Sunday, October 07, 2007

Satu lagi karya Syeikh Tarekat Ahmadiah...


Satu lagi hasil tulisan karya Ustaz Mustapha Muhammad Al-Jiasi (Al-Ahmadi)...buku ke-2, selepas buku beliau "Mengenali Diri dan Wali Allah" mendapat sambutan menggalakkan daripada para penggemar dan pencinta buku tasawwuf. Buku terbitan Pustaka Aman Press sdn. bhd. ini berharga hanya Rm5 sahaja (Wah! lagi murah berbanding buku pertama). Masih mengekalkan gaya nipis tapi ilmuya padat!
Di kulit belakang buku ini tertulis :
"buku 'ramuan ilmu tasauf' ini merupakan sebuah buku yang membicarakan masalah-masalah penting sekali dalam ilmu tasauf yang boleh memimpin kita kearah kemajuan dan pembangunan rohani dan jasmani, bukanlah sepertimana yang disangka-sangka orang bahawa dengan mempelajari ilmu ini bererti akan membawa kepada kemunduran dan kepapaan. tuduhan liar seperti ini memang bohong semata-mata!
untuk memahami selanjutnya, ikutilah kandungan buku ini..."
betapa benarnya kata-kata ini...

2 comments:

Anonymous said...

Salam MOderet,

Apa khabar? seempena sudah hampirnya aidilfitri, saya ucapkan selamat hari raya.

di sini saya ingin bertanya kat mana boleh cari buku-buku yang cara mengenal diri dan wali allah dan ramuan ilmu tasauf.

syukran ya akhi.

the indie story said...

w'salam Muqay,

Alhamdulillah ana baik. Terima kasih kerana sudi bagi ucapan selamat hari raya. Pihak Kami juga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat diri anda dan famili. Makan ketupat ingat2 lah kami disini.

Mana boleh cari? Hmm...jawapan bagi soalan itu bergantung dimana anda tinggal.

Sebenarnya buku2 tersebut memang agak susah untuk dijumpa, kerana bukan semua kedai buku ada menjualnya. Namun jangan risau...kalau di KL anda boleh cuba cari di kedai buku irfan (Wisma Yakin, Jln Masjid India) atau dipustaka mukmin (jln tar).

Kalau dikelantan rasanya anda boleh beli terus di pustaka aman press (kota bharu).

Buku2 tersebut memang bernilai (autenthic) dan ramai sekali yang baru mula mencari...

Jika saudara Muqay terjumpa buku itu, cepat2 lah beli. Dan jika dah beli cepat2 lah baca. Insya'allah, ada rezeki, anta akan jumpa juga.

terima kasih kerna sudi singgah di blog kami...

Syukran, ila lillaQ i wa ma'as salaamah...