2. OWAIS AL-QARNI
Seseorang telah memberi kepada Qarni beberapa keeping wang. Beliau enggan menerimanya dan berkata bahawa beliau hanya mempunyai 2 dirham saja, dan itu pun sudah cukup. Orang itu berkata, “Berapa lama wang sebanyak itu akan mencukupi?” Beliau menjawab, “Adakah engkau tahu bahawa hidupku ini tidak tentu (tidak tentu bila nyawa bercerai dengan badan) dan perlu pulakah aku menerima hadiah mu”. Orang itu pun diam.
Qarni biasanya mengelakkan dirinya dari bertemu dengan manusia kerana ia memandang hari kiamat itu sangat hampir, dan dia tidak sanggup membuang masa bergurau, dan lebih baik menghabiskan masa dengan sembahyang.
Pendapat Qarni :
1. Orang yang mengenal Allah swt. sebagai sahabat, tidak akan bersahabat dengan makhluk.
2.Tidurlah dengan mati disampingmu (sentiasa anggap mati itu sangat hampir) dan bila bangun dari tidur janganlah sangka kamu akan hidup lama lagi.
3. Anggaplah Al Quran itu seperti Nabi Khidr as., pemimpin mu dalam perjalanan, dan jangan lupa mati. Sentiasalah solat.
4. Ingatlah, malam itu untuk ibadat bukan untuk tidur.
5. Hendaklah benar-benarlah khusuk dalam sembahyang hinggakan tatkala kamu ruku’ dan tombak dilontar kepadamu, kamu tidak akan merasai sakitnya.
6. Siapa yang berpakaian indah, makan lazat-lazat dan mempunyai kawan-kawan yang kaya, maka ia lebih hampir ke neraka daripada urat lehernya sendiri.
Seorang telah bertanya kepada beliau, “Siapa kamu?” Qarni menjawab, “Adakah kamu menganggap seorang yang tidak mahu tahu apakah ia akan hidup sehingga petang tatkala ia bangun tidur dipagi hari.”
Satu ketika Qarni telah diberitahu bahwa seorang darwisy (sufi fakir) yang memakai tudung sedang duduk di kubur sambil menangis sepanjang masa. Beliau menjawab, “Katakan kepadanya bahawa tudung itu adalah dinding atau tabir antara dia dengan Allah swt., kubur dan tudung itu menjadi penghalang dalam perjalanan kerohaniannya.”
Apabila si darwisy itu mendengar kata-kata beliau, dia pun bertafakkur, kemudian menjerit lalu meninggal dunia.
Syeikh Fariduddin ‘Attar mengulas, “Jika benda-benda ini pun menjadi hijab (tabir) dimasa lampau, bagaimana pulakah baik kedudukannya dunia ini!”
tukang taip : shinri kiyaru ariwara

No comments:
Post a Comment