Thursday, September 11, 2008

Catatan Shinri : Ramadhan 2008 - Siri 5

Wah...jus buah special laa... err...tak tahan...tak tahan... heh!

Ada seorang teman mengadu dia lapar masa berpuasa. Eeh! Puasa mestilah lapar, tak akan kenyang pula? Keh...keh...keh...

Barangkali bukan itu maksud teman saya. Mungkin dia saja-saja bercakap sebab mahu memulakan topik perbualan. Teman saya kuat pegangan agamanya. Belajar ilmu agama setaraf ‘Maulana’.

Tapi bukan tentang teman itu yang saya ingin perkatakan... Dia lebih arif. Yang ingin saya perkatakan disini ialah berapa ramai daripada kita sering mengadu keluh kesah dek kerana lapar semasa sedang berpuasa? Bukankah kita ini berpuasa ikhlas kerana ALLAH swt...

Saya lapar tidak gusar... paling ‘teruji’ takala cuaca panas... dah tentu tekak kering haus air.
Sabar. Sabar. Sabar. Sesungguhnya kita berpuasa semata-mata kerana ALLAH swt...

1 comment:

Whitetulip Tales said...

selalu kata pada anak sulung yang sedang berpuasa tu bila dia berbisik mengatakan lapar, "Umi pun lapar la..tapi tak lama lagi dah nak berbuka. Biasalah kan,kalau tak lapar bukanlah puasa namanya..". Syukur..sampai jugak puasa budak tu hingga ke petang..