
Siapakah "Lelaki Misteri" ini? Apakah beliau ini Loque (pemain gitar kumpulan Butterfingers)? Ataupun beliau inilah sebenarnya yang selalu memakai nick Mirloc di Chatbox disebelah. Atau mungkin lelaki inilah yang dikenali sebagai BULU. Persoalan ini masih tidak terungkai, menjadi tanda tanya kepada pengunjung blog...sehingga ke hari ini....
Namun Lelaki Misteri ini mempunyai "karakter yang tersendiri" dan mengundang pelbagai bentuk polemik dan perdebatan dikalangan ahli politik dan intelektual didada-dada akhbar semenjak kebelakangan ini. Ia akan terus menjadi persoalan dan misteri yang masih belum terjawab...
Syyyttt...
3 comments:
ni brother Amir nih!!!
kenak sgt jambang die...
-mdnoor-
saya nafikan sekeras-kerasnya bahawa lelaki ini amir. cuba lihat gambar itu betul2 tentu anda akan dapat melihat perbezaan ketara pada warna jambang dan bentuk tengkorak sisinya.
saya sendiri sebenarnya tidak tahu siapakah sebenarnya lelaki misteri ini, kerana gambar ini telah dihantar ke e-mel saya tanpa bernama oleh seseorang yang saya tidak kenali. Tujuaannya untuk membuktikan bahawa ada seseorang telah menyamar sebagai brother ameer. Mungkin niat belaiu bahawa melakukan sesuatu dengan harapan bro' ameer akan disalahkan.
Namun saya tidak menyalahkan kepada mana-mana yang "TERKHILAF" jika menganggap lelaki misteri itu sebagai Abu Ameer as SabaQi.
Diakhir e-emel bersama foto yang saya terima telah disertakan nota...
"Mungkinkah ini Mr Bulu?"
Wallahua'alam.
MODERATOR
Saya sesekali tidak bersetuju gam bar itu gambar abang amir yang saya sayangi. Nampak sangat bezanya. Md noor tu yg terlupa pakai spek kot? Cuba lihat bebetul..haa kan lain sangat tuu.
lelaki misteri itu seolah-olah cuba mengelak dan menyembunyikan wajahnya sebenar agar tidak diketahui umum. sedangkan abg amir yg jujur tue suka sangat ambik gambar.
Lagi satu jambang abg amir kalu tengok bebetul ada sedikit kaler oren campur perang karat. Sedangakan lelaki misteri ini saling tak tumpah macam pengganas Al Qaeda. takpun macam si LOQUE yg main gitar elektriksiti utk kumpulan rok Butterfingers tue.
Alahaiii..mad noor, lain kali check bebetul. jgn suka buat tuduhan rambang dan tak berasas terhadap lelaki yg kusayangi..my abang amir henceemm.
Shaazan.
Post a Comment