
Nikmat dibumi Malaysia...
Malam pertama solat tarawikh ditempat saya memang penuh. Malam kedua dan ketiga saya buat sendiri solat tarawikh dirumah. Malam ini sekali lagi saya pergi bersolat jemaah di Masjid. Orang berkurangan sedikit tetapi masih penuh. Alhamdulillah.
Semoga kesempatan bertarawikh ini akan dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Kita ini manusia biasa yang sentiasa berdosa. Bulan dinugerahkah kepada seluruh umat islam untuk memperbaiki diri dan amalan yang bakal dibawa keakhirat kelak.
Solat didalam Masjid yang teradapat air-cond memang mendamaikan...
Kita beruntung kerana di Malaysia, umat islam dapat beribadat dengan tenang dan harmoni tanpa takut dengan pelbagai ancaman seperti di negara Palestina, IraQ dan Afghanistan misalnya. Tiada pihak yang akan mengebom kita jika kita terus menerus ber’iktikaf didalam Masjid.
Kita dapat beribadat dengan khusyuk dan jiwa yang tenteram. Berzikir lah sepuas-puasnya sampai mata mengantuk. Jadi kenapa tunggu lagi?
1 comment:
Salam Ramadhan..hanya satu impian saya bulan nih, semoga ibadat yang dilakukan akan diterima oleh Azzawajalla. Memberikan keinsafan di dalam nurani kita sendiri. Mmg kita sentiasa dlm keadaan berdosa, justeru mudah2an dapat diampunkan oleh Maha Pencipta.
Saya solat tarawikh kat Masjid Negeri. Zohor kat tempat sama..memang mendamaikan bukan kerana ada aircond tapi, tengahari ada tazkirah dari penceramah jemputan..sambil tu, dapat teruskan tadarus..
Post a Comment