakyat Malaysia segala bentuk kemewahan? Tujuan diberi kekayaan Negara ini untuk apa? Mengapa saudara sesama Islam kita miskin dan menderita disana sini? Sedangkan kita sambil silang panggung mampu bila-bila suka menyumbat tekak kita dengan Big Mc Donald dan mencurah Coke!



Mahu kehilangan Mc Donald?…maka turunlah kejalan beramai-ramai sambil bermain dengan retorik api perkauman…maka tunggulah padah yang bakal menimpa…
Sama-sama kita terbakar menjadi debu!



*namun saya tetap percaya manusia baik lebih ramai dari yang jahat-jahat…bebal…lagi buta tuli.

simata cantek

sesiapa yang ingin melihat "Simata Cantek" sila buat lawatan sambil belajar di www.theindiestory.blogspot.com/

manusia membazir


(semenjak akhir-akhir ini saya banyak juga menulis...macam-macam ditulis, dan ini salah satunya...)


__Manusia membazir__


Manusia membazir


waktu


duit


air


elektrik


air liur


dan macam-macam lagi...


Banyak hutan ditebang


kerana manusia


membazir kertas


ekologi alam musnah


oleh tangan-tangan kapitalis


Kapitalis Jahat


yang mengaut


trillion u.s. dollar


bahananya rakyat yang terima.


Binatang semakin pupus


lupus...


Oksigen ditukar dengan


Kertas Duit


bumi semakin rosak


amanah tuhan dikhianati.


Kapitalis Jahat


tidak berhati perut


rakyat marhain


semakin terjerut.


Manusia membazir


cerita


lagu


kata-kata


tenaga


semangat juang


dan macam-macam lagi...


Semata-mata


bangkit melawan


Sang Kapitalis Breengsekkk!


(28/11/07 ukp rabu)


jangan gaduh-gaduh...


hah!...baca tulisan tu baik-baik...kalau tak nampak sila "klik" pada lukisan.

Sunday, November 25, 2007

PENGUMUMAN PENTING!

Assalamualaikum, kepada para pengunjung blog yang dikasihi sekelian...

Blog ini tidak dapat di update dengan entry baru buat beberapa hari kerana Laptop Mr. Moderator sedang dihantar balik ke HP untuk dibaik pulih...jadi segala kesulitan amat dikesali...Namun sebarang komentar dialu-alukan...tq
Harap tenang...

(p/s: perrghh...nasib baik masih dalam warranty...)

Thursday, November 22, 2007

Apa sudah jadi?

kepada sesiapa yang ingin melihat Abu FurQaan sudah terlanggar dakwat hitam tumpah keatas lukisan baru siap, bolehlah lawati blog http://theindiestory.blogspot.com/ tQ.

Wednesday, November 21, 2007

jangan marah-marah


sila 'klik' untuk gambar yang lebih besauu...

Tuesday, November 20, 2007

jalan-jalan cari makan...dah kenyang jangan tido...pi solat dulu!

agak-agak u all...siapakah manusia miterius yang sedang makan dengan lahap ini...huahahaa...beradasarkan identiti cincin yang dipakai dijari kelingking itu menyakinkan saya bahawa manusia misterius ini senantiasa berada disekeliling kita... kuang...kuaang...kuuaanng! Sorry k...gurau jer...jangan marah. (video ini sebenarnya sudah tersalah ambil...sepatut tukang photographer nak snap still photo...tapi sudah tersalah tekan button...apapun video ini dalam situasi mood raya bulan syawal)

honestly? - "robot terkena air"

now...listen our 2nd song...jangan tutup telinga k...orang yang ada penyakit jantung tidak digalakkan mendengar muzik ini...tq

Abu FurQaan kah ini???

(kelihatan Abu FurQaan...dengan muka 'bad mood' sedang memikirkan ikan siapakah yang harus dicurinya selepas ini...ggrr...grrrr...Auuummm...sekali mengaum cam Lion King daaa...)


Jadi apakah ini yang bernama 'Abu FurQaan' , kucing yang menjadi bahan lakaran lukisan saya secara bergurau di blog http://theindiestory.blogspot.com/ ...segalanya masih misteri. Yang nyata tatkala seisi foto ini dirakamkan...Abu FurQaan benar-benar dalam mood yang kureng stabil...akibat ikan kembung segar yang dicurinya dari kedai Mamak Restoran Syawal, telah dicuri pula oleh sang kucing lain...dan makhluk yang mencuri itu pula dengan selamba manja berada di belakang beliau...tidur terbongkang setelah kekenyangan...brrruupp!!..eerkk... tak lain tak bukan Abu FurQaan tidak boleh hendak mempamerkan tahap kemarahannya 100% adalah kerna yang menjadi tukang curi ikannya ialah isterinya sendiri...Puan Fathimah Hatim Tai... sabau jerr laaah...

khali bercampur skeptikal

bosan menjelma...lalu saya tunduk memandang lantai tanpa berkelip...mencari ruang " illustrasi " untuk "reformasi"... (foto lantai UIA ihsan diri sendiri)


Hati saya mensyorkan supaya terus menekuni naskah-naskah berat, sedangkan kudrat saya tidak terkejar. Bukan tidak mampu…cuma tidak terkejar. Dalam tidak punya banyak kesempatan detik, sempat juga saya sudahi membaca novel “Tuhan Manusia” karya Faisal Tehrani. Ditangan saya ini sudah dipegang erat kompilasi tulisan Fathi Aris Omar, “Patah Balek – catatan terpenting reformasi”. Sempat atau tidak saya habisi tulisan kontemporari genre berat ini, tidak saya ketahui. Atau mungkin saya main lompat sikatak lompat, secara rawak memilih bab tanpa mengikut skema.

Terkadang saya semacam khali. Menulis, membaca dan melukis semacam sudah menjadi tanggungjawab yang penting. Terdapat sedikit perasaan skeptikal. Saya kira, perlu diisi hidup ini dengan sesuatu yang disukai sebelum mati. Jadi saya begitu banyak hairan bagaimana ada orang boleh “merempit” bila terluang hari. Saya mampu geleng kepala…

Saya…saya macam tak cukup masa. Kini minat lama kembali bertandang. Perkakas lukisan terus diselongkar. Ilustrasi komik dan kartun merebut tempat dibenak saya. Saya kembali bersyahwat untuk kembali melukis. Saya mungkin penat tetapi saya puas. Kreativiti terasa subur. Buku dan akhbar inggeris memang tidak mahu saya ketinggalan walau celoteh orang putih saya begitu buruk sekali. Tiba-tiba ingin pula berdakwat tulis dalam inggeris.

Rasa tidak terkejar…namun sempat pula saya bertanya “Apa yang ku kejar?”. Perlahan-lahan…otak berinspirasi. Rasa kepenatan diantara buku2 berat dan kartun yang santai. “Semoga Allah swt. menolong saya selalu…”. Doa terkini memanjat langit…

Monday, November 19, 2007

alien sub-culture


sila "click" pada lukisan untuk gambar yang lebih jelas...

As Days Go By...written by Merlock@Merhuu

There comes a time in a person's life when he or she is fond of reflecting of things that have occured in the past. Most people would describe it as nostalgia, a throwback to a much simpler way of life. It is the same for me, as it is withi those kids of the 80's. Our parents, more often than not, are also fond of this particular perspective on life. As we grow older, the world seems more sinister and we become more agitated and bitter.

Growing up in KL during the 80's would not have been more carefree and safer than it was in the 60's, yet it was a much better time than it is in the new millenium. Even though the fashion sense back then would be something to frown upon, nevertheless it was still fun. We grew up without the luxuries that kids today are more likely to flaunt, such as fancy handphones, iPods and countless other gizmos. And yet, most of us in the late 20's and early 30's would never trade it in for these trivial pursuits.

A case in point would be the advent of video games. Unlike most kids and teenagers nowadays, i was not allowed to have VGs (as i would call it), not because that we couldn't afford it. Nope, the main reason was that these games would have a twofold effect: firstly, it would take us away from our studies and secondly, we were more likely to become anti-social and arrogant. At first, it was incomprehensible but in the long run, we have truly understood the logic behind our parents' objections to VGs. And it must be stressed that we are able to understand clearly the most important duty in parenthood: to provide a conducive environment for us in order to make us better and functional individuals.

Another sad and regrettable fact of life that is blatantly overglorified is the free mixing between men and women nowadays. Those who are in their early teens are much more daring and more likely to experiment in illicit relations, as a result of ignorance and the ever increasing depiction of a more hedonistic lifestyle. It is common to see girls in skimpy outfits, and guys with all the blings around their neck and fingers. It is regrettable to see our youth are more likely to spend their time clubbing and getting themselves drunk. what makes it even worse is that a large number of Malay youth are getting in the act.

It is important that we remind ourselves of the need to live our lives accroding to rule that allah has set for us, as it will guarantee a good life in this world and a blissful one in the next. We (myself included) must always reflect on how much we have lived our daily lives as Muslims and how much are we able to conribute to the deen and socirty. Only then would we be able to realy grasp the tru meaning of life, Insya Allah

Sunday, November 18, 2007

cheb ali singing in PWTC

Anda suka mendengar lagu ini? Album artis Cheb Ali berjudul "Ana Muslim" boleh didapati stesen-stesen Petronas Mesra diseluruh negara, atau anda boleh memesan cd ini secara online di www.iifportal.com tQ

Cheb Ali (2) at GPU

nice voice cheb! suara lemak merdu...our brother Ali...mutaiyam...ana...mutaiyaaam...

Saturday, November 17, 2007

Foto Di Sekitar Majlis Pelancaran Album Terbaru Sahabat Kita, Penyanyi Cheb Ali - "Ana Muslim" Petang Semalam Di PWTC, KL

























hujan dimalam hari

Pemandangan ini diambil daripada tingkat 44 Menara Kembar Petronas KLCC...lebih kurang 3 atau 4 bulan yang lepas...aarrrhh lupa plak...brain hardisk dah terlampau banyak input! full memory...

by the way...rintik-rintik hujan yang menghempas dataran planet bumi...memang beautiful....and wonderful...nampak seakan-akan salji putih...indah betul kala ini...bukan senang nak rakam detik hujan melimpah penuh sentimental seperti ini...

memang layan blues betul...tanpa suara...tanpa kata-kata bising, yang terpamer hanyalah visual indah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata...

(saya tercari-cari...kata-kata yang dapat ditulis disini untuk menceritakan suasana dikala melihat hujan turun ini daripada 'angle' berada diatas langit...namun tak jumpa...)

video senyap 30 saat ini seakan menjadi satu therapy treatment kepada jiwa kacau...keajaiban ciptaan Allah swt. yang bukan semua orang boleh nampak.

jadi...diam buat beberapa saat...dan nikmati sahaja keindahan ini...tq.

walau kemana kita pergi...

Walau kemana kita pergi, walau apa sahaja yang kita lakukan; janganlah dilupakan agama. Peganglah agama kukuh-kukuh. Ini bukan bermakna kita harus pakai jubah dan serban sepanjang masa. Kita mungkin suka pakai jeans lusuh, pakai lah…asalkan menutup aurat dengan betul. Dan apabila tiba masuk waktu solat, maka solatlah…walaupun dengan memakai jeans lusuh (asalkan tidak kotor terkena najis).Namun jika terdapat najis yang kita perasan maka bersihkan dan solatlah dengan ikhlas.

Namun kepada sesiapa yang suka memakai jubah dan serban, teruslah memakai dengan niat mempamerkan syiar Islam. Bukan sebab riak dan menunjuk-nunjuk kononnya kita seorang yang warak dan tinggi ilmu agama. Pasang niat kena betul, barulah hidup kita mendapat keberkatan.

Apa yang saya cuba maksudkan, dalam apa sahaja yang kita lalui; maka buatlah pertimbangan dengan menggunakan ilmu akal dan Al-Qur’an berserta Sunnah Nabi saw.

Hidup ini sebentar cuma, harta dan ilmu dunia haruslah diikat kukuh dengan agama. Tanpa agama dan moral yang tinggi maka jadi binatanglah manusia. Ilmu semata-mata tidak cukup, Al-Qur’an dan Sunnah Nabi saw. harus diambil sebagai penunjuk mengharungi jalan yang berliku. Tidak kaya sangat rasanya tidak mengapa asalkan kita mempunyai keimanan yang teguh dan menggunakan akal kurniaan ALLAH swt semaksima mungkin. Harta tidak boleh dibawa masuk kedalam lobang kuburan, hanya amal yang baik menjadi pendinding daripada seksa kubur.

Kita mungkin suka dengar muzik genre rock…tidak mengapa asalkan tidak melibatkan soal akidah dan lirik yang menghina tuhan. Nau’zubillah… Muzik ada pelbagai…ada reggae…rap…rock….nasheed dan macam-macam lagi. Bergantung kepada apa yang kita suka dan boleh terima. Itulah kuasa kehebatan ALLAH swt dalam mencipta satu makhluk yang bernama manusia.

Muzik yang pelbagai adalah terhasil daripada kreativiti akal mengikut naluri estetika seni manusia itu sendiri. Muzik boleh dijadikan satu wadah perjuangan di samping menjadi hiburan fitrah manusia. Samada muzik itu akan menjadikan seseorang itu lebih dekat dengan tuhan; atau pun menjadikan manusia itu semakin jauh daripada jalan ALLAH swt. (Nau’zubillah)… mestilah berbalik kembali kepada tuntutan agama itu sendiri.

Dengarlah muzik apa sekalipun…sama ada rock…indie…alternative…techno…dangdut…asalkan bila tiba waktunya, sama-samalah dahi kita sujud kepada tuhan dalam keadaan merendahkan diri… Ooh Ya! disamping suka melayan muzik…jangan lupa perbanyakkan membaca AL-Qur’an…kerana dunia dan akhirat perlu seimbang. “Buat baik berpada-pada…buat jahat…nurakalah jawabannya…”

wallahu a’alam…

Monday, November 12, 2007

we're not only a band, honestly...we're friends!



buat pengetahuan, lagu ini memang disengajakan dinyanyikan secara berulang-ulang...sesuai dengan konsep yang cuba ditampilkan. rasanya memang mampu sangat buat lirik yang panjang-panjang dan melodi yang indah-indah....cuma lagu "buat baik' memang begitu asalnya bila idea datang menerjak benak...maka kami terus rakamkan ia begitu tanpa perlu diusik-usik. 'original' selalunya lebih tinggi nila estetika seninya...(jadi fikir-fikir dulu ya!)

so terima lah lagu stok main belasah...

honestly? - "buat baik" :

"buat baik berpada-pada...

buat jahat jangan sekali

hidup didunia

jangan sampai dikeji"

"pagi petang siang malam

keluar cari rezeki

rezeki tuhan yang beri

jangan kau gusar hati..."

(lagu/lirik : shinri)

Friday, November 09, 2007

bangganyer sayeee...

(kalau tak nampak dia punya tulisan, kasi "click' kat gambar. biar besau sikit...baru best baca...)

Kolum terBARU...

Satu kolum baru akan diwujudkan bertajuk “ Ada Cerita Tentang…”. Sebelum ini blog ini telah pun mempunyai beberapa ruangan seperti “Album Foto, Video Clip, Contemporary Issues, Al-Qur’an dan Sunnah,Books & Music, Sense of Humour, Pantun dan Sajak serta Tazkiratul Awliya’…dan yang terbaru cartoons and sketching.
Sama-sama kita nantikan…siapakah teman pertama yang bertuah menjadi bahan ujikaji untuk kolum yang lebih berbentuk ‘interview’ berkonsepkan genre “indie alternative for ordinary people…”
Jangan terlupa juga menziarahi blog ‘yang lagi satu’ http://theindiestory.blogspot.com/ untuk mencapai inspirasi terkini…check it out!

satu kehidupan telah bermula...

air wajah terbaru selepas rambut lahirnya dicukur selepas ganjil 7 hari, dengan niat mengikut Sunnah Rasulullah saw...

wajah bayi suci yang belum mengerti dunia...roh yang masih segar-bugar baru dimasukkan kedalam jasad...dari alam roh muncul ke alam dunia... foto beberapa jam kelahiran...

(assalamualaikum...abang..akak..."saya budak baru belajar...kalau tersalah tolong tunjukkan dengan baik...jangan marah-marah k...)

Lebih kurang 9 hari yang lepas, adik perempuan saya telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Adik ipar dengan tenang kini menjadi seorang Bapa. Satu nyawa anugerah dan amanah daripada Allah swt. Syukur Alhamdulillah... semoga anak ini menjadi seorang yang berjasa kepada Islam, Melayu dan Malaysia... impian dengan harapan seorang 'uncle' yang baru bergelar Ayah Long, anak ini bakal menjadi Hafiz Al- Qur'an kelak...insya'allah...mudah-mudahan...
Tahniah!!!

surat-surat jiwang moden!


Tiga hari lepas, sewaktu sedang rajin meneliti disebuah rak-rak buku dengan semena-mena saya telah terserempak dengan sebuah buku yang membuat saya terlopong 15 saat! Tajuk buku yang seperti tertera diatas, benar-benar saya anggap satu "challenging' tahap Agung kepada daya keintelektualan minda saya. aaahahahahaaaa... Wah! surat-surat "jiwang" pun perlu ada garis panduan yang perlu diikuti jika terlanggar syarat bisa dikompaun RM500/= tanpa belas...
tulis surat cinta sama seperti tulis kertas perperiksaan Am untuk pegawai kerajaan kiranya...perlu ada "guideline" ....mungkin...agar bisa menawan hati sidara pingitan...
Wow! teruja sungguh saya...huhuhuuu...

Thursday, November 08, 2007

Arab Running on Treadmill!

hehehee, i'm speechless...
jangan korang gelak sampai muntah sudah!

Wednesday, November 07, 2007

tepi gunung...

Kawan-kawan mari kita menyanyi...gumbirakan hati!

jentik kepala, tanyalah minda...

hidup ini akan menjadi indah jika kita menikmati seadanya. menjadi sukar jika tidak pernah puas. menjadi derita jika kita ditindas…
rezeki Allah yang beri…kita hanya perlu mencari. rezeki bukan sekadar harta tetapi segalanya yang bersumberkan cinta…
hari bersilih ganti… dimanakah kita? disini atau disana, lokasi tidak penting jika kita sedar siapakah kita. adakalanya kita menyanyi, selalu saja kita menangis…
kita memilih untuk gembira atau berduka lara. jentik kepala, tanyalah minda. diakhirnya timbullah satu pertanyaan; “apakah kita dicipta untuk benda yang sia-sia?”
iri hati, hasad dengki dan perbalahan tidak membawa kemana kecuali ke lobang nuraka! maka akallah yang buat membeza diantara manusia dan haiwan…


shinri

Tuesday, November 06, 2007

Allah Knows written by Merlock@Meerhu

(Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba.....Buat julung-julungkalinya Brother Meerhu atau lebih dikenali sebagai Merlock telah menghantar satu artikel kepada Moderator untuk disiarkan diblog ini... Beliau juga merupakan anak murid Mr.Moderator dialam rohani (huhuuu...). Pihak kami dengan baik hatinya telah 'release' artikel ini tanpa sebarang proses editing. Ayuh! sama-sama kita hayati hasil tulisannya yang pertama kalinya di siarkan diblog berdikari ini...tQ)

Assalamualaikum. This is my article, as follows:

As we go about our daily routine, we almost always seem to forget that every act that we do during the day would not escape unnoticed. No matter what we do, there is a universal and undeniable truth that pervades our life in this world. That truth is that Allah knows each and every act, be it harsh or subtle, big or small, evident or discreet, and most importantly, whether it is sincere and for the sake of Allah, or not.

There are many instances that we can clearly see in our day-to-day routine. A personal favourite of mine can be seen in the free mixing between the genders (and particularly disgusting would be among the same gender). I would like to state that under no circumstances whatsoever, do i assume a 'holier than thou' perspective in this matter. But i become disheartened when there are so many couples out there (particularly those in the 13-15 age group) who are nonchalant when it comes to their interactions with the opposite gender. I'm not trying to be a killjoy, but they are so lax about something that Allah holds very sacred.

Many times we hear of supposedly intimate relations among couples which will finally end up with unwanted pregnancies and in most cases, the ultimate breakup of the relationship. Islam enjoins that we take a somewhat conservative outlook with regards to relationships, as it will help to make the ummah united and obedient to Allah. I always pray to Allah that all Muslim youths, myself included, would be guided by Allah to the straight path. Another thing that keeps cropping up is the issue of trust, or rather the lack of this important virtue.

Nowadays, we often hear of cases of fraud and deceit, which in fact should not happen if we truly follow the deen. These days corruption has become the norm of everyday life. It is all too easy to blame the Western world for the decay of our morals, when in fact we should have a good look at ourselves and say 'Do i have the right niat (intention)?', when we should know better that Allah knows. A particularly sad thing that is clearaly evident is the increasing rate of crime in our beloved country. We often hear of individuals being murdered for the most trivial of matters. Another worrying trend is the increasing number of cases that are commited by sadistic and deviant criminals.

The murder of Noritta Shamsuddin and Nurin Jazlin Jazemin (it sickens me to think of what had been done to Nurin) should serve as a reminder to how we have become less attached to the tenets of Islam, and more inclined to the ways of Iblis and Syaitan. Therefore, there is a need for us to constantly be aware of our actions and work towards improving or lives for the better, in accordance with the teachings of Islam.

Insya Allah, Allah will always guide us and inculcate a sense of responsibilty and accountability in the hearts of every Muslim. We should always bear in mind that no matter how we try to hide our intentions and actions, be it good or bad, the most fundamental of truths: ALLAH KNOWS!

Friday, November 02, 2007

satu watak sedang dicipta...

saya sedang dalam proses mencipta beberapa watak untuk komik saya yang didalam progres...(dan ini salah satunya...maybe...)

mai singgah

kawan-kawan...sekali sekala jangan lupa masuk blog yang satu lagi http://theindiestory.blogspot.com/ sebab saya pun ada menulis dan melukis kartun disana. check it out!... mai singgah...mai singgah...

KL, Key Ell...Oleh Shinri

“You have to have a certain hardness in order to be able to live in KL. If you allowed your emotions to react to everything that upset you, you’d fall apart in a week. In KL when you see certain things happen, you that there’s nothing you can do about it because there is nowhere yaou can complain to."
(Living in KL – Kam Raslan, Generation – a collection of contemporary Malaysia ideas)

Semacam ada banyak kebenaran dengan kata-kata diatas. Di KL, jika anda terlalu ambil berat sesuatu masalah picisan yang dicetuskan oleh manusia disekeliling anda, maka anda akan jatuh terduduk tanpa dapat bangun kembali. Cara terbaik jangan peduli!
Namun ini bukan bermakna anda tidak perlu ambil pusing langsung. Sesekali anda perlu ambil tahu juga, berebut petak parking yang tidak pernah cukup di kawasan apartment atau flat DBKL misalnya…hahahaa.

Apa yang saya gambarkan disini adalah laksana kata-kata hikmah “buat baik berpada-pada…namun untuk berbuat jahat anda perlu berfikir sejuta kali agar tidak disumbatkan kedalam jel. Jika diberi pilihan, KL adalah antara kedudukan yang terbawah dalam ‘personal listing’ saya.

Ini bukan bermakna saya tidak menghargai KL. Malah secara jujurnya saya menyayangi KL sepenuh hati! Namun berhadapan dengan manusia yang berakhlak Kasar hampir saban masa, bunyi bising, udara kotor dan pelbagai lagi ragam yang menyakitkan hati membuat saya berfikir sejenak untuk keluar dari Garfiti KL.

Di KL, kita akan dapat menjamu pelbagai menu dari resepi pelbagai dialek,dari sambal yang dicampur gula, (di Kelate misalnya) membawa kepada Laksa Johor tanpa perlu bersusah payah. Bila anda memetik jari semua makanan berselera terhidang didepan retina, namun sudah tentu anda turut perlu menyediakan kertas pelbagai warna yang bertanda “RM”.

Jadi di KL, kertas yang mempamerkan foto Yang Di Pertuan Agung satu bentuk elemen yang terpenting jika anda mahu terus bernafas tanpa menggunakan ‘inhaler’…

(Rabu 31/10/07 11.50am Pusat Bandar Damansara)