Friday, July 13, 2007

Di Susun Oleh Shinri Kiyaru Ariwara

Perbezaan Diantara Surah Makkiah dan Surah Madaniah

Al Quran diturunkan di 2 tempat yang berlainan. Surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dan Madinah.

A. Dari segi bahasa :

Surah-surah yang diturunkan di Mekah dipanggil Makkiah. Ayat yang pendek-pendek dan mempunyai gaya bahasa susunan seperti puisi. Biasanya dimulakan dengan, “Hai Manusia...”. Contoh Surah Makkiah adalah Al-Alaq 19 ayat, Al-Muzammil 20 ayat.

Surah-surah yang turun di Madinah dipanggil Madaniah. Mempunyai ayat yang panjang serta mempunyai gaya bahasa berirama. Biasanya dimulakan dengan, “Hai Orang-orang yang beriman...”. Contoh Surah Al-Baqarah 286 ayat, Aali Imran 200 ayat dan Al-Ahzaab 73 ayat.

B. Dari segi isi :

1. Makkiah - bersangkutan (pada dasarnya) tentang masalah Aqidah & Iman.


2. Madaniah - urusan kehidupan manusia dalam semua segi dan bidang.

Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur menurut keperluan dan keadaan semasa bagi memudahkan hafalan, penghayatan dan pelaksanaan dengan lebih berkesan. Menurut Al Qur’an sendiri, apabila Rasulullah saw ditanya oleh orang-orang kafir; mengapakah ia tidak diturunkan sekaligus. Allah swt. Memberi jawapan, “Demikianlah Kami turunkan ia bercera-cerai untuk Kami kuatkan dengan dia hati engkau”. Maka jelaslah bahawa ayat-ayat Al Qur’an dapat menguatkan hati-hati orang mukmin.

Permulaannya turun Al Qur’an itu jatuh pada malam Lailatul Qadr yang maha berkat kemudian ia diturunkan terus menerus. Secara sedikit demi sedikit dalam tempoh lebih kurang 22 tahun, 2 bulan, dan 22 hari.

Al Khudari menetapkan bermula malam 17hb Ramadhan ketika Nabi saw. Berusia 41 tahun hingga 9hb Zulhijjah, 10 Hijrah.

Sesetengah ulama’ berpendapat Al Qur’an mula diturunkan pada 8hb Rabiulawal. Yang mula-mula diturunkan surah Al AlaQ yang menetapkan Muhammad bin Abdullah sebagai seorang Nabi. Kemudian diturunkan ayat 1-10 Surah Muddathir pada 17hb Ramadhan, yang dengan sendirinya Nabi Muhammad saw. Diangkat menjadi Rasul Allah.

No comments: