(Nah! ni duit raya untuk semua...cukup? Apa tak cukup? Nak lagi? manyaak canteeek... heheheee...jangan maraa aar...gurau jerrr...)
Masa zaman kanak-kanak dahulu...yang paling saya nanti-nantikan ialah pada hari raya pertama. Sebab masa hari raya pertama saya akan jadi 'orang kaya sekejap'. pakcik makcik, untie uncle, mama ayah semua hulur saya angpau warna hijau! walaupun dalam angpau hijau hanya ada 3 ringgit namun itu sudah mencukupi buat saya. silap-silap masuk raya ketiga pun bila beraya dirumah sudara mara masih lagi dapat duit raya...alhamdulillah...syukur. kiranya duit raya waktu itu jadi satu insentif buat diri saya untuk menziarahi rakan taulan, sahabat handai berserta kaum keluarga untuk buat "collection"! hahahaa...waktu kecik tak fikir sangat pun apa erti sebenar tujuan menziarahi rakan taulan dan kaum keluarga semasa Aidilfitri. Cuma yang pasti poket saya akan kembung bila dah habis round satu kampung. Penuh dengan kertas angpau macam-macam warna. Setelah dewasa saya kini lebih mengerti...apa tujuan sebenar kita berhari raya dirumah kawan-kawan dan kaum keluarga. Baru saya tahu kita berhari raya bukan sebab nak dapat duit raya! Kita berhari sebab yang lebih besar daripada nak dapatkan angpau 'kaler hijau'...
Seingat saya paling kuat saya boleh "collection" angpau tak sampai pun 50 ringgit! (Sedikit sangat bukan?) sedangkan ada seorang kawan sekolah rendah saya dengan gaya begitu "eksen tahap ayam jantan balung merah" bercerita dia mampu dapat sehingga RM 150 dengan hanya berjalan tidak sampai 5 buah rumah. Sedangkan saya kena beraya habis satu kampung...cuba bayangkan? Habis berpeluh baju melayu...perut kembung minum sirap...songkok sudah senget sebelah atas 'kapla' dan sampin kemana...apa kemana...sampai nak jamah kuih raya (kaler jer lain rasa hampir semuanya sama...hihihiiii) pun rasa nak muntah....bayangkan tuan-tuan. saya fikir waktu saya telah melakukan lawak Mr. Bean yang paling bodo sekali. Rupa-rupanya tuan-tuan...Allah swt itu Maha Kaya....baru saya tahu dan mengerti bahawa...Raya itulah yang paling terpahat di memori silam zaman kanak-kanak....Duit tak penting rupanya...Memori Aildifitri zaman kanak-kanak memang indah. Anugerah Allah!....sampai mati pun saya takkan lupa...
Apa sangatlah dapat duit raya Rm15o kalau jalan tak sampai 7 buah rumah...jadi eksen tahap ayam balung merah kawan saya itu sebenarnya tak berapa menjadi...heheheee...
Ada sekali tu yang paling saya tak boleh lupa sekali ialah "ter" pergi beraya kat rumah Orang Kaya Sombong Bodo! Dah laa kami ramai-ramai bagi salam dia tak jawab, boleh disergahnya kami yang budak2 ni...dengan kata-kata "Apa Assaamualaikum!!! cakaplah selamat hari raya..."
SisombongBodo itu sambil cekak pinggang... dicampakkannya 20sen kearah kami...seolah-olah kami ni pemintak sedekah....terkebil-kebillah saya dan kawan-kawan...Geram punya pasal saya ambil 20sen tu lalu pi campak dalam longkang! Ptuiii...siap ludah sekali...heheee... apa dia ingat walaupun kami ni kecik lagi...boleh tunjuk kurang ajar ke?..jangan ingat kami takdakkk maruah tau! (yang herannya kawan2 yang lain pun pi campak duit syiling tu sekali dalam longkang! kira saya pencetus fenomena campak mencampak duit orang kaya sombong laa kan...hahahaaa...)
Apapun ada juga yang baik...setaraf malaikat...ada sekali tu kami pergi redah rumah budak2 lelaki bujang...(rasanya student UM)...diaorang sambut kami dengan besar hati...apa lagi lubang hidung kami pun turut besar semacam jerr. Walaupun rumah stok budak bujang, tapi kira diaorang ni semua ada adab laa kan...walau sebijik kuih raya stok baling kat dinding tak berderai...takder kat rumah mereka...namun sempat juga mereka buatkan segalas susu untuk kami....(sebenarnya bukan nak minum susu sangat pun...nak dapat duit raya laaa...huhuu..)
Brader tu...buat susu panasss...kami kacau pelan-pelan....bila nak balik dapat juga duit raya...sorang 80sen...Wah ! lagi hebat daripada orang kaya sombong bodo tadi tu...kan...tuan-tuan....sungguhpun brader tadi nampak sempoiii jer...tapi dioarang tu punya jiwa yag lebih besar. ikhas dan tulus....buat apa lah jadi kaya tapi bersikap laksana Pak Haji Bakhil...bin kedekut. Sapa nak respek orang kaya hanya semata-mata dia kaya??? Toloong laaa...pleaze...kalau kaya pun tapi akhlak stok prasan baguz...sorilah orang nak hormat. Silap-silap boleh hilang iman kita 1/3 kalau hormatkan seseorang hanya semata-mata dia jadik orang kaya...tu hadis...hadis...bukan cakap kosong...tak caya pi try check Sahih Bukhary.
Sebenarnya pengajaran daripada cerita benar itu tadi menunjukkan bahawa budi bahasa itu memang penting! Tak boleh dibeli dengan wang ringgit...layanlah kanak-kanak yang tak berdosa kalaupun dia datang rumah kita...stok main redah jer. Sambutlah dengan gembira dan besar hati. Mungkin dengan bersedekah kepada mereka...rezeki kita akan menjadi lebih murah dan berkat...Seperti terdapat satu hadis sahih Nabi saw..yang berbunyi lebih kurang begini ..."bersedekahlah walau sebji tamar..."Dalam sungguh maksud hadis ini. Kanak-kanak kalau datang berhari raya dirumah kita jangan dihalau macam sampah dan kalau layan pun jangan seperti endah tak endah, kan tak baik tuee. Kita yang dewasa inilah sepatutnya menjadi contoh akhlak yang baik pada budak kecil yang belum akil baligh....Tak jadi papa kedana kita kalau setakat sedekah barang seringgit dua. Malah rezeki menjadi berkat dah dikurniakan pahala yang berlipat ganda....Insya'allah...
Saya undur diri dulu tuan-tuan....Ada rezeki kita berjumpa lagi....Semoga Hari Lebaran ini akan menjadi yang paling bermakna dengan diri kita....Maaf, Zahir dan Ilmu Batin...oppss...batin jerr...hahahaa...
terjumpa cinta dihari raya,
shinri kiyaru ariwara
(p/s: ada sesiapa ke yang masih sudi bagi saya duit raya kali ini???)
No comments:
Post a Comment