Walaupun Aristotle mengutamakan kebahagian mental, namun keperluan fizikal tidak diketepikannya. Beliau menggariskan 4 keperluan atau kebaikan asas sebagai prasyarat kebahagian:
- Kebaikan biologi seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan pakaian yang sempurna bagi tujuan meneruskan kehidupan dan merasai kehidupan.
- Keperluan jasad sperti kesihatan dan kepuasan tubuh badan yang boleh memberikan keseronokan pada manusia.
- Keperluan luaran seperti kekayaan harta benda kerana ia merupakan antara faktor penentu menjamin kebaikan yang lain.
- Kebaikan roh kerana manusia dari segi sifat semulajadinya bersifat menyoal, berfikir dan mengetahui (rational animal) berdasarkan unsur tersebut.
(Barrow 1980, 17)
*Dipetik daripada buku berjudul 'SEJARAH FALSAFAH' oleh Ahmad Sunawari Long. Penerbit UKM, Bangi, 2006)
No comments:
Post a Comment