Friday, July 13, 2007

Ulumul Qur'an Part 2 Disusun oleh Shinri Kiyaru Ariwara

4. GHARIBIL QUR’AN

Menerangkan makna kata-kata yang ganjil yang terdapat dalam Al Qur’an.
Menerangkan makna kata-kata yang tinggi dan halus. Termasuk kata-kata yang bukan dari bahasa Hijaz. Juga menerangkan makna majaznya.


5. ASBABUN – NUZUL

Menerangkan sebab-sebab turunnya Wahyu Agung. Memahami sebab-sebab turunnya sesuatu ayat sangat penting untuk memahami maksud sebenar Al Quran. Walaupun sebab-sebab itu tidak mengikat pengertian umum ayat.

Umpamanya Ad Dhuha diturunkan bagi melegakan dan memberikan jaminan Allah terhadap Nabi saw., yang terhenti menerima Wahyu Allah swt untuk beberapa lama. Dimasa yang sama telah menerima cacian kaum Quraisy.

Surah Al Masad diturunkan bagi mengutuk Abu Lahab dan isterinya, Ummu Jamil yang sentiasa memaki Rasulullah saw. dkala permulaan penyebaran Islam.


6. MA’RIFATIL MUHKAM wal MUTASYABIHAT

Al Qur’an terdiri daripada ayat-ayat Muhkamat dan Mutasyabihat.

Ayat Muhkamat – ayat jelas dan terang ertinya.

Ayat Mutasyabihat – ayat yang tidak jelas dan tidak terang ertinya.

Pengertiannya hanya dapat dihuraikan oleh para ahli melalui kajian mendalam atau hanya Allah swt. yang mengetahui. Ilmu ini menjelaskan mana ayat Muhkamat dan mana ayat Mutasyabihat.


7. NASIKH DAN MANSUKH

Jumhur Ulama’ mengatakan Al Quran itu Nasikh. Iaitu menghapuskan syariat Allah swt yang lepas sebelum Syariat Islam, kecuali apa yang dinyatakan Al Qur’an. Ilmu ini juga menerangkan mana-mana ayat Al Qur’an yang dipandang Mansukh oleh sebahagian Mufassirin dan mana yang tidak Mansukh.


8. I’JAZIL – QUR’AN

Menjelaskan sudut-sudut yang menjadikan Al Qur’an itu sebagai Mukjizat.


9. TASANUBI AYATIL QUR'AN

Ayat-ayat Al Qur’an masing-masing tidak berdiri sendiri-sendiri. Masing-masing berkait diantara satu dengan lain. Baik yang terdahulu atau terkemudian. Ayat-ayat tersebut saling menjelaskan. Ilmu ini menjelaskan hubungan antara ayat satu dengan ayat yang lain.

10. ADABI TILAWATIL – QUR’AN

Adab-adab yang wajib diikuti sewaktu membaca Al Qur’an dan larangan-larangan yang wajib dijaga.

No comments: