
selepas cuti yang panjang, saya rasa bersemangat semula. idea datang mencurah-curah. namun sayang kepantasan berfikir tidak mampu dibendung dengan kepantasan menulis dan menaip. banyak yang terlepas rasanya. saya terpaksa menggali kembali memori yang terbenam. cuba keluarkan satu persatu. kata demi kata. ayat demi ayat. otak laju menulis perlahan, sangat perlahan sebenarnya. apa boleh buat ilham datang bulat-bulat. saya habiskan membaca. 2 buah buku yang dengan tegar saya buka pintu pemikirannya. yang pertama berjudul "pilihan raya atau pilihan jalanraya kompilasi tulisan 'non governmental individual' oleh saudara Hishamuddin Rais. Satu lagi kompilasi juga oleh Karim Raslan bertajuk "Menjajat Asia Tenggara - Ceritalah 2". Dua-dua menarik. dua-dua terlalu mengujakan diri. saya baca tanpa turutan. Mana jari menyelak kertas, disitulah mata mengeja huruf memahat intelek. berdebar rasanya dengan lenggok bahasa kelas pertama. Hishamuddin sememangnya mentor intelektual saya semenjak dahulu hingga kini (walaupun saya kurang bersetuju dengan pemikiran liberal semata-mata...). 2 buah buku saya bimbit sepanjang bertandang raya walau dalam bas pencen mahupun dalam van sapu...
dari berfikir secara lemang saya bertranformasi gaya intelektual ketupat daun palas...
dari berfikir secara lemang saya bertranformasi gaya intelektual ketupat daun palas...
No comments:
Post a Comment