Sunday, July 22, 2007

PERHATIAN !


PENGUMUMAN :

Mulai minggu ini pihak MODERATOR akan menyiarkan ringkasan buku bertajuk - 'Tazkiratul Auliya' (Kisah Para Wali Allah) oleh Syeikh Faraduddin 'Attar selama 62 siri.

Diharapkan kisah-kisah Sufi ini dapat memberikan pelajaran ,nasihat dan contoh berguna kepada para pengunjung Blog ini, untuk mencapai keredhaan Allah swt didalam hidup. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan maksud tersurat serta tersirat tentang kisah para Waliyullah ini.

Amin.

Kisah Wali Allah 1

1. ABU MUHAMMAD IMAM JA’AFAR AL-SADIQ


Suatu hari Ja’afar telah dipanggil oleh khalifah. Apabila tiba ditempat khalifah, beliau hendak diberi hadiah oleh khalifah itu dengan emas. Tetapi beliau enggan menerimanya. Khalifah menyuruhnya meminta apa sahaja yang beliau suka. Ja’afar berkata, “Jika tuan redha, kurniakan pada saya satu hadiah, iaitu jangan tuan panggil saya bertemu dengan tuan lagi kerana itu menganggu ibadatku,” khalifah bersetuju.

Ada seorang hamba Allah telah berkata kepada Ja’afar “Wahai Ja’afar, tuan memakai pakaian yang mahal-mahal,” beliau menjawab, “Lihatlah pakaian dalam ku.” Orang itu pun meraba pakaian dalam beliau. Orang itu terperanjat apabila dirasainya pakaian itu sangat kasar hinggakan tangannya tergaris oleh kasarnya pakaian itu. Orang itu bertanya, “Apakah maksudnya dua jenis pakaian yang tuan pakai ini?” Ja’afar menjawab, “Pakaian luar ini untuk dunia (untuk menyembunyikan pengabadianku dan mengelakkan dari diketahui orang ramai), dan pakaian dalam itu ialah untuk keredhaan Tuhanku (yang menghormati kefakiran kita dan memuliakan penyerahan kita kepada-Nya).”

Seorang bertanya, “Siapakah yang lebih baik diantara kedua orang ini : orang kaya yang bersyukur kehadrat Allah kerana kurniaan Allah kepadanya; atau orang fakir yang redha?” Ja’afar menjawab, “Orang fakir yang redha itulah yang lebih baik, kerana orang kaya itu sentiasa teringatkan harta bendanya tetapi fakir itu sentiasa ingat kepada Allah. Allah sendiri memuji orang-orang yang bertaubat dan memasuki islam dan menganggap mereka lebih baik dari ahli-ahli ibadat. Zikir membuangkan segala ingatan kepada dunia.”


Kata-kata Ja’afar :

1. Dihari perbicaraan kelak anda bukan ditanya tentang harta benda atau pangkat atau nenek moyang dan pendapatan anda, tetapi adalah tentang amalan kerohanian yang telah anda lalui dan ibadat yang anda lakukan.

2. Allah tidak akan dijumpai sehingga kita betul-betul mahu bertemu dengan-Nya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.

3. Adalah satu dosa jika putus asa dalam ibadat.

4. Orang yang bertaubat setiap kali membuat dosa adalah orang yang dikasihi Allah.

5. ‘Rahsia’ itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.

6. Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya kehadrat Allah adalah orang yang akan menduduki syurga; tetapi orang yang bergantung kepada dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di nuraka.

Tukang Taip : Shinri Kiyaru Ariwara

Dalam hidup kita ini...Ditulis oleh Brother Anwar Arabi


Dalam hidup kita ini, apakah sebenarnya yang kita cari? Apakah kita mencari kekayaan sehingga melimpah ruah? Apakah kita mencari cinta? Mungkin kita mencari ketenangan hakiki.

Dunia ini kalau dilayan dengan hawa nafsu memang tidak pernah puas. Sudah dapat yang diidamkan hendaklah kepada benda baru. Memang tidak pernah puas. Jika kita terus melayan hawa nafsu kita akan menjadi letih. Kemahuan dan kehendak yang idak henti-henti. Maka jika kita ingin menjadi manusia yang bijak dan tidak terus tertipu dengan dunia hendaklah kita menjadikan sesuatu yang kekal abadi sebagai matlamat peribadi. Apakah sesuatu yang kekal itu? Adakah manusia ini kekal? Tidak, manusia tidak kekal; sampai masanya kita semua akan mati. Hancur menjadi tanah. Jasad akan dimakan ulat dan cacing sedangkan roh yang akan menerima habuan diatas amalan yang kita lakukan selama hidup.

Harta benda, isteri, anak-pinak serta kaum keluarga yang tersayang akan ditinggalkan. Jasad kita yang tak bernyawa akan ditinggalkan keseorangan didalam lubang yang gelap, kotor dan berbau hanyir. Diwaktu itu hanya amalan baik dan ketaqwaan yang bakal menyelamatkan kita. Tiada sesiapa yang boleh menolong, kecuali amalan yang sangat sedikit kita lakukan dulu. Terbaring keseorangan didalm kubur memang amat menakutkan. Manusia setelah mati akan berpindah kealam lain. Alam yang selama ini telah diberitahu oleh ustaz-ustaz dan buku agama yang kita baca namun jarang sangat kita ambil peduli. Sikap manusia hari ini seoalah-olah ingin ‘menongkat langit’, merasakan diri boleh hidup sampai bila-bila tanpa merasakan kesakitan ‘Sakaratul Maut’.

Kemungkaran dan kejahatan semakin berluasa hari ini, seoalah-olah tidak takut azab siksa kubur dan kepanasan api neraka. Na’uzubillah minzalik. Bila orang mukmin terbaring dalam tanah nanti hanya rahmat Allah swt tempat kita berpaut. Manusia hari ini menjadi semakin jahat dan ganas sebab tidak ingat mati. Bagi mereka mati itu lambat lagi dan sesuatu yang tidak diambil peduli oleh benak mereka. Hati yang kotor semakin menjadi terlalu kotor kerana jarang ingat akan saat kematian. Percayalah, manusia bila selalu mengingat mati, ingat kegelapan dan kesempitan kubur akan timbullah keinsafan dari hati nuraninya. Bila takut siksaan dasyhat malaikat munkar dan nankir secara semula jadinya manusia takut nak berbuat jahat.

Hari ini manusia menjadi bertambah-tambah zalim sebab terlupa bahawa mereka akan mati menemui tuhannya. Orang minum arak dengan bangga sebab merasakan mereka hidup lama lagi. Semakin banyak orang berzina kerana terlupa himpitan kubur. Yang kuat menindas yang lemah. Bunuh-membunuh tanpa takut besi panas yang disediakan malaikat untuk membelasah mereka. Mereka semakin jauh daripada Allah swt kerana roh mereka kotor. Hati busuk mereka semakin menjauhkan diri dari petunjuk ilahi. Na’uzubillah min zalik.


Macam-macam ada...

Blog Entry yang lepas telah memdapat respon yang agak baik juga. Sebagai sebuah weblog yang baru, saya dapat rasakan respon ini sebagai pencetus semangat untuk saya terus berjuang. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran seorang TOKOH WARTAWAN yang saya kagumi, iaitu Dato' A. Kadir Jasin. Dan ini adalah respon kepada entri blog yang lepas. tq.


Assalamualaikum kepada semua.


Pertama kali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengunjung-pengunjung setia blog ini. Tidak kira sama ada ada pengunjung baru atau lama, kehadiran anda disambut dengan bunga manggar dan senyum gembira. Ini bermakna and dihargai dengan hati yang terbuka.


Kehadiran Dato' Kadir Jasin kesini adalah satu PENHARGAAN BESAR buat saya secara peribadi. Dato' Kadir Jasin satu nama besar dalam dunia Journalism dan Penulisan. Apapun buku beliau Damn That Thots belum saya habis baca lagi. Saya harap saya mempunyai kesempatan yang luas untuk saya habiskan hingga kegarisan penamat. TERIMA KASIH Dato; yang dihormati. "Terima Kasih Daun Keladi, Kalau ada masa datanglah lagi.


Kepada Pengujung Setia BLOG ini saudara ASLINA SALLEH. Kehadiran saudari sebagai penambah seri. Saya dapat rasakan saudari ini seorang yang kuat membaca. Kami memerlukan sokongan saudari selamannya. Insya'allah. Idea yang bernas akan diterima dengan minda yang lapang. Terima Kasih.
Tidak lupa juga kepada blogger yang menggelarkan dirinya ABGJAS, terima kasih kerana sudi menjejak kaki ke teratak hamba. Kedatangan Tuan besar maknanya. Bagi memberi keatas jawapan saudara tentang isu SUPERMAN sebagai satu penghinaan kepada seluruh umat islam. Saya kira jawapannya secara mudah beginilah :"Anggap saja entri blog ini sebagai satu bentuk "sense of humour" tahap tertinggi. (Label entri itu juga saya taipkan perkataan 'sense of humour')


Perlu juga saya akui bahawa saya juga mempunyai informasi bahawa watak SUPERMAN ini adalah salah satu watak idola YAHUDI. Kononnya juga watak Superman iu mempunyai sumpahan kalau tidakpun satu bentuk ketulahan bahawa sesiapa yang memainkan watak itu bakal ditimpa bencana.Pelakon Christoper Reeve misalnya.

Pendirian terang saya ialah : SAYA TOLAK INI SEMUA DENGAN SEPENUH HATI. Jelas-jelas ini satu bentuk kurafat yang bertentang dengan akidah seseorang ISLAM.
"Walaa hau lawa Ku wata ila billah.." Terjemahannya seperti berikut "Tiada daya upaya meliankan kehendak Allah..."
Semoga kita memegang zikr ini dan pahatkannya dalam-dalam sampai tak tercabut dengan watak SUPERMAN.
Sudah tentu juga, secara peribadi Watak SUPERMAN mempunyai sentimental value semasa saya dialam kanak-kanak, tanpa prejudis tentang yang lain...

Dengan hati yang ikhlas anggaplah saya saya ulangi, anggaplah saja entri SUPERMAN ini satu bentuk "Sense of Humour" tahap tertinggi. Yang tersurat memang nampak, Yang tersirat buat latihan otak berfikir.

*Buat saudari Aslina ,itu memang bukan gambar TUAN MODERATOR. Sebab itu ada lambang huruf "S".

Wallhu'alam. DIA yang lebih MENGETAHUI.

Saturday, July 14, 2007

*Wajah Mr Moderator dari sisi tepi. Gambar diambil ketika saya berusia belasan tahun. Betul-betul waktu habis ambil 'exam' Sijil Pelajaran Malaysia. Mungkin waktu ini sedang berfikir "apa aku nak jadi nanti?".

Kadang-kala saya terfikir alangkah bagusnya sekali sekala saya jadi "SUPERMAN" .....Boleh terbang tinggi diawan jingga... Taka payah habis duit naik LRT.

Friday, July 13, 2007

Ulumul Qur'an Part 2 Disusun oleh Shinri Kiyaru Ariwara

4. GHARIBIL QUR’AN

Menerangkan makna kata-kata yang ganjil yang terdapat dalam Al Qur’an.
Menerangkan makna kata-kata yang tinggi dan halus. Termasuk kata-kata yang bukan dari bahasa Hijaz. Juga menerangkan makna majaznya.


5. ASBABUN – NUZUL

Menerangkan sebab-sebab turunnya Wahyu Agung. Memahami sebab-sebab turunnya sesuatu ayat sangat penting untuk memahami maksud sebenar Al Quran. Walaupun sebab-sebab itu tidak mengikat pengertian umum ayat.

Umpamanya Ad Dhuha diturunkan bagi melegakan dan memberikan jaminan Allah terhadap Nabi saw., yang terhenti menerima Wahyu Allah swt untuk beberapa lama. Dimasa yang sama telah menerima cacian kaum Quraisy.

Surah Al Masad diturunkan bagi mengutuk Abu Lahab dan isterinya, Ummu Jamil yang sentiasa memaki Rasulullah saw. dkala permulaan penyebaran Islam.


6. MA’RIFATIL MUHKAM wal MUTASYABIHAT

Al Qur’an terdiri daripada ayat-ayat Muhkamat dan Mutasyabihat.

Ayat Muhkamat – ayat jelas dan terang ertinya.

Ayat Mutasyabihat – ayat yang tidak jelas dan tidak terang ertinya.

Pengertiannya hanya dapat dihuraikan oleh para ahli melalui kajian mendalam atau hanya Allah swt. yang mengetahui. Ilmu ini menjelaskan mana ayat Muhkamat dan mana ayat Mutasyabihat.


7. NASIKH DAN MANSUKH

Jumhur Ulama’ mengatakan Al Quran itu Nasikh. Iaitu menghapuskan syariat Allah swt yang lepas sebelum Syariat Islam, kecuali apa yang dinyatakan Al Qur’an. Ilmu ini juga menerangkan mana-mana ayat Al Qur’an yang dipandang Mansukh oleh sebahagian Mufassirin dan mana yang tidak Mansukh.


8. I’JAZIL – QUR’AN

Menjelaskan sudut-sudut yang menjadikan Al Qur’an itu sebagai Mukjizat.


9. TASANUBI AYATIL QUR'AN

Ayat-ayat Al Qur’an masing-masing tidak berdiri sendiri-sendiri. Masing-masing berkait diantara satu dengan lain. Baik yang terdahulu atau terkemudian. Ayat-ayat tersebut saling menjelaskan. Ilmu ini menjelaskan hubungan antara ayat satu dengan ayat yang lain.

10. ADABI TILAWATIL – QUR’AN

Adab-adab yang wajib diikuti sewaktu membaca Al Qur’an dan larangan-larangan yang wajib dijaga.

Ulumul Qur'an Part 1 Disusun oleh Shinri Kiyaru Ariwara

ULUMUL – QUR’AN

Ulumul Quran atau ilmu-ilmu Al Qur’an itu banyak. Ia adalah kunci untuk memahami Kitaabullah. Imam As-Sayuti menghuraikan sebanyak 80 ilmu Al Qur’an didalam kitabnya Al-Qitan

Diantara Ulumul-Qur’an :

Mawatinin – Nuzul

Tajwid

Qiraat

Gharibil Quran

Asbabun – Nuzul

Ma’rifatil Muhkam wal Mutasyabihat

Nasikh dan Mansukh

I’jazil Qur’an

Tanasubi Ayatil – Qur’an

Adabi Tilawatil – Qur’an


1. MAWATININ – NUZUL

Ilmu menerangkan tempat-tempat turunnya Wahyu, masanya, awal dan akhirnya. Berdasarkan ilmu ini, kita dapat mengetahui tentang ayat-ayat Makkah dan Madaniah.

2. TAJWID

Ilmu membaca Al Qur’an . Cara menyebut huruf dari makhrajnya. Tempat mula (ibtida’) dan tempat berhenti (wakaf).

3. QIRAAT

Jenis-jenis bacaan Al Qur’an yang diterima daripada Nabi saw. Ada 10 Qiraat yang sah. Al Qur’an yang ada ditangan kita hari ini atau mushaf adalah ditulis mengikut Qiraat Hafash. Namun tafsir Al Qur’an dilakukan mengikut 10 Qiraat, bukan hanya 1 Qiraat.

10 Qiraat itu ialah :

1. Qiraat Abdullah bin Kathir Ad – dari Makkah. Meninggal 120 Hijrah.

2. Qiraat Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Nu’aim – dari Madinah. Meninggal 169 Hijrah.

3. Qiraat Abdullah Al-Yahshabi. Terkenal dengan panggilan Ibnu ‘Amir – dari Syam. Meninggal 118 Hijrah.

4. Qiraat Abu ‘Amr iaitu Zaban bin Al-‘Alaa bin ‘Ammar – dari Basrah. Meninggal 154 Hijrah.

5. Qiraat Ali bin Hamzah al- Kasa- i dari Kufah. Meninggal 189 Hijrah.

6. Qiraat ‘Ashim bin Abi An-Hajud Al – Asadi. Dari Kufah. Meninggal 128 Hijrah.

*Qiraat ini kemudiannya dikenali sebagai Qiraat Hafash. Yang diriwayatkan oleh Hafash bin Sulaiman bin Al Mughirah al-Asadi al-Kufi.

Inilah yang terkenal sebagai Qiraat 7. Adapun Qiraat 10 ditambah :

8. Qiraat Ya’kub bin IshaQ Hadhrami. Meninggal 250 Hijrah.

9. Qiraat Khalaf bin Hisyam. Meninggal 229 Hijrah.

10. Qiraat Yazid bin Al- Qa’qa dikenali sebagai Abu Ja’far. Meninggal 130 Hijrah.

Disamping itu terdapat pula Qiraat 14, yakni ditambah :

11. Qiraat Hasan Al Bashri. Meninggal 110 Hijrah.

12. Qiraat Yahya bin Al Mubarak Al Yazid. Meninggal 202 Hijrah.

13. Qiraat Muhammad bin Abdurrahman yang dipanggil Ibnu Muhaishan. Meninggal 123 Hijrah.

14. Qiraat Abil- Faraj Muhammad bin Ahmad Asy- Syanbuzi. Meninggal 388 Hijrah.


Bersambung ke Part 2...

Di Susun Oleh Shinri Kiyaru Ariwara

Perbezaan Diantara Surah Makkiah dan Surah Madaniah

Al Quran diturunkan di 2 tempat yang berlainan. Surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dan Madinah.

A. Dari segi bahasa :

Surah-surah yang diturunkan di Mekah dipanggil Makkiah. Ayat yang pendek-pendek dan mempunyai gaya bahasa susunan seperti puisi. Biasanya dimulakan dengan, “Hai Manusia...”. Contoh Surah Makkiah adalah Al-Alaq 19 ayat, Al-Muzammil 20 ayat.

Surah-surah yang turun di Madinah dipanggil Madaniah. Mempunyai ayat yang panjang serta mempunyai gaya bahasa berirama. Biasanya dimulakan dengan, “Hai Orang-orang yang beriman...”. Contoh Surah Al-Baqarah 286 ayat, Aali Imran 200 ayat dan Al-Ahzaab 73 ayat.

B. Dari segi isi :

1. Makkiah - bersangkutan (pada dasarnya) tentang masalah Aqidah & Iman.


2. Madaniah - urusan kehidupan manusia dalam semua segi dan bidang.

Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur menurut keperluan dan keadaan semasa bagi memudahkan hafalan, penghayatan dan pelaksanaan dengan lebih berkesan. Menurut Al Qur’an sendiri, apabila Rasulullah saw ditanya oleh orang-orang kafir; mengapakah ia tidak diturunkan sekaligus. Allah swt. Memberi jawapan, “Demikianlah Kami turunkan ia bercera-cerai untuk Kami kuatkan dengan dia hati engkau”. Maka jelaslah bahawa ayat-ayat Al Qur’an dapat menguatkan hati-hati orang mukmin.

Permulaannya turun Al Qur’an itu jatuh pada malam Lailatul Qadr yang maha berkat kemudian ia diturunkan terus menerus. Secara sedikit demi sedikit dalam tempoh lebih kurang 22 tahun, 2 bulan, dan 22 hari.

Al Khudari menetapkan bermula malam 17hb Ramadhan ketika Nabi saw. Berusia 41 tahun hingga 9hb Zulhijjah, 10 Hijrah.

Sesetengah ulama’ berpendapat Al Qur’an mula diturunkan pada 8hb Rabiulawal. Yang mula-mula diturunkan surah Al AlaQ yang menetapkan Muhammad bin Abdullah sebagai seorang Nabi. Kemudian diturunkan ayat 1-10 Surah Muddathir pada 17hb Ramadhan, yang dengan sendirinya Nabi Muhammad saw. Diangkat menjadi Rasul Allah.

Thursday, July 12, 2007

Keajaiban Al Qur'an


Saya telah mengambil keputusan untuk menulis sesuatu. Sesuatu yang memang ada kaitan dengan diri sendiri dan juga kewujudan makhluk seluruhnya. Sesuatu yang terlalu istimewa dan unik.

Al Quran.

Saya memilih untuk menulis tentang Al Quran. Kenapa tidak? Sedang mereka yang tidak beriman dengan isi Al Quran juga berminat untuk menulis sesuatu yang berkaitan Kitab Suci ini (Orientalis Barat). Masakan saya sebagai penganut agama Islam yang beriman dan percaya sepenuh hati dengan Hari Pembalasan dan Kewujudan Allah Yang Maha Esa tidak mampu menulis sesuatu tentang Al Quran.


Sunday, July 08, 2007

Gemparrr... Makhluk Asing tersalah masuk blog!

haloo...halooo....testing''' testinggg'''...check sound system... oppss tersalah landing rupanyerr. sebelum tue biar saya perkenalkan diri. nama saya e.t. saya daripada Planet Zuhal.
Cuma nak bagitau walaupunsaya ni makhluk asing merangkap Mr. Alien saya pun percaya tuhan gak. Tuhan saya satu...bukan dua...tiga...atau 179. Saya beriman pada tuhan yang satu. Haa...Allah swt tu laa tuhan saya...Dengaq sini baik2 cek nak bagitau..."Tiada tuhan melainkan Allah..." Kat Planet saya suma sekali sembah Allah. And Last sekali cuba perati betul2 gambaQ saya ni, saya pun pakai tudung tau. Makhluk Asing pun tau maluu. Aurat kena tutup...wajib tueee...
Ok lah,saya ciawww dulu, kapten saya dah bagi 'signal'...treettt..terretttett..terreeetrettt...ok babai semua....Assalamualaikum! Jangan lupa solat kalau taknak kena balun kat akhirat nanti....tzzzrrsssssssssssss...!!!

Saturday, July 07, 2007

Sufi Paint


Laa ila haa illa laah (तिअदा तुहन मेलें अल्लाह )








kami hanya mahu mencari ketenangan hakiki...




कमी हन्य माहू मेंकारी केतेनंगन हकीकी...

Alamat menuju Allah. Ditulis Oleh Shinri Kiyaru Ariwara

Al Quran bolehlah saya ibaratkan seperti air sejuk yang mengalir jernih lantas dapat menghilangkan musafir dahaga yang telah lama tersesat dipadang pasir gersang. Kalam ALLAH swt yang mempunyai seni tersendiri, laksana daun hijau yang gugur dari ranting lalu ditiup angin maka jadilah pergerakkannya liuk lentok. Sepoi-sepoi dihembus bayu.

Sudah tentu seorang musafir yang didalam perjalanan mencari pegangan hidup begitu kesukaan kegembiraan; apabila ketemu air terjun berbusar damai. Setelah sekian lama kering tandus di bakar matahari. Simusafir lantas terus terjun mandi sepuas-puasnya; menyelam dan menikmati keindahan alam. Menghirup air jernih untuk membersihkan hati yang telah kering kontang berdebu lama.

Apabila telah puas mandi manda, apakah akan ada lagi kotoran? Maka Al Quran itu ibarat air sejuk yang menyegarkan roh yang kelesuan untuk pulih kembali. Roh yang telah menanggung kesakitan sejak sekian lama dulu. Didalam kolam jernih, air yang begitu tenang; pemandangan yang begitu cantik dan damai….disaat itulah hati kita terdetik merindukan kekasih. Kekasih yang abadi adalah ALLAH swt. Tuhan Yang Maha Pengasih; yang telah memberikan kebersihan udara kepada manusia tanpa berkira. Namun berapa ramaikah manusia yang rendah hati menghargainya. Lantas udara bersih dicemari dengan debu kotor yang semakin lama menjadi jerebu lantaran terlalu mengikut hawa nafsu Amarah yang tidak pernah berkesudahan.

Roh itulah ibarat udara yang dikotori manusia tidak berpedoman. ROH MESTI DI SELAMATKAN. ROH WAJIB DIBERSIHKAN. Roh yang jernih akan semakin dapat mengenal tuhan. Oleh yang demikian manusia harus mengenal alam, seterusnya menghargai kehijauan alam belantara. Alam itu adalah alamAT. Alamat menuju ALLAH swt… Untuk mengenal alam kita memerlukan mekanisme satu petanda (Sign) dan petunjuk. Petunjuk itu adalah Al Quran.

Dengan Al Quran kejernihan hati (Qalbu) dan Roh untuk mencari yang “Tersirat” disebalik Rahsia Alam akan lebih terkawal. Al Quran dan Ajaran Rasulullah saw. Mengajar kita bagaiamana untuk berintereaksi dengan alam melalui ‘Bahasa Alam’- Alam Makrifat dalam mentafsir rahsia alam. Melalui cinta ALLAH swt. ALAMat menuju keredhaan-NYA. Wallahua’lam...

kemunculan yang ditunggu-tunggu......


Siapakah "Lelaki Misteri" ini? Apakah beliau ini Loque (pemain gitar kumpulan Butterfingers)? Ataupun beliau inilah sebenarnya yang selalu memakai nick Mirloc di Chatbox disebelah. Atau mungkin lelaki inilah yang dikenali sebagai BULU. Persoalan ini masih tidak terungkai, menjadi tanda tanya kepada pengunjung blog...sehingga ke hari ini....
Namun Lelaki Misteri ini mempunyai "karakter yang tersendiri" dan mengundang pelbagai bentuk polemik dan perdebatan dikalangan ahli politik dan intelektual didada-dada akhbar semenjak kebelakangan ini. Ia akan terus menjadi persoalan dan misteri yang masih belum terjawab...
Syyyttt...

Thursday, July 05, 2007

Apabila Kita Membaca Al-Quran....Part 2 Ditulis oleh Anwar Arabi

Hanya Islam pada nama namun amalan semakin kurang. Jikalau kita mahukan petunjuk daripada Allah swt, kita haruslah berusaha mencarinya. Banyak khasiat jika kita mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari. Bacalah yang mana mampu, tiada paksaan. Percayalah dengan membaca AL-Quran setiap hari, kaedah hidup kita akan berubah tanpa disedari. Mereka yang mebacanya dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan Allah swt, dengan izinnya mesti mendapat rahmat dalam pelbagai perkara. Perkara-perkara kecil yang selalu menyakitkan hati pasti tidak lagi menjadi beban harian kepada pengamalnya. Maksudnya bukanlah orang yang mengamalkan Al-Quran tiada masalah langsung (sedangkan) Rasulullah saw pun menghadapi masalah, rintangan dan cubaan. Akan tetapi, segala masalah dapat diharungi dengan kekuatan baru bersama hati yang tenang dan redha. Semakin susah dan besar masalah yang dihadapi lalu semakin dekatlah hati si pengamal AL-Quran kepada Ya Salam. Semakin teguhlah iman untuk mengharapkan bantuan Yaa Rahman. Orang yang telah lama mengamalkan isi kandungan Al-Quran serta membacanya dengan penuh rendah diri dan tawaduk, maka ayat-ayat Al-Quran sudah tentu sudah sebati di dalam darah dan sebati dalam diri. Apabila kita yakin dengan Al-Quran, yakin dengan Rasulullah saw, yakin dengan Allah swt tanpa kita sedari, roh, akal dan iman kita semakin teguh. Apabila iman teguh maka hal yang remeh-temeh tidak akan langsung berbekas dalam hati kita. Oleh itu bacalah Al-Quran.

Apabila Kita Membaca Al Quran.....PART 1 Ditulis oleh Anwar Arabi

Bagi saya Al-Quran adalah sahabat yang paling baikuntuk diri seorang manusia.
Al-Quran adalah sahabat akrab semasa diri seseorang muslim itu dalam keadaan susah mahupun senang. Banyak faedah jikalau kita menjadikan Kitabullah sebagai rakan yang paling rapat. Sebenarnya manusia tidak akan dapatmenolong manusia dalam ertikata "pertolongan sebenar". Hanya Allah swt tempat kita memohon "pertolongan sebenar". Masakan makhluk diminta atau diharap memeberi harapan serta pertolongan, sudah tentu KEKECEWAAN pengakhirannya. Makhluk menolong makhluk hanyalah berdasarkan Asbab musabab, tidak boleh lebih daripada itu. Sedangkan Allah swt yang mengaturkan kejadian alam ini. Maka sudah tentu hanya Allah swt yang tahu jalan penyelesaian kepada kejadian masalah yang melanda spesies manusia. Sebab itu manusia dilantik sebagai Khalifah di muka bumi harus kembali kepada jalan selamat yang telah ditunjuk oleh Allah swt. Jalan-jalan selamat itu semua terkandung di dalam Al-Quran. Kita perlu kupas satu demi satu, mencari, membuka dan mantafsirkan isi kandungan Al-Quran Dalam dunia masa kini, syaitan dalam bentuk manusia semakin banyak berkeliaran menghalang umat Islam kembali kepada ajaran Rasulullah saw. Dengan sebab tersebut kita terpaksa berlawan dengan syaitan yang memang syaitan dan syaitan dalam bentuk manusia. Syaitan-syaitan durjana sesekali tidak akan dapat menyesatkan manusia jikalau kita dengan tulus ikhlas mengambil jalan Al-Quran (Minhaj Al-Quran). Memanglah menjadi kelemahan kepada diri kita kadangkala sedikit tersesat dalam perjalanan kehidupan, tetapi semua itu bukan alasan untuk kita menjadi dan terus berada di dalam kesesatan selama-lamanya. Maka bila tersesat, kita teruslah mencuba dan berusaha untuk kembali kepada jalan yang lurus. Orang mukmin adalah mereka yang tidak sesekali berputus asa sehingga akhir hayat mereka. Layakkah kita digelar orang mukmin? Terpualang kepada diri kita dan kehendak Allah swt. Insyaallah..... Namun pada masa sekarang, ramai umat Islam yang tidak lagi mahu bersahabat dengan Al-Quran.