

Syabas buat Shopping Kompleks Bukit Bintang Plaza! Terima kasih kerana sudi memeriahkan hari raya umat Islam di Malaysia. Tak macam sesetengah Shopping Kompleks tu, yang bila masa bulan Ramadhan aku terasa bukan macam duduk kat Malaysia, tetapi lebih macam rasa suasana menetap kat New York! Sebab banyak pokok pine dan Santa Claus... bila kebetulan Raya Natal dan Aidilfitri jatuh pada bulan yang sama. Pelik...sebab majoriti kat Malaysia sambut Hari Raya Ketupat? Salahkah aku sekadar mengajukan satu persoalan yang telah lama bermain difikiran ini? Patut kena adil la kan....isshhh...
Lagi sekali Tahniah kepada BB PLAZA! Bravo!
1 comment:
Ntahlah. Kata setuju, tak juga. Aku rasa mmg terlalu awal. Hari tu masa p beli barang kat giant, kolombong, dah ada lagu raya sedangkan posa baru sehari. Tak taulah. Cuma, risau sikit pasal takut menganggu fokus nak beribadat nih. Bukankah lebih elok kalau letak signage yang menceritakan fadhilat ramadhan??supaya generasi kita lebih memahami dan menghayati ramadhan..wallahu a'lam..
Post a Comment