Monday, November 24, 2008

PENGUMUMAN!

Kepada mereka yang ingin membaca catatan-catatan di Pantai Cherating boleh masuk ke blog yang lagi satu - the indie story. =>(Boleh terus klik).

Foto-foto di Pantai Cherating telah pun sedia di upload. tQ.

* Semenjak akhir-akhir ini Pihak Moderator agak aktif di blog the indie story. => (Boleh terus klik).

Selamat datang berkunjung. Wassalam.

Friday, November 14, 2008

Cherating...Ombak bergulung...

Aku baru balik bercuti dari sini... mencari ketenangan... Gambar diatas ditangkap dekat-dekat waktu senja. Ombak bergulung-gulung, kuat bagai menggila menghempas pantai... jadi Aku mengambil keputusan melawan Ombak Ganazzz dengan semangat...tekad... dan penuh keberanian. Foto-foto akan di 'up-load' kemudian...

Thursday, October 30, 2008

Volkswagen Kuning di Besday Iman...

1.2..3... sayang semuanya...






Cuba teka ini toys atau kek? Jawapannya...kek! yeah... puas ati...

Thursday, October 23, 2008

Cuti-Cuti Sarawak (Kuching) 2008


Semasa 7 hari berada di Kuching, Sarawak... ini lah foto yang sempat aku rakamkan sebagai kenang-kenangan... peergghhh... Kuching memang best, aman damai...

Saturday, October 11, 2008

kemanisan hari rayoosss...

Masa hari raya, hampir tiap-tiap hari minum air gas. Makan pulak kek manis. Yang mana dengan makanan berlemaknya. Yang mana dengan anginnya. Habis semua sekali ‘complete’. Semasa berpuasa banyak orang kesihatan begitu bagus sekali, tetapi bila dah dua tiga hari sambut rayooosss sudah kena sakit-sakit satu badan. Terlebeeeh kolestrol...
Kat over-sea orang sambut raya gempak cam kita ke? Malaysia ini kira unik laa kan... Lain dari yang lain...
Harap-harap lepas raya ni makin produktif menulis dalam blog nih...

Friday, October 10, 2008

inilah keindahan...

saya sendiri. dilorong sunyi... - senja syawal...

Tuesday, September 23, 2008

Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 9 : Aduhai Ramadhan... terlalu banyak yang AKU sesalkan...

Banyak yang akan kita sesalkan dalam hidup ini. Salah satunya apabila berkali-kali melepaskan bulan Ramadhan begitu sahaja...

“Aduhai Ramadhan... apakah sempat aku menemui mu lagi. Apakah dosa-dosa ku diampunkan Allah swt sepanjang bulan ini. Apakah aku dapat merasai nikmat Ramadhan pada tahun hadapan. Moga-moga dapatlah aku sekali lagi bersua wajah dengan mu Wahai Ramadhan.
Aku ingin semua bulan menjadi bulan Ramadhan. Aku ingin menangis, kerna beberapa hari lagi aku akan kehilangan mu Wahai Ramadhan.


Ampunkan aku Wahai ALLAH...”

Thursday, September 18, 2008

Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 8 : Melihat liuk lintuk lampu Gasoline diserambi rumah...


Biru. Kuning. Jingga. Hijau menawan...

bila saya melihat pecahan cahaya menyinari alam dikala bulan Ramadhan. Maaf saya memang obses tentang bulan ini.


Tatkala angin menampar muka...baru tersedar puasa tinggal beberapa hari lagi. Akan habis. Akan lenyap. Menunggu-nunggu lagi hingga ke tahun depan.
Moreh. Salawat dan salam. Lebihan kuih-kuih selepas tarawikh. Aduhai indahnya setiap malam. Gelap tapi tenang.

Di manakah cinta? Saya akan menanti di 10 malam terakhir. Atau mungkin malam dimana takbir berkumandang...

Mungkin sewaktu sedang menonton (menghilangkan kesayuan) rancangan wajib malam raya yakni “Sampaikan Salam”...yang begitu heboh di kaca tv.

Atau dikala itu iris saya sedang merenung penuh lampu gasoline yang tergantung diserambi rumah... menyelami liuk lintuk cahaya kabur...

Tuesday, September 16, 2008

Kotak Hijau Hugo Boss di bulan Ramadhan...


Ramadhan ini...
kita mencipta
peristiwa-peristiwa
suka duka
dikala langit tenang
walau kadang-kala
hujan turun dengan rahmat Ilahi.

Ramadhan ini...
segalanya-galanya indah ceria
lagu-lagu
cerita-cerita
gambar-gambar
adalah satu lukisan kehidupan
ini semua anugerah tuhan
setahun sekali.

Aku melihat Ramadhan mulia
dengan mata hati harmoni
seolah-olah interpretasi
kisah novel cinta
yang dikelilingi haruman Hugo Boss kotak hijau...


*kata-kata oleh Moderator indie.

Saturday, September 13, 2008

Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 7 : "Karipap Mantap! yang sedap..."

Haah..mari...mariiiiii...karipap panas...karipap panaassssss...


Boleh dikatakan hampir setiap hari semasa waktu berbuka puasa & bersahur saya bedal "KARIPAP MANTAP" yang dibuat oleh seorang Kakak di Pasar Ramadhan...(tempat dirahsiakan...he..hee..heee..). Sedap beb! Dia punya isi penuh lagi mantap. 3 Seringgit...tapi kadang-kadang kalau saya beli lebeeeh... itu Akak kasi percuma 2 kalipap mantap! huhuhuuu... Namapak gaya sebulan berpuasa maka sebulanlah saya cekal membaham dengan rakus itu karipap yang ada 3 perasa: Karipap Daging, Karipap Kentang & Karipap Keledek. My favourite is Curry Puff Keledek! perrgghhh...dia punya rempah...tak terkata...

Selepas berselera membedal karipap mantap...maka mantapkanlah pula solat sunat tarawikh. Kadang-kala pergi jemaah dekat Mesjid. Kalau penat buat sendiri-sendiri kat rumah.

Kalau mahu rasa Karipap Mantap...kena buat Puasa Mantap! yeeeaah...baby...

Akhir kata, sebelum makan baca Bismillah...jangan lupa.

Friday, September 12, 2008

Catatan Shinri : Ramadhan 2008 - Siri 6

Mencari ketenangan yang abadi... Memohon keampuan ilahi...
Harta dunia, anak pinak tidak mampu membeli kedamaian hakiki... Hanya amal soleh yang menjadi bekalan untuk mencapai keredhaan Tuhan Yang Esa... Moga-moga kita diampun Tuhan... Insha'allah... Moga-moga hendaknya...


Didalam kesuraman ruang Masjid aku mencari kebenaran Wahai Allah!

(Foto oleh Moderator indie. Lokasi: Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur)

Saya suka sekali melepak (iktikaf) di Masjid semasa bulan puasa. Biar pun sekejap. Biarpun hanya 15 minit. Namun nikmat ketenangan yang dikecapi oleh roh dan hati sanubari saya tak terkata...

Didalam Masjid saya suka termenung...err...maksud saya...bermuhasabah diri. Cuba membersihkan hati dengan berfikir dan memohon keampunan daripada Allah swt. Cuba menerima bahawa...manusia lemah...kekayaan sebenarnya datang daripada Allah swt...mengakui manusia tidaklah sekuat mana... luka sedikit dah tentu berdarah. Menerima bahawa Tuhan telah memberi kita jutaan nikmat tak terperi namun berapa banyak diantara kita yang tahu bersyukur dan berterima kasih ya?

JIka kita merasa diri kita hebat...ada lagi orang lain yang lebih hebat.... Maka selalu-selalulah merendah diri kepada Allah swt... Sesunguhnya kita ini terkadang cepat lupa diri dan lalai dengan nikmat sedikit yang diberikannya...

Maka lafazkanlah :

"Astaghfirullah... Astaghfirullah...Astaghfirullah..."

Lafazkanlah didalam hati. Sesungguhnya Allah itu kan Maha Mendengar. Moga-moga kita diampun Tuhan...

Thursday, September 11, 2008

Catatan Shinri : Ramadhan 2008 - Siri 5

Wah...jus buah special laa... err...tak tahan...tak tahan... heh!

Ada seorang teman mengadu dia lapar masa berpuasa. Eeh! Puasa mestilah lapar, tak akan kenyang pula? Keh...keh...keh...

Barangkali bukan itu maksud teman saya. Mungkin dia saja-saja bercakap sebab mahu memulakan topik perbualan. Teman saya kuat pegangan agamanya. Belajar ilmu agama setaraf ‘Maulana’.

Tapi bukan tentang teman itu yang saya ingin perkatakan... Dia lebih arif. Yang ingin saya perkatakan disini ialah berapa ramai daripada kita sering mengadu keluh kesah dek kerana lapar semasa sedang berpuasa? Bukankah kita ini berpuasa ikhlas kerana ALLAH swt...

Saya lapar tidak gusar... paling ‘teruji’ takala cuaca panas... dah tentu tekak kering haus air.
Sabar. Sabar. Sabar. Sesungguhnya kita berpuasa semata-mata kerana ALLAH swt...

Thursday, September 04, 2008

Catatan Shinri - berjalan-jalan di petang Ramadhan 2008 - Siri 4

Klik foto diatas untuk melihat dengan lebih jelas besar. tQ


Kalau orang luar sekali tengok foto diatas pasti ramai daripada mereka yang menyangka sesuatu yang dasyhat dan huru-hara telah berlaku. Sampai berkepul-kepul asap naik keatas awan. Bila mat-mat saleh itu pergi tinjau dengan lebuh dekat lagi pasti mereka akan tersenyum manja sambil air liur berkecur-kecur meleleh melihat betapa lazat makanan yang terhidang didepan hidung. Pelabagai resepi terkumpul di Pasar-Pasar Ramadhan disekitar Malaysia. Unik lagi Ironik.

Baru depa tau betapa aman & harmoninya negara beta.... Syukur Alhamdulillah. Cuma petang-petang jer ada berlaku sedikit huru-hara, sebab berebut nak belai juadah berbuka puasa. Biasa laaa tue.

Lokasi foto : Pasar Ramadhan Setiawangsa Kuala Lumpur. Gambar ditangkap pada hari puasa yang ke-2. Berpeluh-peluh saya dibuatnya...

Persiapan Aidilfitri telah bermula...


Kedua-dua foto diatas mempamerkan seorang lelaki sedang bertungkus lumus menyiapkan Display Art untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2008. Dibuat pada betul-betul hari puasa yang pertama di Malaysia. Aku malas lah nak kritik apa-apa...sebab aku setuju juga dengan cara mereka. Supaya Ramadhan Al- Mubarak terasa lebih meriah. Walaupun Rayos lambat lagi. Yang penting dia punya feel tuuuee..heh!

Syabas buat Shopping Kompleks Bukit Bintang Plaza! Terima kasih kerana sudi memeriahkan hari raya umat Islam di Malaysia. Tak macam sesetengah Shopping Kompleks tu, yang bila masa bulan Ramadhan aku terasa bukan macam duduk kat Malaysia, tetapi lebih macam rasa suasana menetap kat New York! Sebab banyak pokok pine dan Santa Claus... bila kebetulan Raya Natal dan Aidilfitri jatuh pada bulan yang sama. Pelik...sebab majoriti kat Malaysia sambut Hari Raya Ketupat? Salahkah aku sekadar mengajukan satu persoalan yang telah lama bermain difikiran ini? Patut kena adil la kan....isshhh...

Lagi sekali Tahniah kepada BB PLAZA! Bravo!

Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 3


Nikmat dibumi Malaysia...


Malam pertama solat tarawikh ditempat saya memang penuh. Malam kedua dan ketiga saya buat sendiri solat tarawikh dirumah. Malam ini sekali lagi saya pergi bersolat jemaah di Masjid. Orang berkurangan sedikit tetapi masih penuh. Alhamdulillah.


Semoga kesempatan bertarawikh ini akan dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Kita ini manusia biasa yang sentiasa berdosa. Bulan dinugerahkah kepada seluruh umat islam untuk memperbaiki diri dan amalan yang bakal dibawa keakhirat kelak.


Solat didalam Masjid yang teradapat air-cond memang mendamaikan...
Kita beruntung kerana di Malaysia, umat islam dapat beribadat dengan tenang dan harmoni tanpa takut dengan pelbagai ancaman seperti di negara Palestina, IraQ dan Afghanistan misalnya. Tiada pihak yang akan mengebom kita jika kita terus menerus ber’iktikaf didalam Masjid.


Kita dapat beribadat dengan khusyuk dan jiwa yang tenteram. Berzikir lah sepuas-puasnya sampai mata mengantuk. Jadi kenapa tunggu lagi?

Wednesday, September 03, 2008

kurma rotab dari Tehran...



Kurma rotab dari Tehran. Aku kunyah lambat-lambat. Malas-malas...


Manis laksana Gula Sarawak


Manis lenting


Manis madu


Manis muka


Manis-manis buah


tetapi...


bukan pula manis dibibir. Aku ikhlas mengunyah madu rotab dari Tehran...

Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 2


Harapnya puasa Ramadhan ini akan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Setiap kali tiba bulan Ramadhan, suasana disekeliling tiba-tiba berubah. Rasa lain jerr...

Setelah satu hari menahan lapar dan dahaga, bila berbunyi sahaja azan di masjid atau kaca tv, punyalah nikmat. Kena pula dapat menghirup air tembikai....perrghhhhhh...nikmat tak terkata!

Nikmat berbuka satu hal, yang paling sedap adalah nikmat mengharungi puasa sebulan itu sendiri. Dengan solat tarawikhnya dan moreh semua sekali. Malam sentiasa hidup. Waktu pagi juga orang akan sibuk makan sahur.

Itulah puasa dan itulah nikmatnya. Nikmat yang paling besar adalah nikmat mendapat keampunan Allah swt.... Bila manusia mendapat keampunan daripada Pencipta-NYA maka dengan sendiri hati akan menjadi lebih bersih dan hidup bertambah-tambah ceria...Insha’allah.

Amalkan ini:
Subahnallah wa bihamdih.
Subhanallah wa bihamdih.
Subhanallah wa bihamdih.

Amalkan sepanjang masa, dan kita lihat apa yang terjadi...

Tuesday, September 02, 2008

Catatan Bro' Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 1

Seniman Jalanan Kuala Lumpur...

Tanda cinta daripada Tuhan.

Dimanakah kita pada Ramadhan 2008 ini? Kemanakah arah tujuan kita? Diterimakah puasa kita ini? Atau barangkali kita lebih terkhayal dengan lauk pauk dan kuih manis Pasar Ramadhan...

Anugerah Ramadhan Al Mubarak ada tanda cinta daripada Tuhan. Itu dalam kotak fikiran saya. Anda bagaimana ya?

Ada orang sangat takut dengan lapar dahaga, sampai terlupa kita berpuasa untuk siapa? Hikmah hanya datang kepada mereka yang sudi memberi dengan hati yang ikhlas...

Biarlah lambat-lambat

Jikalau boleh Bulan Ramadhan biarlah 'lambat-lambat' berakhir. Kerana saya ingin menikmati seadanya. Roh saya dapat merasakan rahmat Allah swt. sedang mencurah-curah turun dari langit alam. Dengan itu saya ingin bermandikan rahmat Tuhan. Tak salahkan?

Monday, September 01, 2008

Tazkirah di Ramadhan pertama...


Bismillahirahmanir raheeem.

Alhamdulillah bulan Ramadhan kembali menjelma menunjukkan wajah yang indah gemilang. Bermulalah puasa... bertarawikh lah kita ya! Kita harus bersyukur kehadrat Allah swt. Kerana masih mampu menikmati keindahan bulan Al-Mubarak.

Inilah masanya bagi kita untuk membersihkan dosa-dosa yang kita lakukan sepanjang tahun ini wahai sahabat. Ingatan ini bukanlah untuk kalian sahaja, malah yang lebih penting ini adalah ingatan untuk diriku sendiri. Allah swt Tuhan Yang Maha Pengasih telah memberikan peluang kepada umat Muhammad saw. untuk kembali kepangkal jalan.

Bulan ini adalah satu peluang besar kepada diriku dan kalian untuk menginsafi diri.Perbanyakkan zikrullah dan solat. Sekali lagi ingatan ini untuk diriku ini sendiri berserta kalian wahai sahabat. Semoga kita diampuni oleh Allah swt.

Disamping kita menikmati juadah enak dan lazat ketika ifthor, jangan sesekali kita meninggalkan Solat Maghrib. Berpuasa haruslah diserta dengan amalan solat, jika tidak sia-sia lah pahala puasa kita. Sekali lagi ingatan ini juga buat diriku ini dan kepada kalian semua. Harapan ku agar kita perbanyakkan bersabar dan menerima segalanya dengan redha.

Hormatilah bulan Ramadhan wahai manusia! Jangan kalian anggap ini seperti bulan-bulan biasa. Sesungguhnya inilah bulan dimana Wahyu Agung diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Dan inilah juga bulan dimana terdapat satu malam dimana lebih baik daripada 1000 bulan yakni dipanggil Malam Laitul Qadar. Ingatan ini buat diri ku sendiri dan juga kamu wahai sahabat.

Semoga Ramadhan Al-Mubarak ini memberikan sesuatu perasaan yang indah kepada kita semua...Insha’allah.

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Sesungguhnya itu adalah ucapan yang Maha Agung...Selamat berpuasa dengan penuh tawadhu’ sambil berjuang melawan nafsu syahwat habis-habisan.


Wasalam.
Moderator Indie.
*Ramadhan pertama 2008.

Ramadhan datang lagi...


Monday, August 25, 2008

Cerita Serigala & Cik Tudung Merah...


Cik Tudung Merah sedang berfikir macam mana nak kasi cabut itu gigi taring Mr. Serigala...

Semasa kecil Arwah Nenek dan Mak Lang saya pernah menceritakan sebuah kisah kanak-kanak bergenre 'komedi gelap' ala-ala Alfred Hitchcock berkenaan tentang seekor serigala yang menyamar sebagai seorang nenek yang ingin membaham sekecil bernama Cik Tudung Merah yang 'innocent'... Bagaimana Sang Serigala Hitam tersebut telah menyamar sebagai seorang nenek yang terlantar sakit diatas katil menanti dikunjungi oleh cucunya... Jadi budak ini telah mengemukakan pelbagai pertanyaan ikhlas seperti..."Kenapa telinga nenek panjang?" err..."Kenapa hidung nenek besar?"...dan "Kenapa gigi nenek tajam...?"...

Siapa yang pernah mendengar cerita ini pasti tahu diakhir cerita apa yang berlaku... Dia punya ending memang buat kita berfikir sejenak. Dapatkah Sang Serigala menjalankan tipudayanya untuk menikmati daging manis Cik Tudung Merah...atau... sebenarnya kanak-kanak tersebut seorang yang terlalu pintar disebalik wajah 'innocent'nya sehingga dapat mengalahkan kekejian hati dan kerakusan hawa nafsu binatang bertaring panjang...
Budak-budak sekarang pernah lagi ke mendengar kisah-kisah moral begini? Atau mungkin maka bapak terlalu sibuk untuk bercerita...


*Foto diatas ihsan papa pata & mama pata. bukan anak saya... anak kawan. Nama sebenar aktres yang melakonkan watak 'innocent' Cik Tudung Merah ialah Diya Sumaiyah. Moga terpilih sebagai Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Cannes. clap! clapp! claappp!... tepuk... kasi tepuk tangan kuat-kuat ya!

Wednesday, August 20, 2008

Wali Allah & Zikirullah...


Wali & Zikir
Oleh Sheikh Muhammad Nazim
Sri Lanka, 1988

Pernah datang seorang hamba Allah menziarahi seorang wali. Wali bererti seorang yang mempunyai “kehidupan yang bernyawa.” Seseorang itu tidak mungkin menjadi wali melainkan dia mencapai kehidupan yang penuh dengan cahaya. Sekiranya hati seseorang itu “mati,” maka dia tidak boleh menjadi wali, kerana di dalam hati yang tidak bermaya tidak adanya zikirullah. Hati memperolehi hayatnya daripada zikirullah, zikirullah tersebutlah yang membuat hati itu menyebut “Allah.” Hati tersebut sentiasa hidup. Apabila hati itu telah disesuaikan untuk berzikir, mustahil baginya untuk berhenti.


Hati tersebut berfungsi untuk menyebut “Allah” dan penjelmaannya melalui terikan “Allah.” Getaran nada “Allah” di dalam hati akan menyalurkan darah ke setiap urat dan rekah. Oleh demikian, sesiapa hatinya berzikir dengan kalimat “Allah,” seluruh badannya berfungsi menyembut “Allah … Allah … Allah.” Apabila dia meninggal dan jasadnya di semadikan di dalam kubur, tiada perubahan akan berlaku kepadanya. Hatinya terus akan berzikir dengan kalimat “Allah … Allah … Allah” sehinggalah ke hari Qiamat. Dan apabila jasadnya di perintah untuk bangun semula, dia akan bangun sambil berzikir “Allah … Allah … Allah.” Nur zikirullah akan memancar dari setiap pelusuk badan dan rambutnya. Dia akan kelihatan seperti cahaya matahari, bulan dan bintang di Padang Masyar.

Apa yang telah kalian lakukan untuk kehidupanmu? Apa yang kalian tunggu lagi? O mukmin! O orang Islam! masa berlalu dan dunia ini sedang meninggalkan kita dan akhirat sedang menunggu. Dari masa kita dilahirkan, kita sebenarnya meninggalkan dunia dan bergerak menuju ke akhirat – hari yang dinanti-nantikan itu pasti akan datang. Kita harus lihat apakah zikir yang ada di dalam hati kita. Adalah sangat penting untuk kita mengingati Allah, kerana Dia telah berfirman, “ O hambaKu, ingatkan Aku; apabila kamu mengingatiKu, Aku mengingati mu. O hambuKu, berzikirlah kepada Ku, nescaya Aku akan membawa zikirmu ke Kehadiran Ilahi.”

Kita perlu berzikir dan bersama-sama dengan ahli zakirin. Kepinginan kita haruslah untuk hidup sebagai seorang zakirin. Asyikan dengan berzikir dan perkenalkan diri sebagai zakirin. Hiduplah di dalam zat zikirullah. Kekuatan dan kuasa kita bukannya datang daripada makanan dan minuman, Kekuatan seperti itu adalah untuk tahap haiwan. Manusia mesti mengambil kuasa dan tenaga daripada zikirullah. Kita boleh memperolehi kekuatan dan tenaga untuk jasmani kita daripada makanan dan minuman, tetapi manusia sebagai bakal untuk menjadi khalifah Allah perlu mengambil tenaga dan kuasa daripada zikirullah.

Kehausan dan kelaparan kita haruslah zikirullah. Apabila hati kita telah dialehkan hanya untuk Allah, maka Allah akan menganugerahkan kita dengan keyakinan, keamanan dan kegembiraan. Kehidupan kita akan menjadi seronok dan kematian kita juga akan menyeronokan. Pada hari terakhir itu kelak, kita akan bersama-sama orang yang gembira, mulia dan bercahaya. Amalkanlah zikirullah sehingga akhir hayat.

Cukuplah dahulu buat kali ini. Kita telah melayani selera kita dengan makanan yang lazat, dan kita telah mengisikan keperluan roh kita dengan sohbet ini. Moga-moga Allah menganugerahkan kepada kita pemahaman yang betul dan sentiasa berzikir dan juga memberi rasa sebenarnya zat Zikirullah.

Rasa zikirullah – kalian tidak akan dapat mencarinya melalui rasa kebendaan. Rasa kebendaan akan menurun, setiap kali akan menjadi kurang. Tetapi rasa kerohanian sentiasa akan meningkat menjadi lebih lazat. Oleh demikian, para anbiya dan awliya telah merasa kelazatan zikirullah dan ini membuat mereka dahaga untuk pergi ke Kehadiran Ilahi. Orang biasa takut kepada kematian. Mereka takut kepada para anbiya dan awliya yang sedang berlumba untuk menuju ke Kehadiran Ilahi. Moga-moga Allah mengampuni kita.


Astagfirullah, Alhamdulillah, Syukurlillah.


Wa min Allah-hi Taufiq...

Friday, July 25, 2008

Saat yang baik untuk berdoa' dihari Jum'at...


501.

Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. pernah menyebutkan:

"Pada hari Jum'at ada satu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada ALLAH swt; nescaya dikabulkan ALLAH permohonannya itu.


Nabi memberi isyarat dengan tangannya, yang bererti bahawa saat itu amat singkat."


(Shahih Bukhari, jilid 1, hal. 272)

Tuesday, July 22, 2008

Mari berkenalan dengan Aristotle...


Aristotle

Aristotle (bahasa Yunani Αριστοτέλης, Aristotelēs) (384 SM7 Mac 322 SM) merupakan pakar sains dan ahli falsafah Yunani. Dia belajar dari Plato dan mengajar Alexander Agung.

Tiga ahli
falsafah silam teragung adalah Aristotle, Plato (gurunya), dan Socrates (c. 470-399 SM), yang corak pemikirannya banyak mempengaruhi Plato. Antara lain, ia menukar falsafah Yunani awal (Pre-Socratic) kepada asas falsafah Barat sebagaimana yang terdapat masa kini. Socrates--kemungkinannya disebabkan pendapatnya yang menentang menulis falsafah sebagaimana yang diterangkan dalam penulisan perbualan Plato, Phaedrus--tidak menulis apapun, dan ideanya sampai kepada kita secara tidak langsung melalui Plato dan beberapa penulis silam lain. Tulisan Plato dan Aristotle membentuk teras falsafah silam (Ancient philosophy).


Hasil penulisan mereka, walaupun berkait dalam kebanyakan asasnya, amat berbeza dalam gaya dan bahan kandungan. Plato menulis beberapa dozen perbualan falsafah--perdebatan dalam bentuk perbicaraan, biasanya dengan Socrates sebagai ahli--dan beberapa pucuk surat.


Walaupun perbualan awal menjurus kepada kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan, dan kebanyakan yang terakhir mengenai keadilan dan moral pratikal (practical ethics), hasil kerjanya yang paling penting menggambarkan pandangan (synoptic view ) mengenai moral (ethics), metafizik, sebab (reason), pengetahuan, dan kehidupan manusia. Idea pentingnya adalah pengetahuan diterima melalui deria selalunya mengelirukan dan tercemar, dan pengetahuan sebenar didapati oleh mereka yang berfikir jauh dari urusan dunia. Mereka ini yang mempunyai pengetahuan mengenai bentuk, pati sebenar sesuatu, manakala apa yang terdapat di dunia ini hanyalah salinan cacat. Pengetahuan sedemikian mempunyai kepentingan moral dan saintifik. Plato boleh digelar sebagai mendokong
idealisme dan rationalisme.

Aristotle, sebaliknya, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.


Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari
anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi.

Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.

Monday, July 21, 2008

Prasyarat KEBAHAGIAN oleh Yang Mulia ARISTOTLE...


Walaupun Aristotle mengutamakan kebahagian mental, namun keperluan fizikal tidak diketepikannya. Beliau menggariskan 4 keperluan atau kebaikan asas sebagai prasyarat kebahagian:



  1. Kebaikan biologi seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan pakaian yang sempurna bagi tujuan meneruskan kehidupan dan merasai kehidupan.

  2. Keperluan jasad sperti kesihatan dan kepuasan tubuh badan yang boleh memberikan keseronokan pada manusia.

  3. Keperluan luaran seperti kekayaan harta benda kerana ia merupakan antara faktor penentu menjamin kebaikan yang lain.

  4. Kebaikan roh kerana manusia dari segi sifat semulajadinya bersifat menyoal, berfikir dan mengetahui (rational animal) berdasarkan unsur tersebut.

(Barrow 1980, 17)


*Dipetik daripada buku berjudul 'SEJARAH FALSAFAH' oleh Ahmad Sunawari Long. Penerbit UKM, Bangi, 2006)

kartun petrol naik harga! part 2

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas. tQ.

Friday, July 11, 2008

Tentang Jum'at


472.

Diceritakan oleh Abu Hurairah ra.; bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Kita ini adalah umat terakhir, tetapi terkemuka. Mereka (Yahudi dan Nashara) lebih dahulu diturunkan kepada mereka kitab. Dan hari ini (Jumaat) adalah hari yang diwajibkan kepada mereka solat. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu. Kerana itu ALLAH swt. memberi petunjuk kepada kita tentang hari itu. Sedang orang-orang lain mengikuti dibelakang kita, yaitu Yahudi besoknya (Sabtu) dan Nasrani lusa (Ahad)."

(Terjemahan hadis shahih riwayat Imam Bukhari, Jilid 1 hal. 260)

Thursday, July 03, 2008

kartun petrol naik harga!

Sila klik pada gambar untuk melihat paparan dengan lebih jelas. tQ.
bila petrol naik, habis barang semua naik...ini semua kerja para cukong kapitalis dinegara fasis kolonialis Amerika. silap kita juga, mudah sangat percaya pada depa. kita tukar emas berbungkal-bungkal dengan kepingan kertas yang bertanda 'dollar'. siapa suruh? ada rakyat suruh?

Thursday, June 26, 2008

malay grunge manifesto!


gelap. lampu terang. gelap kembali. bayang-bayang. idea datang. bercakap-cakap. gelap lagi.

diskusi berat. tentang Piotr Tchaikovsky (1840-1893). musik kelasik. bukan topik 'Das Kapital'. kami bukan komunis cuma benci kapitalis. belum punya kesempatan berkenalan lebih lanjut dengan 'The Communist Manifesto'.

terdampar di hutan batu... melihat langit ungu.

bercakap-cakap sampai pukul 2 pagi. teksi beratur panjang. balik 'pekena' teh tarik.
ini melayu grunge. bukan pengikut Marxisme.

Thursday, June 12, 2008

bila naik marah!

Apa ko ingat, ko sorang jerr boleh marah hah! heh.

Marah.
Mengapa kita marah? Kenapa manusia selalu marah-marah? Apakah disebabkan kita tidak mampu mendapatkan sesuatu yang kita memang mahukan sangat, maka kita jadi marah? Marah terpendam? Atau apakah apabila hak privasi kita diganggu gugat maka kita jadi lekas marah?
Mungkin disebabkan bila seseorang pernah dikecewakan, lalu dia menjadi mudah marah?

Bunyi bising. marah.

Ruang sempit. marah.

Panas. marah.

Boleh jadi juga sifat marah timbul disebabkan faktor suasana sekeliling. Situasi yang bercelaru juga mampu membangkitkan perasaan marah. Marah itu datang daripada hasutan Syaitan, ada cerdik pandai lagi bijaksana berkata. Marah itu sifat Syaitan?

Sewaktu seseorang kanak-kanak membesar dengan situasi sering dimarahi oleh bapa atau ibunya, besar kemungkinan apabila sudah mencapai umur dewasa ia akan menjadi pemarah dan panas baran!

Marah itu sifat semulajadi setiap insan. Menunjukkan dia seorang yang normal. Begitupun jikalau tahap kemarahnya terlalu berlebihan, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak normal telah berlaku.

Baru sejejap tadi barang saya telah hilang. Jadi saya mula menulis karangan ini untuk melepaskan kemarahan melampau. Alhamdulillah, jumpa balik. Secara tidak langsung menunjukkan kemarahan saya satu perbuatan yag sia-sia lagi merugikan serta membosankan. Kenapa? Kerana bila setiap kali saya marah, saya menjadi penat.

Apapun terima kasih kerna sudi menjadi tempat saya melepaskan kemarahan melampau ini. Terima kasih sebab baca.

Sunday, June 01, 2008

Malaysia macam-macam ada...

Foto ini saya rakamkan sendiri. Untuk menghiasi blog yang sepi...

Hari ini sudah masuk bulan JUN. Setengah tahun telah berlalu. Macam-macam cerita. Macam-macam peristiwa. Namun bunga masih berseri. Merah dan hijau tetap bersama. Kawan lama menghilang. Kawan baru datang. Ini blog komuniti. Namun semua macam sudah tidak ambil peduli. Kecuali seorang dua...

Kebelakangan ini bila baca suratkhabar, macam-macam ada. Malaysia sudah lain. Kuala Lumpur semakin lain. Pemimpin bertukar ganti. Dasar sudah berubah. Rakyat marhain makin tertekan. Bawang putih, cili merah, ikan bawal semakin mahal. Duit keluar macam air. Duit masuk macam siput. Al-Qur'an dan Sunnah tidak dijadikan panduan orang-orang yang berkuasa. Mereka saling berebut harta.

Kita sebagai inividu harus menjaga diri dan keluarga sendiri. Anasir surbersif semakin menular. Dulu orang melayu takut hantu pocong. Sekarang takut macam-macam. Jenayah semakin meningkat. Selamatkah kita bila berada diluar sana? Orang melayu semakin sombong sesama sendiri. Jarang yang mahu mesra jika pertama kali bersua. Tidak boleh disalahkan mereka juga, mungkin semakin curiga sesama kita. Kalau diberi Assalamualaikum kepada orang yang kita tidak kenal, disangkanya kita ini ingin minta sedekah. Dunia dah banyak hal...

Nasib baik Nabi Muhammad saw. tinggalkan 'wasiat' yang bernama Solat. Dapat juga mengubat jiwa yang melarat...

Monday, May 26, 2008

Kisah Tukang Sedekah, Pelacur, Orang Kaya & Si Pencuri...

978.

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. sabdanya:

"Ada seorang lelaki berkata, 'Aku hendak bersedekah malam ini.' Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan pelacur. Besok pagi orang awam memperkatakan bahawa malam tadi ada pelacur yang diberi orang sedekah.

Orang itu berkata, ' Wahai Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekah ku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.' Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak memperkatakannya pula, bahwa mala tadi ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, ' Wahai Allah! Untuk-Mu lah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekah ku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.'

Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang awam mempercakapkannya pula, bahwa malam tadi ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berkata pula, ' Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekah ku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya:

"Sedekah anda telah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Ada pun perempuan pelacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri semoga dia berhenti mencuri."

(Terjemahan hadis shahih riwayat Imam Muslim. Jilid 2, hal. 198)

Thursday, May 22, 2008

bersama kita MEMULIHARA alam sekitar...

Bersama kita menjaga alam yang kita duduki... memelihara kebersihan kawasan yang kita diami dengan rasa penuh tanggungjawab. Kita pulihkan kembali hutan belantara, pantai dan sungai...