1. ABU MUHAMMAD IMAM JA’AFAR AL-SADIQ
Suatu hari Ja’afar telah dipanggil oleh khalifah. Apabila tiba ditempat khalifah, beliau hendak diberi hadiah oleh khalifah itu dengan emas. Tetapi beliau enggan menerimanya. Khalifah menyuruhnya meminta apa sahaja yang beliau suka. Ja’afar berkata, “Jika tuan redha, kurniakan pada saya satu hadiah, iaitu jangan tuan panggil saya bertemu dengan tuan lagi kerana itu menganggu ibadatku,” khalifah bersetuju.
Ada seorang hamba Allah telah berkata kepada Ja’afar “Wahai Ja’afar, tuan memakai pakaian yang mahal-mahal,” beliau menjawab, “Lihatlah pakaian dalam ku.” Orang itu pun meraba pakaian dalam beliau. Orang itu terperanjat apabila dirasainya pakaian itu sangat kasar hinggakan tangannya tergaris oleh kasarnya pakaian itu. Orang itu bertanya, “Apakah maksudnya dua jenis pakaian yang tuan pakai ini?” Ja’afar menjawab, “Pakaian luar ini untuk dunia (untuk menyembunyikan pengabadianku dan mengelakkan dari diketahui orang ramai), dan pakaian dalam itu ialah untuk keredhaan Tuhanku (yang menghormati kefakiran kita dan memuliakan penyerahan kita kepada-Nya).”
Seorang bertanya, “Siapakah yang lebih baik diantara kedua orang ini : orang kaya yang bersyukur kehadrat Allah kerana kurniaan Allah kepadanya; atau orang fakir yang redha?” Ja’afar menjawab, “Orang fakir yang redha itulah yang lebih baik, kerana orang kaya itu sentiasa teringatkan harta bendanya tetapi fakir itu sentiasa ingat kepada Allah. Allah sendiri memuji orang-orang yang bertaubat dan memasuki islam dan menganggap mereka lebih baik dari ahli-ahli ibadat. Zikir membuangkan segala ingatan kepada dunia.”
Kata-kata Ja’afar :
1. Dihari perbicaraan kelak anda bukan ditanya tentang harta benda atau pangkat atau nenek moyang dan pendapatan anda, tetapi adalah tentang amalan kerohanian yang telah anda lalui dan ibadat yang anda lakukan.
2. Allah tidak akan dijumpai sehingga kita betul-betul mahu bertemu dengan-Nya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.
3. Adalah satu dosa jika putus asa dalam ibadat.
4. Orang yang bertaubat setiap kali membuat dosa adalah orang yang dikasihi Allah.
5. ‘Rahsia’ itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.
6. Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya kehadrat Allah adalah orang yang akan menduduki syurga; tetapi orang yang bergantung kepada dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di nuraka.
Tukang Taip : Shinri Kiyaru Ariwara
No comments:
Post a Comment