Thursday, July 05, 2007

Apabila Kita Membaca Al Quran.....PART 1 Ditulis oleh Anwar Arabi

Bagi saya Al-Quran adalah sahabat yang paling baikuntuk diri seorang manusia.
Al-Quran adalah sahabat akrab semasa diri seseorang muslim itu dalam keadaan susah mahupun senang. Banyak faedah jikalau kita menjadikan Kitabullah sebagai rakan yang paling rapat. Sebenarnya manusia tidak akan dapatmenolong manusia dalam ertikata "pertolongan sebenar". Hanya Allah swt tempat kita memohon "pertolongan sebenar". Masakan makhluk diminta atau diharap memeberi harapan serta pertolongan, sudah tentu KEKECEWAAN pengakhirannya. Makhluk menolong makhluk hanyalah berdasarkan Asbab musabab, tidak boleh lebih daripada itu. Sedangkan Allah swt yang mengaturkan kejadian alam ini. Maka sudah tentu hanya Allah swt yang tahu jalan penyelesaian kepada kejadian masalah yang melanda spesies manusia. Sebab itu manusia dilantik sebagai Khalifah di muka bumi harus kembali kepada jalan selamat yang telah ditunjuk oleh Allah swt. Jalan-jalan selamat itu semua terkandung di dalam Al-Quran. Kita perlu kupas satu demi satu, mencari, membuka dan mantafsirkan isi kandungan Al-Quran Dalam dunia masa kini, syaitan dalam bentuk manusia semakin banyak berkeliaran menghalang umat Islam kembali kepada ajaran Rasulullah saw. Dengan sebab tersebut kita terpaksa berlawan dengan syaitan yang memang syaitan dan syaitan dalam bentuk manusia. Syaitan-syaitan durjana sesekali tidak akan dapat menyesatkan manusia jikalau kita dengan tulus ikhlas mengambil jalan Al-Quran (Minhaj Al-Quran). Memanglah menjadi kelemahan kepada diri kita kadangkala sedikit tersesat dalam perjalanan kehidupan, tetapi semua itu bukan alasan untuk kita menjadi dan terus berada di dalam kesesatan selama-lamanya. Maka bila tersesat, kita teruslah mencuba dan berusaha untuk kembali kepada jalan yang lurus. Orang mukmin adalah mereka yang tidak sesekali berputus asa sehingga akhir hayat mereka. Layakkah kita digelar orang mukmin? Terpualang kepada diri kita dan kehendak Allah swt. Insyaallah..... Namun pada masa sekarang, ramai umat Islam yang tidak lagi mahu bersahabat dengan Al-Quran.

No comments: