Tuesday, August 28, 2007

Kisah Sufi 3

(Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kisah mukasyafah para wali Allah swt terus menerus dihidangkan...terimalah seadanya..."yang baik dijadikan teladan, yang buruk buat lah sempadan".)


3. HASAN AL-BASRI

Sebelum Hasan menjadi seorang sufi, beliau ialah seorang jauhari (peniaga intan berlian). Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rum (di Asia Minor) kerana berniaga, dan pergi berjumpa menteri sultan. Menteri itu berkata kepada beliau, “Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya. Jika anda mahu, anda boleh bersama kami.” Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas.

Ditengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat, yang dikawal oleh askar-askar. Pegawai-pegawai tentera masuk ke khemah itu dan kemudian keluar. Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu, dan kemudian pergi. Setelah itu tiba pula orang-orang tua yang terhormat masuk ke khemah itu, berkata sesuatu, kemudian keluar, lalu mengelilingi khemah itu dan pergi. Kemudian datang pula golongan pakar-pakar perubatan dan berbuat begitu juga. Kemudian giliran 200 orang gadis yang cantik-cantik pula berbuat demikian. Akhirnya datanglah sultan dengan menterinya; baginda masuk kedalam khemah itu, berkata sesuatu, keluar dan mengelilingi khemah itu dan terus pergi.

Hasan hairan melihat peristiwa itu. Beliau bertanya kepada menteri yang menemaninya itu. Kata menteri tersebut, “Sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani telah meninggal dunia disini. Anak itu dikuburkan di tempat khemah itu terdiri. Tiap-tiap tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan baru saksikan tadi. Mula-mulanya pihak tentera pergi kekubur itu dan berkata kepada yang berkubur disitu iaitu anak raja itu, ‘Jikalah dengan senjata kami, dapat kami menyelamatkan kamu dari Tuhan Kematian, akan kami korbankan nyawa kami untuk menyempurnakan tujuan itu, tetapi apakan daya kami tidak berupaya’.

Kemudian datang pula pihak candakiwan yang berkata, ‘Jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya.’ Kemudian datang pula pihak tabib, berkata, ‘Jika ubat-ubat kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya’. Kemudian pihak gadis yang canti-cantik itu pula berkata, ‘Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, nescaya kami korbankan apa saja untuk kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya’.

Selepas itu, datang pula sultan, ditemani menteri-menterinya dan berkata, ‘Anakku! Kami berusaha sedaya upaya dengan kekuatan tentera, tabib-tabib, dan lain-lain untuk menyelamatkan kamu dari mati, namun takdir tuhan itu tetap berlaku jua. Selamatlah kamu tinggal disini dan kami akan datang lagi tahun depan, pada masa ini juga’.”

Peristiwa ini sangat mengharukan fikiran Hasan dan mengubah sikapnya. Beliau menghabiskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia untuk menghadapi mati. Beliau kembali ke Basrah. Perniagaannya ditinggalkan. Beliau pergi jauh dari manusia ramai dan bersumpah tidak akan senyum sepanjang hidupnya. 70 tahun lamanya beliau tidak henti-henti beribadat kepada Allah swt. Dalam hidupnya hanya satu sahaja keperluan dan tujuannya iaitu Allah swt. Dia tidak peduli apa sahaja selain Allah swt.

Apabila Rabi’atul Adawiyyah Al-Basriyyah (803 Masehi) tidak datang menghadiri syarahan Hasan, ia tidak akan member syarahan hari itu. Orang bertanya kenapa beliau bersikap demikian. Jawabnya, “Serbat yang ada didalam bekas untuk gajah didapat dimuatkan dalam bekas untuk semut.”

Semasa beliau bersyarah dalam keadaan dzauk (mabuk terhadap Allah swt), beliau berterima kasih kepada Rabi’atul Adawiyyah dengan katanya, “Saya berterima kasih kerana berkat mu, membawa ku ke dalam mabuk cinta kepada Allah (dzauk).”

Beliau pernah ditanya, “Apakah Islam, dan siapakah orang Islam?” Hasan menjawab, “Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur.”

KATA-KATA HASAN :

1. Janganlah kamu tinggalkan amalan ugama mu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah swt.

2. Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.

Biasanya Hasan menulis dosa-dosa yang dilakukannya pada pakaiannya semenjak dahulu lagi. Beliau selalu melihat tulisan tersebut. Kadang-kadang beliau akan menangis hingga jatuh pengsan apabila dosa yang dilakukannya itu.

Satu ketika, Hasan berserta dengan beberapa orang lain, sedang pergi ke Ka’abah. Tengah jalan mereka sampai ke satu perigi, mereka semuanya dahaga tetapi mereka tidak ada tali timba untuk mengambil air telaga itu. Hasan pun berkata, “Saya hendak sembahyang. Semasa saya sembahyang tuan-tuan akan lihat air itu naik keatas , tuan-tuan bolehlah minum air itu untuk menghilangkan dahaga.’Perkara itu benar-benar berlaku. Tetapi ada seorang daripada mereka itu, setelah minum sepuas-puasnya, telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan. Air itu dengan tidak semena-mena turun kebawah semula. Apabila beliau ditanya tentang peristiwa ganjil itu, Hasan menjawab, “Itu adalah kerana kurangnya imanmu untuk bertawakkal bulat-bulat kepada Allah swt.”

Hasan sangat merendahkan dirinya sehingga dianggap dirinya itu lebih hina dari segala yang lain. Satu hari, ditebing sungai Dajlah, beliau Nampak seorang lelaki sedang duduk dengan seorang perempuan muda dan sebotol arak ada dihadapan orang itu. Terlintas difikirannya, “Alangkah jahatnya orang itu! Alangkah baiknya jika dia seperti aku.” Tatkala itu datang sebuah perahu dan tidak jauh dari orang itu. Perahu itu beransur-ansur tenggelam. Ada 7 orang dalam perahu itu pun hampir-hampir mati lemas. Orang itu pun segera melompat kedalam sungai itu dan menyelamatkan 6 orang dari 7 orang itu dari mati lemas. Kemudian orang itu berpaling kepada Hasan dan berkata, “Jika kamu lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah orang yang seorang lagi itu. Kamu hanya selamatkan seorang, tetapi aku selamatkan 6 orang.” Tetapi Hasan tidak dapat menyelamatkan orang yang seorang lagi itu. Orang itu berkata kepada Hasan, “Tuan, orang perempuan disisi saya itu ialah ibuku, dan botol itu mengandungi air sahaja. Peristiwa ini adalah untuk menguji tuan.”

Mendengarkan itu, Hasan jatuh terduduk, lalu berkata, “Seperti tuan telah menyelamatkan 6 orang, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam air kebanggaan dan kesombongan.” Orang itu menjawab, “Moga-moga Allah swt. kabulkan kehendakmu!” Hasan terasa yang kehendaknya telah terkabul. Semenjak itu, beliau sangat merendahkan diri. Apabila melihat seekor anjing, beliau berkata, “Ya Allah! demi anjing yang baik ini, terimalah aku sebagai hamba Mu.”

Hasan berkata bahawa 4 peristiwa yang memberinya pengajaran besar dalam hidup:

1. Satu hari saya tarik pakaian seorang kasi (orang pontong) kerana berseloroh. Orang itu berkata, “Kembalikanlah pakaian itu, kerana tidak tahu keadaanku yang sebenarnya.” Tiba-tiba terlintas difikiranku, bagaimana pula kedudukan kita diakhirat kelak jika kita ditelanjankan dan semua dosa kita itu diperlihatkan?

2. Seorang mabuk sedang menggelupur dalam lumpur. Saya katakana kepadanya supaya berhati-hati agar tidak tenggelam. Orang itu berkata, “Hasan, jika aku tenggelam, aku sendiri yang menderita. Tuan jagalah diri tuan. Jika tuan jatuh, semua pengikut mu akan tenggelam sama.”

3. Suatu hari seorang budak (kanak-kanak) membawa lampu yang bernyala. Saya tanya dia dari mana dia bawa api itu. Kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata, “Beitahu kepadaku kemana perginya api yang bernyala pada lampu itu?”

4. Suatu hari seorang perempuan yang jelita berlari dijalanraya dengan kepalanya tanpa tudung sambil merungut tentang suaminya. Saya suruh dia menutup kepala dan mukanya. Perempuan itu berkata, “Cinta kepada suami telah menghilangkan fikiranku hingga aku tidak sedarkan diriku dan kelilingku. Jika tuan tidak memberitahuku yang kepala dan mukaku tidak tertutup, maka tidaklah aku tahu. Aku akan berjalan seperti ini dijalan ini. Tetapi hairan juga aku, hai Hasan, tuan berpura-pura sebagai seorang pecinta Allah swt, dan tuan sedar kepada apa sahaja yang terlintas dihadapan tuan, dan pancaindera tuan masih ada kesedaran pada yang lain. Apakah cinta Allah swt. yang ada pada tuan itu?”

PENDAPAT HASAN:

1. Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.

2. Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah swt.

3. Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah dilarang oleh Al-Kitaab.

4. Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan.

5. Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan disitu membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak.

6. Barangsiapa yang kenal Allah swt. menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah swt.

7. Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikannya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegapkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak.

8. Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan dihinakan oleh Allah swt. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.

9. Allah swt. berfirman dalam Al-Qur’an, “Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”

Hasan ditanya, “Bagaimanakah kamu?”

Beliau menjawab, “Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung didalam air.”

Wallahu’alam…

No comments: