PENGUMUMAN :
Dua orang staff Saba telah pun pergi meninggalkan kami. Jangan salah sangka meninggalkan kami itu maksudnya Berhenti Kerja atau dengan kata lain Letak Jawatan. Ana Suriayani (Orang kuat IIF 2007) dan Brother Nasir (Pemandu Van merangkap Bekas Partner Michael Schumacher dalam Formula 1) telah pun berhenti kerja pada awal bulan Ogos lalu.
Ana mengambil keputusan meletakkan jawatan penting kerana mengikut suaminya Encik Mazlan @ YB Mazlan hehee... (PC technician) berpindah ke Penang. Wah...Wahhh...pueh makan nasi KandaQ noo...Kiranya berubah angin la ni. Iskk...issskk...sedihnyer Sister Ana dah takder.
Sementara Brother Nasir berhenti diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Apapun segala kebaikkan dan kenangan bersama mereka tetap TERPAHAT DI HATI KAMI. Dengan hati yang tulus ikhlas KAMI mengucapkan Selamat Berjaya Dunia Akhirat. Semoga mereka mendapat keredhaan ALLAH swt.
JANGAN LUPAKAN KAMI DISINI. Senang-senang call la kan, takpun hantar email. Kalau rindu sangat datang je sini. Kita bukak pose ramai-ramai masa bulan ramadhan nanti. Bulan rahmat ni bukan lama lagi pun.
Akhir kata buat Sister Ana Suriayani & Brother Nasir, "GOOD LUCK TO BOTH OF YOU and FRIENDSHIP FOREVER..."
Ada rezeki kita jumpa lagi di lain hari. Insya'allah. Babaaaiii. WE"RE GONNA MISS U SO MUCH...but life must go on...and on..and on...and on again.
Maka ALLAH swt jualah yang kekal selamanya...
No comments:
Post a Comment