Friday, September 12, 2008

Catatan Shinri : Ramadhan 2008 - Siri 6

Mencari ketenangan yang abadi... Memohon keampuan ilahi...
Harta dunia, anak pinak tidak mampu membeli kedamaian hakiki... Hanya amal soleh yang menjadi bekalan untuk mencapai keredhaan Tuhan Yang Esa... Moga-moga kita diampun Tuhan... Insha'allah... Moga-moga hendaknya...


Didalam kesuraman ruang Masjid aku mencari kebenaran Wahai Allah!

(Foto oleh Moderator indie. Lokasi: Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur)

Saya suka sekali melepak (iktikaf) di Masjid semasa bulan puasa. Biar pun sekejap. Biarpun hanya 15 minit. Namun nikmat ketenangan yang dikecapi oleh roh dan hati sanubari saya tak terkata...

Didalam Masjid saya suka termenung...err...maksud saya...bermuhasabah diri. Cuba membersihkan hati dengan berfikir dan memohon keampunan daripada Allah swt. Cuba menerima bahawa...manusia lemah...kekayaan sebenarnya datang daripada Allah swt...mengakui manusia tidaklah sekuat mana... luka sedikit dah tentu berdarah. Menerima bahawa Tuhan telah memberi kita jutaan nikmat tak terperi namun berapa banyak diantara kita yang tahu bersyukur dan berterima kasih ya?

JIka kita merasa diri kita hebat...ada lagi orang lain yang lebih hebat.... Maka selalu-selalulah merendah diri kepada Allah swt... Sesunguhnya kita ini terkadang cepat lupa diri dan lalai dengan nikmat sedikit yang diberikannya...

Maka lafazkanlah :

"Astaghfirullah... Astaghfirullah...Astaghfirullah..."

Lafazkanlah didalam hati. Sesungguhnya Allah itu kan Maha Mendengar. Moga-moga kita diampun Tuhan...

1 comment:

Whitetulip Tales said...

tak pernah merasa diri hebat pun..semoga sentiasa bermuhasabah diri, kerana kita ini terlalu banyak kekurangan, compang-campingnya amal ibadat yang dikerjakan..wallahua'alam..