Thursday, July 05, 2007

Apabila Kita Membaca Al-Quran....Part 2 Ditulis oleh Anwar Arabi

Hanya Islam pada nama namun amalan semakin kurang. Jikalau kita mahukan petunjuk daripada Allah swt, kita haruslah berusaha mencarinya. Banyak khasiat jika kita mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari. Bacalah yang mana mampu, tiada paksaan. Percayalah dengan membaca AL-Quran setiap hari, kaedah hidup kita akan berubah tanpa disedari. Mereka yang mebacanya dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan Allah swt, dengan izinnya mesti mendapat rahmat dalam pelbagai perkara. Perkara-perkara kecil yang selalu menyakitkan hati pasti tidak lagi menjadi beban harian kepada pengamalnya. Maksudnya bukanlah orang yang mengamalkan Al-Quran tiada masalah langsung (sedangkan) Rasulullah saw pun menghadapi masalah, rintangan dan cubaan. Akan tetapi, segala masalah dapat diharungi dengan kekuatan baru bersama hati yang tenang dan redha. Semakin susah dan besar masalah yang dihadapi lalu semakin dekatlah hati si pengamal AL-Quran kepada Ya Salam. Semakin teguhlah iman untuk mengharapkan bantuan Yaa Rahman. Orang yang telah lama mengamalkan isi kandungan Al-Quran serta membacanya dengan penuh rendah diri dan tawaduk, maka ayat-ayat Al-Quran sudah tentu sudah sebati di dalam darah dan sebati dalam diri. Apabila kita yakin dengan Al-Quran, yakin dengan Rasulullah saw, yakin dengan Allah swt tanpa kita sedari, roh, akal dan iman kita semakin teguh. Apabila iman teguh maka hal yang remeh-temeh tidak akan langsung berbekas dalam hati kita. Oleh itu bacalah Al-Quran.

No comments: