Sunday, October 28, 2007

Siapa itu Plato?

Plato

Plato ( Greek: Πλάτων, Plátōn) (sekitar 427 S.M. - sekitar 347 S.M.) ahli falsafah Yunani Klasik yang sangat berpengaruh, murid pada Socrates dan guru pada Aristoteles. Hasil kerjanya yang paling mashyur adalah Republik (dalam bahasa Yunani: Politeia, "negeri") yang dia menguraikan garis besar pandangannya pada keadaan "ideal". Dia juga menulis 'Hukum' dan banyak dialog di mana Socrates adalah peserta utama.
Sumbangan Plato yang terpenting adalah ilmunya mengenai
ide. Dunia fana ini tiada lain hanyalah refleksi atau bayangan daripada dunia ideal. Di dunia ideal semuanya sangat sempurna. Hal ini tidak hanya merujuk kepada barang-barang fizikal yang boleh disentuh dan dlihat, tetapi juga mengenai konsep-konsep pikiran, hasil buah intelek. Sebagai contoh, konsep mengenai "kebajikan" dan "kebenaran".
Salah satu perumpamaan Plato yang termasyhur adalah perumpamaan tentang orang di
gua.


Republik (Plato)

Republik ialah sebuah karya teori
falsafah dan politik yang terpengaruh. Ditulis dalam bentuk dialog oleh Plato, seorang ahli falsafah Yunani, di sekitar 390 SM, mahakarya ini adalah berkenaan dengan "falsafah benda-benda kemanusiaan" ("philosophia peri ta anthropina") dan merangkumi bidang-bidang ontologi, epistemologi, falsafah politik, feminisme, dan secara amnya, ethika, serta etika perubatan, komunisme dan ekonomi.
Kesemua bidang-bidang itu telah diperiksa semata-mata untuk menemui sifat keadilan; sudah tentu, pokok dialognya ialah soalan: "Apakah itu keadilan?" Dengan tumpuan terhadap pandangan ini, Plato (melalui
Socrates) membina sebuah "bandar dalam bentuk pertuturan" yang ideal, iaitu sebuah bandar teori yang mengamalkan keadilan yang sempurna. Bagaimanapun, Plato membina bandar teori ini bukan sahaja untuk memeriksa bandar yang paling adil yang dapat dibayangkan, tetapi terutamanya untuk menemui bagaimana seseorang harus hidup. Pada satu peringkat lagi, Republik Plato merupakan mahakarya yang menumpukan perhatian terhadap persoalan falsafah yang asas, iaitu, "soalan sejagat lawan tertentu".
Tajuk karya yang asalnya ialah
politeia (perkataan Yunani). "Republik" yang merupakan tajuk terjemahan bahasa Inggeris tradisional ialah nama yang tidak kena. Nama ini diperoleh daripada bahasa Latin Cicero; tajuk yang lebih tepat ialah "Rejim".
Sumber:

No comments: