Thursday, August 02, 2007

Mula-mula Wahyu Turun

2. Dari ‘Aisyah, Ummul Mu’minin ra. Katanya Harits bin Hisyam ra. pernah bertanya kepada Rasulullah saw.: “Bagaimanakah caranya wahyu turun kepada anda?”

Jawab Rasulullah saw., “Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku (kedengaran) seperti bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lantas aku mengerti apa yang dikatakannya.

Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang lelaki datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang dikatakannya”.

Kata ‘Aisyah ra., “Aku pernah melihat Nabi, ketika wahyu turun kepada beliau pada suatu hari yang amat dingin. Setelah wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahi Nabi bersimbah peluh.*

* (Dihari yang amat dingin itu Nabi saw. Sampai berkeringat, kerana sangat berat dirasakan oleh beliau saat-saat turunnya wahyu.)

(Hadis Bukhari Jilid 1, halaman 1)

1 comment:

Anonymous said...

menarik