978.
Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. sabdanya:
"Ada seorang lelaki berkata, 'Aku hendak bersedekah malam ini.' Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan pelacur. Besok pagi orang awam memperkatakan bahawa malam tadi ada pelacur yang diberi orang sedekah.
Orang itu berkata, ' Wahai Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekah ku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.' Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.
Pagi-pagi orang banyak memperkatakannya pula, bahwa mala tadi ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, ' Wahai Allah! Untuk-Mu lah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekah ku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.'
Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang awam mempercakapkannya pula, bahwa malam tadi ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berkata pula, ' Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekah ku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.
Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya:
"Sedekah anda telah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Ada pun perempuan pelacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri semoga dia berhenti mencuri."
(Terjemahan hadis shahih riwayat Imam Muslim. Jilid 2, hal. 198)
No comments:
Post a Comment